RM888 Bilion wang haram ni siapa punya kerja?

KUALA LUMPUR: Kerajaan sehingga kini masih berdolak dalik berhubung isu pengaliran RM888 bilion (AS 291 bilion) wang haram yang pernah didedahkan oleh Global Finacial Integrity (GFI) awal tahun ini.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata demikian ketika mengulas jawapan terhadap soalan yang dikemukakan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Awang Adek Awang Hussin di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek dalam jawapannya berkata, adalah sukar mengenalpasti jumlah wang haram dan wang tidak haram kerana ia bercampur dan tidak direkodkan.


Turut didedahkan sebanyak 59 pengurup wang dibatalkan lesen manakala sembilan pengurup wang dan pengarahnya, didakwa dan didapati bersalah.

Beliau dalam kenyataan juga mendedahkan siasatan mendapati pembayaran cukai taksiran yang tidak diisytiharkan oleh individu dan syarikat bagi setiap pembekuan dana, mungkin bertujuan mengelakkan duti kastam.

Amran ketika ditemui di luar dewan berkata, beliau tidak menolak kengganan Awang Adek mendedahkan nama individu yang terlibat dengan pengaliran wang haram, membuktikan wujudnya penglibatan ahli politik.

“Dalam sejarah Malaysia, boleh (jadi) ada ahli politik yang terlibat dalam pengaliran wang haram. Kalau tidak bagaimana pengurup wang boleh dilibatkan dengan penglibatan dalam pengaliran wang haram,” ujarnya.

Beliau dalam masa yang sama, kesal kerana Timbalan Menteri Kewangan II enggan menyatakan anggaran sebenar pengaliran wang haram tersebut.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah GFI, sebuah badan pemerhati kewangan global dalam laporan mereka Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 .

Malaysia mencatatkan pengaliran keluar wang haram antara yang tertinggi di dunia membabitkan sebanyak USD 291 bilion antara tahun 2000 sehingga 2008.

Berada pada kedudukan kelima di antara sepuluh negara teratas, Malaysia berada di belakang China ( USD 2.18 trilion), Russia (USD 427 bilion), Mexico (USD 416 bilion), dan Arab Saudi (USD 302 bilion).

GFI dalam laporannya mendefinisikan Wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.


http://www.keadilandaily.com/?p=16033

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Bahang Neraka(BN)
June 27, 2011 at 11:50 PM delete

apa punya bodo jawapan yg dikemukakan oleh seorang menteri yg diamanah oleh rakyat utk jaga harta negara,kalau mcm ini punya kerja mentadbir harta rakyat baik jual besi buruk menteri2 yg menganggapkan dirinya lebih baik dan cerdik tapi dungu dimata rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 9:53 AM delete

Memang la payah nak kenalpasti siapa punya duit sebab MAJORITINYA PEMIMPIN umNGOK yang punya, takkan nak dedah KURAP SENDIRI.

BERUK-BERUK JALANAN umNGOK bagi sorang sepuluh ringgit dah terkinja-kinja tengah jalan, tak sedar BABI-BABI DAH BAWAK LARI DUIT BILION-BILION.

Sorry la sebab guna BABI DAN BERUK tapi tu je selayaknya pada umNGOK nie.

-wakleman

Reply
avatar
June 28, 2011 at 10:56 AM delete

percayalah pemimpin2 UMPORNO tak ambik port punya persoalan ni. Yang dia orang tahu video sex, liwat, perkauman..janji dapat lari dari persoalan pokok. Isu 52 billion saham bumiputera pun terkencing dalam seluar nak jawab. Tapi percayalah selagi ada puak2 penyokong yang bangang tahap cipan selagi itu mereka tak akan jawab. Rakyat akhirnya dibebankan hutang negara yang aku takut sampai satu tahap negara tak mampu bayar..sekarang bolehla sembang besar projek sana sini..cuba ditakdirkan tiba2 minyak negara kering..?

Reply
avatar
penternak_lipan
June 30, 2011 at 4:59 AM delete

mana ilang abis ni..juara2 pencacai UMNOAPCO yg rajin menyalak..kalau bab ni..memang diaorg kecut telox.macm anjing kurap..tapi bab sex....semua nak jadi juara...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive