Ganasnya Pegawai Perubatan yang merawat Allahyarham Baharudin ni...

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, tulang rusuk Allahyarham Baharudin Ahmad patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Menurut beberapa sahabat.. kemungkinan tulang rusuk patah kerana CPR adalah tinggi jika tekanan yang dikenakan keatas dada terlalu kuat dan dilakukan oleh yang kurang arif, tetapi jika ianya dilakukan oleh Pihak Berkuasa atau Pegawai Perubatan yang semestinya berpengalaman melakukannya risiko patahnya tulang rusuk itu adalah kurang..


“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” juga kata Datuk Salleh Mat Rasid..

Tak tahulah tiub jenis apa yang digunakan oleh Pegawai Perubatan tu...

Kalau betul kata Datuk Salleh Mat Rasid tu.. sepatutnya Pegawai Perubatan yang membantu itu dipecat kerana cuai.. Buat CPR patah tulang rusuk, masukkan tiub kedalam mulut pula patah gigi.. Ganasnya Pegawai Perubatan tu..


Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.


“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.



Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

Menurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
July 22, 2011 at 1:06 PM delete

Salam Tuan

Saya mohon panjangkan N3 ini ke blog saya.

Terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 1:06 PM delete

AKu dah kejer buat CPR orang ni lebih 10 tahun.Kalau buat CPR dengan senapang ker cota ker baru bole patah tulang rusuk dan gigi. sampai 4 tulang rusuk dan tiga batang gigi pulak tu.Tak tuduh sape-sape tapi jangan tuduh sembarangan doktor yang sudah pasti CPR guna tangan jer...

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 3:20 PM delete

apa dah nak jadi dgn polis bagi alasan yg tersangat tak masuk akal. rakyat sudah tidak lagai percaya dgn apa2 pun alasan yg di berikan ,sehubung ini para2 doctor dapat tampil ke depan untuk menberi sikit pendedahan agar rakyat tak takut apabila berhadapn cpr team takut2 kalau patah tulang.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 3:37 PM delete

aku tak pernah dengar cerita ada orang boleh patah tulang rusuk selepas buat cpr, ini sudah jadi cerita dongengan! seperti orang tua2 buat cerita rakyat,awang golok besar,pelanduk dengan harimau dan cerita kelembuai dengan pelanduk.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 3:47 PM delete

kenapa tak ada seorang oun dari kem kesihatan yg komen tuduhan ni??
polis diguna umno bagi cover pemimpinnya, kem kesihatan diguna polis utk cover jenayah mereka?

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 4:13 PM delete

anon 3:47 .. yg boleh komen tuduhan mcm ni hny org yg doktor bg ubat penenang ... dan yg suka ckp sorng sorang..

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 5:04 PM delete

anon 4:13pm,
kalau kau malas baca teks, lain kali jgn komen...nampak bodoh.
baca statement ni banyak2 kali.. " Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa."
Statement ini cekup damaging bagi kem kesihatan, mempertikaikan tahap professionality mereka, yg pelik, tak ada statement susulan dari kem kesihatan...pasal menteri dia tak ada teloq? What say you???

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 1:56 PM delete

pasal menteri dia pun dah kantoi ngan kes hospital tung shin.

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 1:13 AM delete

anon 3:47 .. yg boleh komen tuduhan mcm ni hny org yg doktor bg ubat penenang ... dan yg suka ckp sorng sorang..

bukan satu menteri je tak de teloq...

yg aku maksudkan statement Datuk Salleh Mat Rasid tu dia boleh bg pd org yg makan ubat dn cakap sorg sorg... manusia siuman mana yg boleh terima disebabkan oleh rawatan CPR yang diberikan oleh pihak berkuasa..

jd apa yg dia org (kem Kesihatan) boleh buat ialah apa lah bodohnya pak menteri ni ... dia (menteri)di bayar mmg utk kebodohannya.. kat sini mungkin sokongan org di kem kesihatan akan beralih kpd pr..

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 8:03 PM delete

"Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa."
Kena faham betul betul statement ni.Pihak berkuasa yang dimaksudkan itu "mungkin"polis.Dia buat CPR tak guna tangan tapi guna KAKI.Gigi patah pula dia tak guna tiub plastik tapi guna KAYU COTA.Sebab itu sampai sekarang laporan sebab kematian a.k.a post mortem tak dibenarkan untuk diserahkan oleh pihak hospital kepada keluarga Allahyarham oleh POLIS.

Reply
avatar
penternak_lipan
July 26, 2011 at 2:46 AM delete

dari statment dato salleh ni...harap2 keluaga si mati boleh tuntut saman kementerian kesihatan dgn menggunakan bukti yg telah dinyatakan oleh dato salleh ni sebagai bukti sokongan bahawa bantuan pernafasan macam tu telah menyebabkan anggota tubuh badan si mati mengalami kerosakan(maksudnya menjejaskan badan melalui cara yg merosakkan)saman jgn tak saman.kita tgk sapa yg kena nanti PDRM ka kem kesihatan

Reply
avatar
November 3, 2011 at 4:08 AM delete

Fuuuhh...!!..bertabur paku, bintang dan lencana dia... Mangkok Ayun ni tentunya Pakar CPR...!!! ..kah.!!.kah..!!.kah..!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive