RM49 juta biayai kediaman Najib, Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).


Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

“Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16074

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
June 28, 2011 at 12:50 PM delete

that's what i call gross and bastard

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 3:02 PM delete

Rakyat bawahan yg sokong Umno ni mana tau ni semua. Kena tipu memanjang je le sampai kiamat.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 3:40 PM delete

Kos penyelenggaraan je RM 49j ??? Wow GILA BABI PUNYA BESAR RUMAH TU, Baru je siap rasanya dah baiki sampai 49j?

Rakyat Sabah & Serawak yang jadi talian hayat umNGOK masih lagi pakai air telaga dan malam-malam pakai lilin.

Tahniah PENCACAI-PENCACAI umNGOK.

-wakleman

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive