RM50 Upah untuk Demo Sokong Datuk 'T'?



Ingat lagi laporan Malaysiakini yang mengatakan kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ketika Datuk ‘T’ dihadapkan ke Mahkamah? Kalau dah lupa sila baca di (SINI)

Kononnya kehadiran mereka adalah itu adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.


Benarkah mereka benar-benar hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'?

Tidak sebenarnya.. antara mereka adalah budak-budak sekolah sebenarnya yang tidak tahu untuk apa mereka dibawa ke situ dan mereka juga mendakwa mereka dibayar RM50 seorang…


Umno upah anak saya sertai demo sokong Datuk T – bapa pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.

Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.

“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.

Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.

Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.

“Dari Taman Wahyu ada kira-kira 30 orang tetapi mereka dapat tahu ada dua bas semuanya. Mereka ditawar kerja itu oleh penduduk tempatan dikenali sebagai Isa – orang suruhan pemimpin Umno bahagian bergelar Datuk.

“Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.

Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=15988

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
June 27, 2011 at 1:52 PM delete

wakakakaka!!
no komen..

bagi teman gelak dulu wehh!

WAAAKAKAKAKAKAKAK!!
WAKAKAKAKAKAK!

WAKAKAKAKAK! hancur UMNO!

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 2:35 PM delete

Satu berita yang bodoh...Pengikut dan penyokong Dato'T?? ... siapa Dato T?? Adakah mereka ini pemimpin. Kalau mereka ini pemimpin mungkin ada pengikut atau penyokong...tapi mereka bukan pemimpin. Kalau bukan pemimpin, bagaimana ada pengikut atau penyokong. Nyata satu pembohongan. Dan maklumat bahawa mereka diupah untuk berkumpul adalah benar.
Dalam perbicaraan kes ni pun banyak keraguan. Maklumat yang diberi menyatakan bahawa video tersebut telah disahkan oleh pakar dari Amerika...entah dari mana lagi. Pernah tak andqa dengan pepatah yang berbunyi seperti ini HE WHO PAYS THE PIPER CALLS THE TUNE. Maksudnya...kalau saya bayar kepada seseorang, orang itu akan berkata apa yang saya suruh dia kata, kecualilah ada pemeriksaan balas. Ni...laporan tu pun not made public...Jadi hanya puak UMNO saja yang boleh terima hal seperti ini. Tolonglah hormat sikit. Janganlah underestimate intelligence semua orang. Kalau orang awak bodoh, janganlah anggap semua orang bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 2:42 PM delete

Setuju dengan anon 2;35

Kalau saya upah Siti Norhaliza nyanyi lagu Banggawan Solo, dia nyanyi lagu Banggawan Solo le, bukan Dondang Sayang...awak ingat kami bodoh ke...

Reply
avatar
June 27, 2011 at 2:51 PM delete

tak kisahla tapi orang yang waras tak kan sekongkol dengan penjenayah aka perogol aka pelucah. Tapi kalau ada puak yang masih menyokong memang aku tak paham walaupun diupah banyak mana pun..itulah gambaran orang nasib melayu sekarang, dapat upah 'peanut' pun sanggup gadai maruah. Orang melayu yang dah selesa dengan kehidupan mereka buat tak heran dengan nasib kaum sendiri tetapi bila depan ramai mengaku kononnya pejuang melayu piiiiraaaaaaah

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 3:10 PM delete

Dah miskin sangat dan dah terdesak ....itu yg sanggup terima juga upah niiiiii.....kalau hangpa tak percaya dalam perhimpunan BERSIH nanti pun ada segolongan manusia yg akan diupah utk membuat kecoh.....itu biasa......tapi yg aku dapat tahu....perhimpunan BERSIH ini berupaya mengugat UMNO....itu yg yg sekarang UMNO dah gelabah....dah terlewat....rakyat terutama generasi muda dah pun buka mata....serta minda.

Reply
avatar
hitman
June 28, 2011 at 12:16 AM delete

Tu la semua ni jenis penjilat telo anWar. Aku dah x paham jenis korang ni. selagi Nur Allah x diturunkan pada jenis korang, sealgi tu lah fitnah n kebenaran depan mata pun buat2 buta. Carilah kebenaran sebelum menabur fitnah. jgn dok bawah tempurung n telo nuar je.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 8:52 AM delete

Aku pun ada teloq dan anwar pun ada teloq. awat nak pi duk bawah teloq anwar?...kah..kah...kah. Ulasan oleh seorang sibangsat...

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 9:57 AM delete

Hehehe..

Adalagi ke yang nak sokong umNGOK kalau bukan sebab RM???

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 12:44 PM delete

hitman said...
Tu la semua ni jenis penjilat telo anWar. Aku dah x paham jenis korang ni. selagi Nur Allah x diturunkan pada jenis korang, sealgi tu lah fitnah n kebenaran depan mata pun buat2 buta. Carilah kebenaran sebelum menabur fitnah. jgn dok bawah tempurung n telo nuar je.

Tahniah Hitman
dan alhamdulillah anda dah dapat NUr Allah,

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 12:05 AM delete

lerrr komen tah apa apa . tengok lah sikit gambar tu . jelas tu semua penyokong perkasa . dato shuib lazim tu kan orang perkasa . diorang sokong lah . issshh nak spin ker nak buat tohmah ker patut patut lah . bak kata pepatah inggeris .. you lose your tune .... hahhhahhaha

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive