Cincin RM24 Juta : Saya tak ada masa nak layan - Rosmah

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” kata Rosmah.

Tak ada masa nak layan? atau jika dilayan sukar untuk menafikan tuduhan itu?


Katanya lagi sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan..

Agenda pembangunan rakyat? kah..kah.. kah.. sejak bila Isteri Perdana Menteri ni dilantik menjadi Menteri?

Isu cincin RM24j fitnah: Rosmah

2011/07/29
POKOK SENA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini, semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya.


Berita Harian Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
bunbinban
July 29, 2011 at 12:38 PM delete

hahaha....anak badak ni bercakap mcm menteri. sape lantik dia ni. Alooo Rosmah, kalau tak betul saman je le. Untung2 dpt beli cincin lagi besor. Tapi yg peliknya, yg kastam sibuk2 buat surat kata cincin tu utk pameran je selama 3 hari apa ke jadah. Lagi mau tipu ka

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 12:53 PM delete

Ada masa layan mamat carpet tu je....terbaik punya

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 12:59 PM delete

mana ade masa nak layan pemberita.. dok sibuk fikir apa lagi nak beli barang g boleh masuk Malaysia Book Of Rekod... layan je lah, pemimpin la nie, gunakan kan kekuasaan merompak duit negara..

Reply
avatar
Anonymous
July 30, 2011 at 12:52 AM delete

syabas kpd pihak yg sanggup mendedahkan 'bajet 2011' rosmah ni.

harus diingat, rezeki ada di mana2.

Reply
avatar
July 30, 2011 at 2:27 PM delete

satu tundakan yang bagus yang dibuat rosmah . kenapa nak layan berita macam tu . mungkin beribu orang yang ghairah bercerita tentang berita fitnah tu . kalau memang berita tu tak benar , banyak pahala yang rosmah dapat . yang kesian nya pada yang suka bawak berita fitnah tu . agaknya bila lah ada peluang untuk mintak maaf dengan rosmah . kalu tak der peluang , jawabnya bawak ke lubang kuburlah dosa tu .

Reply
avatar
Anonymous
August 1, 2011 at 9:55 AM delete

satu tundakan yang bagus yang dibuat dsai . kenapa nak layan berita macam tu . mungkin beribu orang yang ghairah bercerita tentang berita fitnah tu . kalau memang berita tu tak benar , banyak pahala yang DSAI dapat . yang kesian nya pada yang suka bawak berita fitnah tu . agaknya bila lah ada peluang untuk mintak maaf dengan DSAI . kalu tak der peluang , jawabnya bawak ke lubang kuburlah dosa tu

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive