SPR Bodoh !! - Anwar

Sebelum itu.. TAHNIAH! Buat Rafizi Pengarah Strategi Keadilan kerana berani dan berjaya mencuba sesuatu yang baru dalam Konvensyen ini..



SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan jenayah yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan apabila bersubahat dengan Umno Barisan Nasional (BN) melalui penipuan undi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Umum KEADILAN itu merujuk perbuatan SPR membenarkan pendaftaran pengundi hantu dan warga asing sebagai pemilih, selain pelbagai bentuk penyelewangan lain.



“SPR melakukan jenayah (dan) melanggar Perlembagaan Persekutuan, melakukan kemunafikan dalam terang. Dulu menipu, sekarang pun menipu,” katanya dan menambah, SPR bukan Tuhan yang layak menentukan hala tuju sesebuah negara.

Perbuatan SPR itu boleh diklasifikasi mengikut Penderhakaan kerana menderhaka dan mencabul Perlembagaan Malaysia dan wajar diheret ke mahkamah.



Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN di SACC Mall di sini, petang semalam, yang dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam ucapannya, Anwar percaya Umno BN tidak berani menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil kerana parti pemerinta itu tidak lagi mendapat sokongan rakyat dengan menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa.

Ketua Pembangkang itu turut menyindir SPR sebagai ‘bodoh’ kerana meletakkan pengundi hantu di rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.




“Bodoh punya SPR. Carilah rumah orang lain. Ini rumah (kepada) ibu Pengarah Pilihan raya KEADILAN (Azmin). Memang cari pasallah,” sindirnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular jika mahu menawan Putrajaya kerana kejayaan meraih 51 peratus akan menafikan hak itu berikutan amalan penipuan undi.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mengubah landskap politik tanaha air jika memperoleh tambahan lima peratus undi.

Menyeru seluruh ahli menyertai Bersih 2.0, Anwar berkata, perhimpunan itu tidak perlu jika kerajaan Umno BN sanggup memberi jaminan pilihan raya dibuat secara adil.


Berita : http://www.keadilandaily.com/?p=15501
Photo : Anak Sungai Derhaka

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
June 21, 2011 at 12:52 PM delete

Tolong ar SPR jangan ajar kami menipu. Semua jln tipu yg d gunakn Umno tu dlm tapak kasut kita org je. Buatlah secara bersih & adil. Jemputlah sekali turun pd prgm Bersih 9 July nnti. Klu kami gunakn teknik menipu, kalah teruk nnti...

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 10:05 PM delete

SPR memang bodoh . lain kali kalau nak buat pilihanraya tirulah sebijik pemilihan parti PKR . adil seadil adilnya ooooo . meriah . sampai kerusi berterbangan . perwakilan bergaduh . pemimpin merajuk . tu baru pilihanraya yang betul, adil dan cekap mengikut pandangan Bapak Anwar Bin Ibrahim dan pengikut -pengikutnya !!!!

Reply
avatar
June 22, 2011 at 8:26 PM delete

kalau pilihanraya aman tenteram tapi penuh dengan penipuan pun apa gunanya.. time pilihanraya senyap je, lepas pilihanraya ramai yg tuntut janji duit upah undi yg tak cukup.. tembelang pecah dahhh...

yg penting malaysia perlu diselamatkan dr pemimpin2 korup dan mabuk kuasa..

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 11:39 PM delete

yg penting malaysia perlu diselamatkan dr pemimpin2 korup dan mabuk kuasa.. betul tu aku setuju . contoh macam anwar mabuk kuasa . dah jadi timbalan perdana menteri tak cukup lagi ker ?? ikutlah macam musa hitam . bersara dari politik tapi masih aktif buat keje diplomatik untuk negara . anwar ni pulak keje nya burukkan negara dimata pihak luar. dahlah tu sebarkan pluralisma . sokong lina joy murtad . issshhhh apa nak jadi?? sampai bila nak jadi lagu tu...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive