3Juta mahu Najib kekal PM... tapi yang sokong cuma ratus saja..

Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.


Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".

Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.


MerdekaReview

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 20, 2011 at 2:09 PM delete

apa laa ahli ameno ni... berilah sokongan kau org pd presiden kau org.. tak jujur pun tak pe...

tp kalau mcm ni seolah olah mengiyakan yg kita ada pm yg lemah.. dan di kawal oleh sang isteri...

aku syorkan sesiapa yg turut serta dan menjadi peserta yg ke 2 juta dlm voting tu diberi hadiah lawatan ke monggolia 4hr 3mlm, 2 helai baju bersih dan tropi kataki..

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 2:43 PM delete

target gampang giler 300k..yang ada adik beradik jiran2 hahaha..nasib bek tak letak 3 juta (bilangan ahli UMPORNO berdasarkan rekod Najis)kalau tak bile la nak sampai angka tu..yg sebaliknya yg mahu dia letak jawatan target 100k..tp dh lebih 200k sekarang..lu pikir la sendiri..

Reply
avatar
July 20, 2011 at 2:55 PM delete

Sebenarnya page tu dah capai 3 juta , cuma ramai guna "ilmu ghaib" kat profile facebook , tu xnampak profile mereka. Sama macam jutaan ahli patriot semasa 9 julai.

Koleksi Video Seks Ustazah?

.

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 3:54 PM delete

Akaun duplicate...memang betul
kah...kah..kah
Mat monggol cibai kaki sex ada lagi yg undi...

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 20, 2011 at 11:47 PM delete

mana rakan fb najib,mana himpunan belia 1j,kan najib tubuh mcm-mcm rakan wak rasa dia org like makcik ros dia.

Reply
avatar
July 21, 2011 at 6:48 PM delete

Dah takde yg nak sokong dia buat duplicate laa... sehari dapat buat duplicate 5 nickname pun dah ok... hehehhe....

elok tutup terus jee.. wat malu pejuang2 songkok tiga jengkal ...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive