Cincin 24 Juta, Rosmah cuba diselamatkan.

Dua dokumen di bawah muncul di laman2 blog Pro UMNO untuk membela Rosmah kononnya sebagai bukti bahawa Cincin yang bernilai USD24Juta itu bukanlah milik Rosmah tetapi dipinjamkan untuk pameran..

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian 24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah

- gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
- A. Krishnan tidak wujud
- tidak ada belian semahal RM24.45 j


Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan





Kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...

Cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.

Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

by cheguBard

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
PakSu Man
July 18, 2011 at 10:16 PM delete

SPRM tok sah siasat pasai apa tak bayaq cukai, kita org suruh siasat Kak Mah tuu ambik duit mana manyak sangat niiii.
Sikit hari lg masuk campoq sorang menteri... tutup laa cerita niii!

Reply
avatar
Anak kg pertama
July 18, 2011 at 11:57 PM delete

Lucu aku pasal kes nie..hantar cincin 24j guna shipping agent..ha..ha..persoalannya..berapa besar packaging cincin nie..ha..ha..ha..nak buat cerita jangan macam filem Bollywood..boleh muntah..wooo...kalau ada pengarah minat cerita aku syor tajuk filem nie "Agen 007 PKR-BOM"

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 4:28 AM delete

Aku dah tahu...dah...bahawa Rosmah akan diselamatkan.....2 hari lepas aku singgah blog pro umno ....dan cuba besarkan skrin dokumen tuuuuu... xleh..... tetap kabur, x jelas langsung....macam kes video Anuar le....hitam putih...kuang, kuang,kuang....Biasalah...sama juga kes Altantuya...dibunuh dgn kecam atas arahan siapa???????atas arahan AKP ke??????? eeeeeeetentulah arahan AKP sebab dia akan selamatkan Rosmah Mansor....Dia penyokong tegar , sanggup berkorban apa sahaja....sanggup tutup telinga dan mata...tapi paling aku syok sekali bila singgah di Malaysiakini....punya ramai yg mengutuk BN sekarang.....Aku yakin PRU 13 BN tumbang....insyaalah dgn pertolongan Allahswt. Jangan lupa hadap perompak2 negara ke muka pengadilan, bekukan harta diorang niiii....dan apa lagi sumbatkan perompak2 ni ke dalam penjara.....Inilah perompak2 ni takut sekarang niiiiii harta diorang lebur.....Sudah lama dah.....Di dunia hang berkuasa.....tapi hang ingat Allah merestui kekejaman hang.....

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 4:32 AM delete

Hanya Blog2 pro pembangkang yg telus...., mana ada diorang tunjuk dokumen skrin yg asal.....x ada pun....yg diorang kecoh dokumen yg telah diubah sesuai...bukan apa takuttttttttttt Itulah agenda diorang utk memutar belitkan pemikiran orang2 yg dah bodoh macam AKP...

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 7:34 AM delete

AKP bodoh lagi, woi orang pakai forwarder bukan saja pasal saiz packaging tapi juga nilai barangan dan mode penghantaran, sebab tu lah di insurankan.....AKP selalu buat malu umno saja, tak payah dok komen lah haramjadah ooi!

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 7:40 AM delete

akhirnya kebenaran kewujudan cincin USD?RM?24juta tu tak dapat disangkal oleh umno. kau orang nak twist cerita selebihnya tu, pinjamlah, pamiranlah, tak semahal tu lah...lantak kau orang lah nak kata apa pun. Yang penting message kepada rakyat tentang kehidupan ultra mewah pemimpin2 umno, kini rakyat dah tahu.
kepada pecacai2 umno, kau oarang bagi tahu kat nenek kebayan rosmah tu, tak payah lah pakai cincin cantik, muka dia tu bukannya lawa pun.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 8:43 AM delete

salam..

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...

sila rujuk lidah rasmi amno,
(utusan meloya)jumaat / 15/07/11..

bik mama TELAH MENGAKU yg dia mmg beli cincin tuh..

dia kata,dia beli cincin tuh dgn MENABUNG dr KECIK!!

SO,AKU PUN BUAT LAH KIRA2 MUDAH KAT BAWAH NI..

* 1. anggaran harga cincin tu RM 25 juta..

2. umur dia skrg 59 thn (DOB 10/12/1951)

3. anggap start menabung umur 5 tahun.

SO, RM25 JUTA /54 TAHUN /365 HARI = RM 1268 SEHARI!!!

*(TU DALAM RM, KALO USD, KALI AJER DGN 3)

KESIMPULANNYA..BIK MAMA MEMANG AUTA, PENIPU, MALAUN, HARAMZADAH, PPPUTUUIIHHHHHHHH!!!

Reply
avatar
July 19, 2011 at 11:56 AM delete

kat malaysia memang la xde,lemabap.harga rambut britney spears sejuta dollar tu logik pulak harga rambut macam tu??kat luar harga mahal2 macam ni standard la.bodo!boooooooooooo!!!!!!!

1.Cara Kucing Obesiti Menguruskan Badan(Video)
2.Contact Lens Daripada Emas Dan Berlian
3.iPhone4 Yang Jatuh Setinggi 13500 Kaki

Reply
avatar
July 19, 2011 at 12:52 PM delete

Bak kata chegu bad masa ceramah di Senawang ahad lepas.. Cincin dibeli untuk pameran belian yg dibuat secara SULIT.. Diadakan di rumah VVIP yang juga SULIT.. Dihadiri oleh para jemputan yang juga SULIT.. dan hanya membawa benda-benda dan alat-alat SULIT masing-masing...

Kah kah kah!!.. Kalau nak perbodohkan rakyat pun jangan la nampak sangat diri tu bangang.. wei bangang2 UMNgOK!!

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 3:33 PM delete

kpl terbang yg bawa brg ni lg 1 jam nak smp ke klia ... org yg di beri tanggung jawab dah tunggu di pej kastam..

sng cite kau cari org yg kerja di kargo tny sendiri.. nak bawak masuk sini tak susah tp sistem komputer sana tmpt asal tak leh
'close' sbb tunggu clearence dr msia mengesahkan sudah terima...

jelas sekali cincin ini mmg tlh di bawak masuk ke msia - samada utk rosmah atau pameran .. kita tunggu kisah selanjutnya - tp yg aku nak jwb komen akp ni .. dia rasa lucu pasal packaging... kalau utk rosmah tak mungkin lg sbb dah kata utk pameran... kalau pameran tak mungkin hny satu cincin je ke yg di pamerkan.. sudah tentu lebih dr 20 brg brg kemas...kotak utk brg ni je satu hal lg nak bukak.. silap silap beg besi.. . dan dgn mengistiharkan utk pameran maka cincin ni boleh bertukar puan nya...

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 3:43 PM delete

oleh krn cincin usd24juta ni dah masuk ke msia dan kita nak tahu sangat siapa si pemakai nya.. maka kita akan ada kan pertandingan iaitu sesiapa yg jari nya sesuai dgn cincin usd24 juta itu maka dia lah pemilik cincin tsbt... bukan setakat pakai je tp dgn gaya sekali semasa gambar di ambil...

semasa di sarungkan ke jari sipemakai akan tersenyum happy sangat... dan bila di tarik keluar dr jari.. si pemakai akan berkata ... ''oh no...no... please...'' dgn wajah yg sunggul...

kita mula kan dgn first lady..

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 4:43 PM delete

Tonton teater "The bitches' teringat rosmah penguin tu, teringat kisah bomoh mona fandey mesti nak teringat rosmah penguin juga. Rosmah tu dah tua, dahlah tu hati cukup busuk dan jahat macam puaka....tak cantik pun pakai cincin mahal manapun.

Reply
avatar
Bombo
July 19, 2011 at 10:04 PM delete

kesian Rosmah Mansoor semua org kutuk dia kan dia berangan nak jadi celebriti yg anggun nak lawan celebriti pelakon kat malasia ni tapi kalau dia lwn pun lwn celebriti prono

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive