Selepas Komunis, BERSIH dikait dengan Kristian pula..

Baca laporan dari Lidah Rasmi UMNO ini.. kerana terlalu takut kepada bayang-bayang Lidah Rasmi UMNO ini cuba mengaitkan BERSIH dengan Gerakan Kristian pula yang kononnya menyalurkan dana..

KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.


Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anak kg pertama
June 27, 2011 at 10:12 PM delete

Kepada semua!! kenapa BERSIH harus diteruskan atau disekat..hangpa layar blog ini..

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/06/127-semangat-syiah-dalam-demonstrasi.html

Reply
avatar
June 28, 2011 at 2:18 AM delete

AKP,

Butuh hang lah, jangan nak sebar dakyah Utusan Meloya tu, duit untuk dana bersih disumbangkan oleh rakyat Malaysia dari dalam dan luar negara, so apa yang hang dok nak suruh baca blog burit kak cik hang tu?

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 12:22 PM delete

Betul ke orang melayu ni bodoh?? Sukahati je Umno nk tipu. Sape sokong Umno tu mmg kena bodoh je la. Pemimpin atasan Umno tu semuany dh kaya-raya.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive