Hasilkan lebih banyak Fesyen menutup Aurat - Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.

Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.


"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.

Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya.

Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.

Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya.


--Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 17, 2011 at 7:30 PM delete

adakah dia mengerti tutup aurat itu adalah wajib...?

Reply
avatar
tutup aurat konon
July 17, 2011 at 7:39 PM delete

aku tak tau aurat yg die phm tu takat mana....?!?!?!?

Reply
avatar
PakSu Man
July 17, 2011 at 8:10 PM delete

cantik gambaq ketam tu, cantik lg kalau mulai laa nii Kak Mah pakai tudung bukan selepang selendang ajaa!.
Awas bila nak anjur Festival Fesyen Islam akan dtg takut2 Yahudi masuk jarum & ikut telunjuknya.
Mereka yg nak anjur Festival Fesyen Islam tu perlu arif tentang apa itu "aurat" dlm erti kata ISLAM.
Kalau Kak Mah anjur tak aci... jd ketam jugak laaa!

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 18, 2011 at 1:22 AM delete

DAH GILA ankara FLOM tu yg nak rasmikan ILF kalu permaisuri agong yg ckp baru kena ini org yg telanjang nak bercerita pasal aurat. GILA-meroyan dah laki najib.

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 7:33 AM delete

seperti biasa rosmah laki najib ni tak tahu apa yg dia cakap. Jelas najib tak ada teloq, anak bini pun tak mampu beliau didik secara betul tentang aurat.

Reply
avatar
July 18, 2011 at 10:25 AM delete

die rabun bro.takley beza die punya skarf itam gabak die ngan rambut die.tu die rasa di tu macam da tutup aurat je,padahal belum

1.Bangunan Pelik Dari Victor Enrich
2.Lampu Letupan Nuklear
3.Rumah Gelongsor

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 3:15 PM delete

minta maaf... aku pereka gelang dan cincin gurkha...

tp sbg seorg pereka lah.. maka aku hrp ada lah di antara pereka yg hebat tu mereka satu pakian 'islamik' utk ros.. sbg ingatan fesyen pakaian tsbt tidak menutup jari dan pergelanggan tgn...

sebenarnya tujuan iff ingin mengubah tafsiran pakaian islam .. dan pengertian aurat yg sebenarnya ..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive