Anwar pergunakan Indonesia pulakdah...

Kononya Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Tekanan Antarabangsa?? kah..kah..kah.. Adakah Najib dan sekutunya akan melepaskan kuasa mereka kepada Pakatan Rakyat hanya kerana tekanan Antarabangsa? mana mungkin..


Kalau Anwar dikatakan menggunakan negara Indonesia untuk menekan Malaysia.. bagaimana pula dengan tindakan UMNO/BN yang memberikan IC kepada PATI? yang sekaligus membolehkan mereka kekal berkuasa melalui peti undi?

Secara tak langsung Media tunggangan UMNO ini mengiktiraf akan pengaruh Anwar Ibrahim di Indonesia..


Anwar bina rangkaian di Indonesia?

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut, baru-baru ini.

Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.

"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik.

"Anwar giat memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.

"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan eksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik itu tersebut.

"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.

"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa, termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.

Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan mengerakkan semua sumber kerajaan yang sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut.


Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 20, 2011 at 9:22 PM delete

anwar bina rangkain di luar negara pulak dah, mcm2 helah mrk buat memang umno terlalu takut sgt dgn anwar mcm2 cara mrk lalkukan supaya rakyat boleh membenci dgn manusia bernama anwar yer tp rakyat yg berpelajaran, beragama tak semudah itu menerima nya.

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 11:18 PM delete

HEBAT sungguh DSAI dgn membawa title ketua pembankang ja banyak rangkaian yg terjalin. dr amerika ka indonesia. Kalu dia membawa title PM cuba kau imagine, apa kebaikan yg dapat dibawa kepada rakyat. Wak doakan yg terbaik buat semua.

Reply
avatar
July 20, 2011 at 11:28 PM delete

hahaha.. Bila dia P amerika, kata dia nak hancurkan Islam,

P plak Indon, buka rangkaian plak dah..

P mekah kata bodek King Aziz,

P mana2 pn anwar ni 'terrorist' bg umnok...

Najib, semua baik,
g jmpa POP tu, nak ISLAMKAN semua org kristian kot...hahahaha

Reply
avatar
Bombo
July 20, 2011 at 11:56 PM delete

Anuar lebih popular dr najib dlm dan luar negara kenapa pencacai umnogok yg buat anuar popular hari2 cari cerita tv123suku berita meloya dll,semakin mereka kutuk semakin rakyat muak,najib kata nak cari pelabur p malasia semua tak hingin nak labur kat malasia,so najib p makan angin bawa satu kpg round the world kempiskan duit rakyat tu kerja pm talk semua tak menjadi sebab bawa airliur basi

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 12:15 AM delete

ini lah silap nya mereka... amprono.. otak kalau beku tapi jugak bila cair boleh digunakan semula tp otak dah tak leh pakai...

... dah sekarang pulak anggap rakyat dan pemimpin indonesia pulak senang di pengaruhi oleh anwar.. hebat anwar nie...

dlm nak kena kan anwar ... nak buruk kan anwar.. dia org buat org kata anwar hebat!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 2:03 AM delete

najib popular jugak! PM yg ada skandal pembunuhan hahahah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive