Gambar X-ray buktikan Mat Sabu berbohong..



MALAM ni gua nak bongkar satu pembohongan yang telah dilakukan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS. Jelas sekali selama ini Mat Sabu memang berpura-pura sakit, beliau berbohong bahawa kekejaman Polis telah dilakukan ke atasnya.


Gua tak cakap kosong bhai, gua ada bukti. Memang jelas sekali pihak Polis telah menjalankan tugas secara profesional. Tiada sebarang kekejaman yang berlaku ke atas Mat Sabu, semua itu hanyalah fitnah dan pembohongan terang-terangan dari pembangkang.

Mana ada Mat Sabu kena langgar? Itu semua bohong, semua fitnah untuk memburukkan imej Polis yang sudah sedia buruk. Mat Sabu sengaja mencari simpati rakyat terhadapnya. Sebenarnya Mat Sabu tidak cedera sedikit pun, malah calar pun tidak itu semua fitnah!

Sebagai bukti, gua sertakan sekeping gambar X-Ray kaki Mat Sabu, jelas sekali tiada sebarang kecederaan, tiada sebarang kesakitan hanya ada sebatang besi sahaja terpacak di kakinya. Besi itu terpacak di kaki Mat Sabu bukan salah Polis, tetapi salah doktor yang merawat beliau.

Gua sarankan Mat Sabu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor kerana telah memacakkan sebatang besi ke dalam kaki beliau, dan berhentilah dari menyalahkan Polis.




Aku ciplak 100% dari Milo Suam

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
July 19, 2011 at 4:18 AM delete

Inilahi yang dikatakan oleh Polis bhw diorg x mencederakan org awam....tak guna punya polis....penipu dan perasuah...

Reply
avatar
July 19, 2011 at 11:54 AM delete

polis jahanam.kalau jantan mengaku la salah.ngaku salah lagi org respek la daripada org sendiri yang cari salah korang

1.Cara Kucing Obesiti Menguruskan Badan(Video)
2.Contact Lens Daripada Emas Dan Berlian
3.iPhone4 Yang Jatuh Setinggi 13500 Kaki

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 3:51 PM delete

betul ke xray tu kaki milik mat sabu.. mcm kaki six million dollar man je...

pd aku lah... maaf ckp... kalau tangkap cara mcm tu... mcm mat sabu ... tak patah pun kaki ... tetap salah! kalau mat rempit tu dlm keadaan yg munasabah... boleh lah... ni mat sabu... muka dia bukan polis je yg kenal... cina pasar pun kenal.. mana dia nak lari...

Reply
avatar
PakSu Man
July 19, 2011 at 6:35 PM delete

Syukur Bang Mad selamat, sabaq sabaq la Bang Mad nooo! Tak blh "kuak dada", "kuak lentang"pun ok.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive