Bukan Lagi Mustahil Tawan Putrajaya - Kit Siang

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Setelah menempuhi liku sepanjang kariernya sebagai ahli politik pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini berani menyatakan bahawa gagasan itu kini berada di kemuncaknya dan berada di Putrajaya bukan lagi satu perkara mustahil.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.


Menurut Kit Siang, himpunan rakyat pada 9 Julai lalu menunjukkan bukti jelas bahawa rakyat mahukan perubahan ditambah pula dengan kepincangan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik,” kata Kit Siang.

Kit Siang merupakan seorang tokoh terkenal yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Karier beliau bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987.

Perjalanan dunia politik Kit Siang sebenarnya penuh berliku. Beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
July 28, 2011 at 4:25 PM delete

kerajaan UMporNo akan jatuh kerana kuasa undi rakyat, rakyat already too tired of watching umno leaders so arrogant, manipulative and worst of all insulting their intelligence.

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 5:19 PM delete

Demi agama, bangsa dan negara, UMNO mesti jatuh. Dah cukup lama UMNO haprak tipu melayu and rompak kekayaan melayu.

Reply
avatar
PakSu Man
July 28, 2011 at 7:13 PM delete

Banyak sangat K'jaan dok buat perkara yg tak betoiii kat rakya & pembangkang, ada yg dikategorikan sebagai ZALIM, Pilih Bulu & mcm2 lg yg rakyat dok tengok laa nii, semua pengundi ataih pagaq, tepi pagaq, luaq pagaq & pengundi senyap semua akan beralih pd PR.
Sedarlah wahai Be eNd... tindakan hampa tuuu mkn diri dendiri.... ulam & org2 alimpun hampa hina, hampa tunggu balasan dari Allah kerana kezaliman hampa.
"dulu buat titi ;
laa ni buat jalan:
dulu pangkah kati;
laa ni pangkah bulan"
PR menuju ke Putrajaya!!!

Reply
avatar
July 28, 2011 at 10:49 PM delete

macam ni rupanya lim kit siang yang diagungkan sangat oleh pakatan pembangkang tu . siap jadi bahan rujukan lagi . demi agama , bangsa dan negera lah katakan. kit siang ni lah yang berarak dalam kuala lumpur bagi membantah kemenangan perikatan dengan majoriti satu kerusi di DUN selangor . kerana tindakan dia jugalah terjadinya peristiwa dimana ramai umat melayu disembelih dan mayat mereka dicampak ke sungai kelang . ada yang dibakarpun . lagi teruk dari kes sosilawati . dosa lim kit siang pada umat melayu dah diampunkan ker ??

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 12:20 AM delete

Penganutpas.. psl tu lah hang jgn suka tenguk cite tahyul...

org dah tenguk cite sebenar .. taktik tu tak leh pakai lagi...

dan aku bg ingat kat hang... kali ini kalau berarak bukan dap jeeee..
dgn pas nya... dgn pkr nya....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive