Cincin 24 Juta : Macam ni punya alasanpun ada...

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tidak percaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24.45 juta, hanya untuk tujuan pameran ‘sulit’.

“Kalau diikutkan dengan sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran tentang apa jua yang melibatkan beliau, takkanlah beliau hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit di Pameran yang Sulit?,” kata Badrul atau lebih popular dengan nama Chegu Bard.


Sebelum ini, sebuah blog, Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Mengulas lanjut, Chegu Bard tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah cincin berlian berkenaan telah dipulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpengkalan di New York.

“Pelbagai penafian dan helah dibuat untuk mengaburi mata rakyat. Dan jangan terkejut jika dia (Rosmah) akan hantar balik cincin tersebut ke New York,” kata Chegu Bard.

Chegubard sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.

Beliau pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand” yang dibeli Rosmah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM, sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan.

Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran sulit, sebelum dibawa keluar ke Singapura

KL Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
July 26, 2011 at 4:06 PM delete

Cincin yang dibeli dengan penuh SULIT.

Dikatakan untuk pameran yang juga SULIT di rumah VVIP yang juga SULIT.

Serta dihadiri oleh jemputan-jemputan yang juga SULIT.

Segala2nya yang berkaitan dengan cincin berlian ini adalah SULIT.

Dan tidak mustahil ianya dipakai di bahagian SULIT.

SULIT.. SULIT.. SULIT...

Tiada yang SULIT melainkan SULIT-SULIT belaka..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 4:19 PM delete

Keluarga PM kita adalah penipu. Apa ke jadahny jadi PM M'sia mcm ni.

Reply
avatar
azmi
July 26, 2011 at 5:26 PM delete

kita yang membaca fikirkanlah sejenak pada kata2 allah manusia merancang tapi allah sebaik perancang dan perancananya ...
ambil lah ikhtibar atas segalanya telah allah tunjukkan tapi manusia itu tetap buta matanya walaupun celik .....
allah berfirman telah aku buta mata penglihatannya , pendengarannya ....

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 5:33 PM delete

pameran sulit .. yg mengadakan pameran ros - yg dtg pameran pun ros - yg berminat ros - yg ambil gambar dgn cicin pun ros - yg letak dan keluar dr peti cermin pun ros ...

ini lah satu satunya pameran yg merekodkan kehadiran - 1 org je..

tak tahulah kalau Jacob & Co mmg suka buat pameran secara free je dan tak menguntungkan apa apa..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 9:26 PM delete

anon 4.06..

bahagian SULIT sapa punya?
Rosmah ka? najib? hahahaha heeee..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 10:19 PM delete

Wah Rosmah penipu ke??....bukti dah kukuh ni, boleh saman rosmah ratusan juta ni. Cepat saman die biar sampai muflis. Hoi Rosmah ape lg, kau samanlah ratus2 juta kat Chegu Bard ni kalau berani...haha. Biar sama-sama puas hati dan adil

Reply
avatar
July 27, 2011 at 6:10 AM delete

Nak tau cincin tu Rosmah punya ke tidak, lepas pameran nanti cuba check mana pergi cincin tu, apa lah susah sangat?

Reply
avatar
July 27, 2011 at 10:41 AM delete

aku tak paham tol la puak2 yg takot nak ngaku ni.gentle la beb,ngaku je.kalo ngaku,ada can lagi org nk maapkan.kalo kantoi lepas kalah ingt org nk maapkan ke??tgk mubarak la bro,tambah 15 tahun penjara

1.Pencipta Plant VS Zombie Membenarkan Budak 9 Tahun Untuk Mencipta Game(Video)
2.Baju Yang Diperbuat Daripada Susu(Video)
3.Meriam Lazer Navy USA

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive