Sifat Munafik Najib makin terserlah..

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.”

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaItu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

NONE

Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib “pecah”.

NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
June 30, 2011 at 5:36 AM delete

Tengok betul2 dalam gambar tu ada dua ekor sejoli (memang kaki joli pun), satu PINK KUTTY, satu lagi PINK PIGGY! Polis dan pengawalbodi kat belakang tu tahan ajelah bau kentut dua ekor kutties gemuk tu ye!

Reply
avatar
Anak kg pertama
June 30, 2011 at 9:10 AM delete

Benarlah kata PM tu..suara rakyat bukan dijalan raya..melaung2..tak kena tempat...negara kita dah ada saluran untuk rakyat suarakan...cuma tak reti nak cari dan guna aje...ia ibarat org2 beli handfon mahal2, tapi tak reti nak guna semua function2 yg ada...ada instruction book tak faham....malu bertanya pulak...jaga standard..last2 tau call in-out aje...dok syok sendiri..biar berlagak walau tak reti nak guna..macam PR la ni di PP..kata buat itu..buat ini..budak2 boleh la tipu...

Reply
avatar
June 30, 2011 at 10:15 AM delete

saluran kejadah hang nak masuk tv ngan surat khabar pon tak lepas,datang pejabat kena tangkap polis,dilabel sebagai pengancam keselamatan negara,saluran mana kaw nak bagi???????????


Ni best bro!!!
Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active

Reply
avatar
June 30, 2011 at 10:30 AM delete

puak2 yang sokong 100% rejim Najis memang akan mengiyakan apa yang Najis ucapkan tanpa fikir panjang. Saluran celah bedah mana rakyat nak suarakan pendapat? Bersih nak tuntut pembaharuan dalam sistem pilihanraya kenapa yang itu tak sahut pulak? kenapa takut pembaharuan kalau tak buat salah? Napa selama ni dok menipu ke? saudara anak kg pertama, cuba tanya Najis kat mana hilangnya saham bumi 52 billion? kalau ko boleh bg jawapan dengan pantas aku sokong kerajaan BN setinggi langit

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
June 30, 2011 at 10:11 PM delete

ingat najis ingat PENIPU,saluran yg betul pun jadi tak betul kalau najis rosmaboboi kata sipencacai terpingga2 nak sorak betulkah tak betulkah dia hantam saja inilah perangai yg umnogok kursuskan pada pencacainya selama memerintah 52thn,mereka dah pekak badak mcm anak kg pertama dah tak terima bau ikhlas dlm hati mereka hanya senang cium bau dot najis rosma

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 12:13 AM delete

mcm la perkasa dan pemuda amco tak pernah berdemo...

saluran apa gko ckp.. dlm parlimen ckp kena gantung 6 bulan... nak soal pm ganti pembantu yg jawab.. tanya kerugian felda melabur luar negara jawab felda untung 1 billion.. tanya lain jwb lain..

pakatan dah berapa lama mintak di daftarkan tp kita dan parti nala senang je didaftarkan.. saluran apa nak pakai lagi...

ajak pm kesayangan gko berdebat sampai skg tak berani..

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 8:12 AM delete

ada ker pakatan hantar permohonan daftar ??? tak der lah bro . nak daftar PR kena declare , sapa president , sapa timbalan presiden , SU sapa dan komposisi AJK . PR boleh declare ker ?? anwar president , timbalan plak lim kit siang er haji hadi ??? SU nak pilih PKR , nanti PAS dan DAP tak setuju . cuba fikir lah bro . tak huru hara ker negara kalau PR memerintah . baik dapat PM yang takut bini dari dapat PM orang tua yang gila sex . fikir-fikirkan lah yer .... hehheheh

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 5:17 PM delete

aduh,, apahal pulak gko ngaku pm gko takut bini... sah lah ya..! dan aku tak ngaku dan sah kan bakal PM aku gila sex.. aku akn simpan statement gko nie... Yes ..!!!

cerita daftar ni dah lama dah... dah basi.. dulu entah amlau (ros) mana kata pakatan tak de buat permohonan tp dah dijawab oleh pemimpin pakatan berbulan tp tak de maklum balas.. lepas dijawab officer ros tu senyap jeeee...

salah satu alasan spr ialah jumlah parti tak cukup utk digabungkan sekurang kurang nya 6 atau 7 parti... maaf kalau aku tersilap tp tu lah yg aku diberitahu...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive