BERSIH 2.0 : Tindakan Polis tidak wajar - Ku Li

Ku Li atau nama sebenarnya Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus bertindak dingin dengan protes rakyat pada 9 Julai lalu, sebaliknya bersedia untuk mempertimbang lapan tuntutan Bersih 2.0 demi memperbaiki sistem demokrasi negara.

“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” ujarnya semalam.


Veteran Umno itu turut menasihatkan Najib supaya tidak terus menggelarkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram kerana badan gabungan itu disertai oleh 62 badan bukan kerajaan yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Petubuhan (ROS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak keterlaluan.

Justeru katanya, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak wajar bertindakan keras ke atas mereka yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

"Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu.

"Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini...ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.

"Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat.

"Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau.

Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Naib Presiden Umno turut menyindir pentadbiran Najib supaya lebih peka pada peredaran masa dan perubahan teknologi.

Beliau berkata tindakan kerajaan pusat yang diteraju oleh Barisan Nasional dan Umno menafikan hak parti pembangkang mendapat liputan media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.

"Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap.

"Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam.

"Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau.


Penangdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
July 21, 2011 at 9:43 PM delete

Isu royalti minyak di Kelantan , Najib Razak tolak. Kemungkinan isu ini pun Najib Razak akan tolak.

Politik cara kekerasan tidak relevan zaman kini,ia sekadar memakan diri.

Cara tahu ID YM Available atau Invisible

Koleksi Video Seks Ustazah?
.

Reply
avatar
PakSu Man
July 21, 2011 at 10:41 PM delete

"Makasih Pak Ku tegur Bang Jib tuuu, makasih juga Bang Jib kerana K'jaan bertingak ganas pd hari tuu kerana semua penggndi ataih pagaq, hujong pagaq, tepi pagaq, pengundi senyap semua2 kalih p kat PR, depa tak caya dahhhh kat Bang Jib".
"Harap2 BERSIH & PR wok keluaq video "kekejaman polis" lapas Polis wok keluaq video depa.....nooo BERSIH nooo! kami kok-kok ni dok tunggu video free, video lam bilik x mau tengok, nak tengok hak ataih jalan ramai2"

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
July 21, 2011 at 11:12 PM delete

aku pun boleh double skrin editing dlm video kat tv3suku,hanya mamak2 bodo saya terpingga2 mcm nana americana,slide tok khalid polis dok belajar fitnah dr umnoporno

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 11:29 PM delete

kita tenguk dulu apa komen pencacai ...

dgn segala hormat silakan dgn pandngan dan hujah2 anda..

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 12:11 AM delete

aku pun duk tunggu pencacai najis umno hantar komen...apa pulak dia orang nak belit kali ni

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 7:36 AM delete

anjing2 umno tu tak menyalak hari ni...cuti sakit.. sakit tekak.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 4:01 PM delete

mana pencacai umno samada yg buat komen dgn percuma dan yg berbayar...

lu angkat bendella putih ka..

tak pe kita byk isu lagi ... dan kebodohan dan kedungguan kau org tak kan habis dgn isu ni je .. sb dah bertahun di tipu dan di perkasamkan oleh pemimpin umno...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive