Datuk Azhar! Hang Diamlah!!!

Semalam Berita Harian melaporkan.. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah yang mencecah jutaan ringgit telah menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.


“Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

Itu kata Datuk Azhar yang baru kehilangan Pusat Khidmatnya..

Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.

Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.

Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.

Mungkin kerana factor usia Datuk Azhar telah terlupa bahawa tanah milik Melayu yang terpaksa keluar dari penempatan asal mereka itu telah dijual oleh pemilik asal tanah-tanah yang diwarisi dari nenek moyang mereka selama ratusan tahun itu kepada Pemaju dengan kerelaan mereka sendiri, jadi itu pilihan yang mereka sendiri telah buat.

Hakikatnya.. fenomena Melayu berhijrah keluar dari Pulau Pinang bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah bermula sejak dari UMNO diperkudakan oleh GERAKAN ketika mereka memerintah Pulau Pinang.

Bukankah suatu masa lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad telah mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan UMNO semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, katanya beliau sebagai generasi muda dalam UMNO mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam UMNO, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang – sepenuhnya sila baca di (SINI)

Kerana sikap tidak amanah dan juga lalai pemimpin- pemimpin UMNO itu juga 98.84% tanah milik Melayu di Pulau Pinang telah hilang – sila baca di (SINI)

Satu pengakuan yang khlas dari ADUN Pulau Betung yang amat pahit untuk ditelah oleh Datuk Azhar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang juga mempertikaikan pembinaan rumah yang mahal itu dengan melihatnya sebagai satu politik halus DAP yang mahu menghalau rakyat miskin dan yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah dan tinggal di negeri itu.

Katanya “Kerajaan BN juga dahulu telah meletakkan syarat kepada semua pemaju rumah mewah harus membina 30 peratus rumah kos rendah dalam projek mereka. Inilah perangai DAP yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat”,

Kenapa beliau tidak menyebut sehingga habis apa sebenarnya syarat yang memerlukan para pemaju membina 30% rumah kos rendah dalam projek mereka?

Ramai yang tidak tahu, mengikut garis panduan yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 30% rumah kos rendah perlu dibina oleh pemaju yang memajukan sesuatu projek perumahan jika jumlah rumah yang dibina oleh mereka melebihi 150 buah..

Kerana bijaknya para peguam yang berada di pihak pemaju, mereka telah memanipulasi kelemahan yang ada ini dimana dalam sesuatu projek perumahan mereka membina kurang dari 150 buah rumah oleh itu tiada rumah kos rendah yang perlu dibina oleh mereka melainkan hanya memberi sedikit sumbangan berbentuk material kepada kerajaan negeri sebagai ganti.

Jadi kerana bijaknya mereka memanipulasi undang-undang yang telah ujud sejak dari UMNO diperkudakan GERAKAN lagi kini kita melihat banyak projek-projek rumah mewah yang jumlahnya sedikit dibangunkan oleh berbagai Syarikat.

Berbagai syarikat yang jika disiasat merupakan anak-anak syarikat kepada dua atau tiga Syarikat Induk..

Jadi salah siapa sebenarnya Melayu Pulau Pinang terpinggir dan kemudiannya tersingkir dari bahagian Pulau??

Salahkan UMNO!!!!

Datuk Azhar.. hang diamlah!! Datuk Zainal Abidin Osman pun sama juga…

Lagi satu.. Wang Ehsan RM100 yang dikutip dulu tu dah pergi mana? Nak songlap jugak ka?

Baca juga siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu di (SINI)

Berita berkaitan..

2011/07/28
Orang Melayu tak mampu beli rasa diusir secara halus

BUTTERWORTH: Peningkatan harga rumah di Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga mencecah jutaan ringgit mengakibatkan orang Melayu di sana tidak mampu memilikinya, sekali gus menyebabkan mereka kini berdepan tindakan ‘pengusiran’ secara halus dari penempatan berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, projek perumahan berharga serendah kira-kira RM500,000 seunit dibangunkan sektor swasta begitu banyak di Balik Pulau, sedangkan kebanyakan penduduk bekerja nelayan, petani dan pekerja kilang.

Pada masa sama, tiada pembangunan rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan negeri, malah projek dibangunkan oleh agensi Kerajaan Pusat seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dikenakan tekanan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pembinaan rumah mewah itu menyebabkan penduduk terpaksa keluar dari penempatan asal kerana tidak mampu memiliki rumah mahal.

Katanya, pengusiran secara halus orang Melayu satu daripada taktik kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang sememangnya dikenali seorang yang rasis dan chauvinis seperti didakwa pelbagai pihak.

“Ini satu bentuk pengusiran orang Melayu di bahagian pulau dengan rumah di sana termasuk di kawasan paling hulu (luar bandar), iaitu Balik Pulau harganya bermula RM500,000 ke atas... mana orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah semahal itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan dasar yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan baru bekerja boleh membeli rumah di bawah RM300,000, tetapi dengan harga rumah di Pulau Pinang pada masa ini yang terlalu mahal... bolehkah mereka membelinya?,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Berita Harian Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
July 29, 2011 at 5:34 AM delete

Bila mereka berkuasa , tipu sesama Islam n Melayu tapi bila hilang kuasa isu perkauman dicanang merata.

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 7:25 AM delete

azhar oooi hang diam lah! hang ni melayu paling racist yg belum pernah aku jumpa sebelum ni. Hang pi tanya kat ketua2 hang pasal apa projek rumah rakyat di teluk kumbar terbengkalai sampai sekarang. masa pilihanraya 2008 bukan main gah lagi pukul canang nak buat rumah murah utk rakyat konon, siap bagi borang dan harapan kat orang2 melayu disisni.
Bila dah kalah projek jadi hutan..nampak sgt tak ikhlas. dasar pemimpin umno dari belaci murahan sampai ke presiden..tipu, tipu dan terus menipu orang melayu.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 7:29 AM delete

pemimpin umno cakap tak serupa bikin...hampalah yg dok gadai tanah melayu.
----------------------------------
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dalam suatu majlis pertemuan dengan para pemilik dan pewaris Kampung Baru pada 29 Mei, 2010 berkenaan Pelan Cadangan Konsep Pelaksanaan Pembangunan kampung tersebut telah melontarkan cadangan agar 40 peratus daripada 151.57 hektar kawasan itu diberi kepada kaum lain dan pelabur asing.

Apa rasionalnya cadangan “sial” itu pada ketika tiada pula peratusan kuota setinggi itu untuk orang Melayu walaupun pada ketika Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan kini Model Baharu Ekonomi (MBE) serta pembangunan wilayah serta kawasan lain sekitar Lembah Kelang yang didominasi oleh kaum lain seperti Bangsar, Jalan Petaling, Kelang dan Brickfields?

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 7:45 AM delete

dk azhar sepatutnya pi tanya kat koperasi tunas muda pimpinan IR mansor, mana pi tanah melayu yg di amanahkan oleh kerajaan persekutuan?
Tanah koperasi di bayan baru di jual?JV? kpd SEAL utk kompleks beli belah dan condominium yg berharga dari RM400K keatas....pasal apa tanah ni tak dibuat projek perumahan rakyat oleh umno???
Tanah koperasi di bayan lepas, jln mahkamah di jual?JV? kpd ideal property development utk project ONE residence, rumah teres dari RM580K, semi-d RM900K, condo RM350K....pasal apa tanah ni tak dibuat projek perumahan rakyat oleh umno? Habis yg datu azhar dok bising2 orang melayu tak mampu beli tu pasal apa...bangang punya azhar!!! Semua ini berpunca dari pemimpin umno yg kemaruk duit....azhar oooi hang tlg declare harta hang, kami nak tengok.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 7:58 AM delete

azhar si MULUT BUSUK..hoi kat johor..danga bay tu semua tanah di beli oleh sape ye..tak bising pula umno pekak kat johor.dasar racist yang di tanam olh mak bapak umno.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 8:02 AM delete

Dato Azhar ooi, Hang rasa penduduk batu Uban bolih bertahan berapa lama lagi? Sabelum pilihanraya ke 12 dulu depa dah mai sukat tanah ,nak buat projek. Tapi lepas Bee Enn merudum dekat PP. Senyap sampai la ni. Hang pikiak la. Mana dia UMNO pembela melayu??? Hang jawab, Cek nak tau.Hangpa duk pulun habih dah.Lani nak salahkan DAP.Cakap bedegak-degak.Hang ingat hang bolih menang ke PR13 ni?

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 8:19 AM delete

Isu ni kena kasi clearlah cepat. Jgn dok main stail kita je sbb dkt luar tu ramai yg sangsi & kureng jelas. Mcm kite ni mmng le dh tau isu ni brlaku sejak Umno perintah dulu. Forum dgn rakyat kena brterusan sbg platform merapatkn jurang pemimpin dgn rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 8:40 AM delete

Bangsat ni memang kaki penipu...2 bini dia hari2 kena tipu
kah...kah...kah

Reply
avatar
July 29, 2011 at 10:06 AM delete

Hai, belum lagi PR memerintah, dah sibuk suruh orang diam. Tak boleh bersuara ke? Tak boleh bagi pendapat ker? Demokrasi ke tu? Hang ni, kata dulang paku serpih, mengata BN hangpa orang PR lagi lebih. Tula, hangpa kena pi cermin diri dulu

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 10:07 AM delete

Nampak muka dia pun sial!!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 10:08 AM delete

bukan kg baru je.. di kl dah byk penempatan kg melayu di halau...

org melayu ni bukan tak tahu tp tak sedar .. bila g ceramah atau majlis amno dengar je melayu akan hilang kuasa .. takut... jd ndak tak ndak sokong terus .. bg dia org pas bukan melayu... sb pas ni islam.

kalau kita tenguk skg ada lg kawasan org melayu di pp ... g tenguk rumah dia org... mcm mana ditinggalkan oleh nenek atuk merek kpd iba bapa mereka ... mcm tu je keadaan rumah tu skg ...

kalau dulu masa amno jaga bagus baik sgt ... rumah tu dah jd rumah batu ...

tu kalau kena harga ..offer tentu dia org jual.. boleh beli 3-4 biji rumah utk anak anak dan boleh lg g haji ..

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 10:31 AM delete

azhar ni salah sekor anjing pencacai paling bangang...ko ingat waktu PR je ke rumah mahal? Isu ni dah terbit sejak 90an lagi dah...dekat utusan muka depan dah heboh pasal benda ni...tak salah tahun 2001...masa tu sapa yang perintah? patut dikencing je dalam mulut azhar ni..

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 10:32 AM delete

Saya bersetuju dengan pandangan ASD dalam isu ini dan sebahagin para komentar. Walaubagaimana pun dengan penguasaan PR di Pulau Pinang, saya rasa undang-undang ini boleh direview semula. Jadikan semula undang-undang yang boleh memberikan faedah kepada semua anak negeri samada Melayu, Cina dan India dan pelbagai kaum lain.

Kadang-kala kita sering menuduh pembangkang (BN) bersikap lidah bercabang namun kita juga kerap kali dilihat seperti mereka juga. Apa yang boleh dilaksanakan ialah dengan membuat perubahan kepada segala perkara yang dahulunya dilakukan oleh BN yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Bercakap siapa pun boleh, tapi untuk laksanakan cukup payah. Sekadar untuk peringatan. JANGAN JADI SEPERTI UMNO!

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 11:52 AM delete

saya setuju sgt2 semua komen di atas kecuali komen yg bangang mcm baghal, unta baghdad akaknilai 10:06 AM tu nak bg pendapat apa dah memang pendapat si azhar yg duk kencing melayu sejak umno memerintah PP tp di kudakan oleh GERAKAN habis tasnah2 milik melayu di jual kpd taiko2 MCA dan GERAKAN dgn harga yg tinggi sedangkan umno beli dari org2 melayu dgn hrg yg murah jadi siapa pandai dlm hal ni melayu umno memang pandai sbb kencingkan org melayu kmdn jual tanah2 tersebut kpd tauke2 cina dan sudah pasti mrk membuat rumah yg mahal hrg nya. dlm hal ni pencacai2 umporno terutama yg muda2 tu lihat lah sejarah balik yer jgn terus berkokok nak salahkan PR salahkan pemimpin2 hangpa dlm hal ini jgn jd buta perut dfan buta hati sbb byk sgt mentekedarah RASUAH!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 5:32 PM delete

anon 10:32 .. sebenarnya sesiapa pun memerintah selepas bn adalah satu tugas yg berat ... memakan masa ..

labu yg nak dibaiki dah tak de rupa labu...

contoh undang undang di review.. masa sesorg tu beli tanah dan bercadang nak buat rumah kediaman undang undang tu terpakai .. melain kan kalau di review utk masa hadapan tetapi ada ke lg tanah org melayu utk dijual .. sbb org yg jual tanah tu skg akan rugi dlm untung..

satu lagi, harga murah tu berapa??
tak mahu rm60 - 70 ribu je sbb harga tanah terlampau mahal ...

kalau rumah rm500,000 hrg tanah nya rm tak kurang 200 ke 300 ribu..

Boleh rm60 ribu .. tp dpt tak bygkan tumah tu besar mana... dan berapa unit rmh kena buat utk cover kos dan untung..

selepas tsunami... brape lama mangsa tinggal di penempatan sementara.. jap kunci ada pada org ni kejap org tu kejap entah apa apa org lg.. salah seorg ketua umno tak silap buat bising..
ada yg dah masuk tp org penempatan kena semak list balik..
sbb apa... harga rumah tu dah jd berganda...

tak kira pp je.. mana mana .. ekonomi dan pendapatan rakyat kena dinaikkan... terutama org melayu yg tertinggal dgn arus pembangunan ekonomi...

tapi kata kata sy tidak menafikan kita tetap kena buat perubahan kpd perkara BN tlh buat yg menjejaskan rakyat ... tp bukan dgn menurun kan harga nilai tanah sbb harga ditetapkan oleh pasaran..

mungkin kemudahan pinjaman atau hny mrk yg tlh mempunyai keluarga saje yg boleh beli rumah murah ikut murah hrg di pp ... dan mungkin rumah diseberang prai kan ikut naik juga suatu hari nanti ..

last aku ada kenalan di pp di jalan tokong... hrg tanah dan rumah papan tsbt skg ialah rm1 ke rm 1.5 juta .... ada developer melayu berani beli???

Reply
avatar
July 29, 2011 at 11:04 PM delete

Alahai akaknilai,

Sapa kata PR tak bagi si malaun tu bercakap, kan tu dia dah bercakap takda sapa pun larang atau tangkap dia macam kerajaan UMNO ni tangkap orang pakai baju kuning. Malaun tu nak cakap cakaplah apa pun tapi kerana kita ni demokrasi tu pasal lah bila dia ingat dia ada hak bercakap, kita pun ada hak bercakap suruh dia diam, jadi apa masalah nya dengan demokrasi yang akak cakap ni.

U ni buritlah!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive