Buat apa saya tipu? - Mat Sabu

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.


“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.

Video rakaman penuh yang menunjukkan motorsikal dirempuh Waja sila lihat di (SINI)

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

Saleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

Pemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

Sebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
July 23, 2011 at 11:11 AM delete

' Sebuah kenderaan ?'. Ini pun dah tipu. Sebelum ini dia kata 'dirempuh trak polis '

Jadi ..bagi menjawab persoalan " buat apa saya tipu ", jawapannya ialah dah memang Mat Sabu penipu !

Reply
avatar
July 23, 2011 at 12:26 PM delete

ada jugak manusia xdak otak macam mangkuk kat atas ni ==''

Reply
avatar
July 23, 2011 at 12:40 PM delete

Persoalan utama , atas sebab apa polis perlu kejar Mohamad Sabu? Adakah ia berada di kawasan larangan di masuki?

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

BERSIH : Bendera atau Pisau?
.

Reply
avatar
July 23, 2011 at 1:59 PM delete

MALAYSIAKINI MARAH KISAH BENAR BERSHIT DIBONGKAR !
kalau dah portal otak komunis nak buat macamana ya.

web malaysiakini marah kat polis bilamana video kebenaran tentang kematian baharudin (pendemo yang mati) dikeluarkan faktanya.

malaysiakini makin kantoi.

video cctv yang polis keluarkan telah menyebabkan kredibiliti pemberitaan bulshitt nya tinggal 1 peratus sahaja untuk rakyat malaysia percaya.

sebenarnya aku suka malaysiakini punya artikel.

lagi banyak dia fitnah umno dan kerajaan, lagi mendatanglah sokongan rakyat kepada kita.

kepada malaysiakini, teruskan pemberitaan dan merekacipta fitnah ya.

tolong konsisten dalam memburukkan kerajaan. berita fitnah anda memudahkan kerja kami.

hahahahahaha
hanjur hanjur
hanjur pakatan !
Posted by GAP KEMBALI at 7:12 PM

Reply
avatar
July 23, 2011 at 6:24 PM delete

bukan kah ini juga orang nya yang menggelarkan seseorang itu ALJUBURI? nampak nya dia baik pula dengan ALJUBURI itu. ada apa apa ke? suka dekat belalai dia kot?

Reply
avatar
July 23, 2011 at 7:29 PM delete

sebab apa mat sabu nak tipu??? dah memang makanan dia menipu ni . alaaaaa jawatan pun timbalan president parti ajaran sesat . nak tipu sebab nak buruk kan kerajaan lah . pada fikiran dia kalau nampak kerajaan buruk , undi pembangkang akan bertambah . walaupun sebenarnya pembangkang lagi buruk dan pembangkang yang ada sekarang ni cuma boleh berfikir tahap tu jer . bila lah agaknya akan lahir pemimpin pembangkang yang berkualiti seperti Lee Lam Thye . dari segi idea untuk membangunkan negara antara lee lam thye dengan mat sabu .... issshhhh jauhhhhhnya.

Reply
avatar
PakSu Man
July 23, 2011 at 10:37 PM delete

nak bercakap tu lapik2 la sikit kwn2 diatas niii.
kalau tengok video yg polis tunjukkan tuu semuanya tak jelas, mcm2 tafsiran blh d buat yg pasti KERETA yg langgar Bang Mad.
Kata Pendekar Mustar "ini betol2 bukannya cobaan!"

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 10:56 PM delete

Lain kali PR kena cadang pada PDRM minta juru camera yg handal2 datang ambil photo/video bila buat perhimpunan lagi...kalau dah tak puas hati..inilah Mat Sabu nak tipu rakyat dan dunia...sekarang makan diri sendiri..nak kena cari talian hayat..minta Nik Aziz keluar fatwa kata semua tu besi.

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 3:06 AM delete

Teoh beng hock terbunuh,MACC tidak menyentuhnya..tetapi mati.Mat Sabu cedera,PDRM tidak melangarnya(ada contact)tetapi kaki di bedah dan berkerusi roda. Allahyarham bakarudin mati.. PDRM tak mengkasari nya tetapi tulang rusuk dan gigi nya patah.denial,denial,denial!!

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 7:15 PM delete

jika benar mat sabu ni menipu .. buat apa lah polis susah susah nak tunjuk video utk membuktikan mat sabu ni menipu .. dia dah buat lapuran polis dan mengarah peguam menyaman .. sebaik nya polis selesai kan hal ini di mahkamah dan bukan buat keje mcm politikus ...

kalau mat sabu tak saman maka polis lah yg saman pulak ..

Polis yg patut kemukakan saman dulu ...

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 7:24 PM delete

dulu Lee LT dgn skg jauh berbeza..

skg dia kalau bukan jutawan .. boleh dikira hartawan .. - SL

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive