Boleh pakai baju kuning pulakdah..



Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.


Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.

- Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
July 17, 2011 at 8:15 PM delete

Pertubuhan haram.....??????? tiba2 melabelkan haram.....Allah ada....apa takut, bila ada kuasa macam niiii le...di dunia boleh berlagak ...tunggu masa nazak....baru tahuuuuu

Reply
avatar
July 18, 2011 at 12:29 PM delete

t shirt tragedy 907 http://reloads03.blogspot.com/2011/07/baju-tragedy-907himpunan-bersih.html

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 4:08 PM delete

ajib kotakan janji nya selepas mengadap QE... iaitu rakyat bebas memakai apa apa warna...

bersih bukan pertubuhan .. bersih itu ialah nama utk hari perhimpunan yg di dokongi oleh beberapa ngo yg di luluskan..

tindakan tidak boleh di ambil hny dgn membuat pengumuman sahaja.. kementerian mesti lah mengeluarkan arahan hitam putih.. dgn pihak keselamatan mencadangkannya setlh membuat kajian bhw ianya memudaratkan keselamtan negara..

ttp setelah beberapa hari perhimpunan berlalu..yg huru hara ialah puak ameno je... dan bila perhati pasaran saham pun ok jee.. tak menjunam... mana yg kata pelabur takut..

mana lah masuk akal kalau 4 atau 5 org pakai baju bersih boleh memudaratkan negara.. kalau 3 juta org pakai pun aku tak nampak dr sudut keselamatannya mana lah yg dikatakan memudaratkan sbb mrk tak berhimpun... jalanraya tak sesak.. org berjalan jalan biasa je.. tak de nak gi istana... tak de nak gi stadium... tak de pekik maki hamun... org berniaga pun relax... fru pun antar lori dan truk gi tmpt car wash... cuma yg pakai baju yg tertulis bersih tu ramai pd hr tsbt...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive