Siasat Khairy!! - Wira PERKASA

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis." kata Wira Perkasa, Irwan Fahmi.

Ceh!!! KJ suruh Polis siasat Presiden PERKASA.. Wira PERKASA pula gesa Polis siasat KJ.. oleh kerana kedua-dua mereka bukan dari Pakatan Rakyat.. tunggulah.. kita tunggu sampai babi boleh terbang pun Polis belum tentu akan menyiasat..

Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ.


KUALA LUMPUR 21 Jun - Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan.

Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."

Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu.

Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.

Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.

Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
June 21, 2011 at 9:09 PM delete

Kalau nak tau itulah Perkasa, kerja dia menterbalikkan apa orang kata kat dia, kalau orang kata dia bodoh dia balas kata orang tu bodoh, orang kata siasat dia, dia balas suruh orang tu disiasat. Padahal yang nak disiasat ialah cakap Berahing yang menghasut tu. Perkasa yang bodoh bukan Perkasa tapi Pengecut.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 5:48 AM delete

Taktik lama.....AWAS Pemimpin Pakatan Rakyat...yg bertelagah antara KJ dan Perkasa.....Yg pasti kena ISA ...pemimpin2 Pakatan Rakyat...Belajar dari sejarah silam....Masa operasi lalang zaman Pemerintahan Mahadey Kutty

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 9:02 AM delete

Dia orang bikin wayang....jalan cerita tak habis2.....celaka ini perkasa

Reply
avatar
June 22, 2011 at 10:13 AM delete

jgn terpedaya dengan wayang sandiwara puak2 haramjadah ni. sepatutnya ibrahim katak dh kena tahan ISA kerana mengancam keselamatan rakyat berbilang kaum tp apa polis buat, apa kerajaan sekarang buat..Hisapputing lg la tak boleh pakai..Hisapputing bini dia boleh la..Najis? ini silap2 dh tak dak dh 2 biji anugerah tuhan..kalau pembangkang buat tak payah tunggu..kejap ja dia hantar kemunting..pengecut

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive