Pilihan raya masjid Pulau Pinang ditangguhkan atas titah Agong

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pemilihan jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan diadakan pada esok dan lusa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim, penangguhan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.


“Saya telah diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.

“Oleh yang demikian pemilihan yang dijadulkan pada esok dan lusa ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang julung kali diadakan itu menggunakan kaedah pilihan raya.

Kaedah yang digunakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dikritik pemimpin-pemimpin Umno.

Tambah Abdul Malik, MAIPP akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu.

Laporan Bernama Online menyebut seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Abdul Malik sebelum ini berkata pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid esok dan 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Menurut laporan itu juga, Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anak kg pertama
June 18, 2011 at 1:01 AM delete

Berkat doa umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia...maka Allah makbulkan permintaan hamba2NYA...Allah Maha Mengetahui akan sesuatu yg belum berlaku....jika perpecahan umat Islam mula berlaku dimasjid2 maka akan hilang perlahan-lahan maruah umat Islam di bumi Malaysia ini...

Reply
avatar
Anonymous
June 18, 2011 at 1:57 AM delete

Begitulah jika terdesak.. agong dan agama diperalatkan.. selama ini pun UMNO hanya menggunakan sultan dan raja untuk kepentingan mereka. Masih teringat bagaimana hinanya sultan dan raja diperlakukan pada awal tahun 1990an. Hanya satu kejadian semua raja dan sultan dibabitkan sedangkan mereka (UMNGOK) boleh berbincang dengan para raja melayu untuk atasi masalah itu.. betapa hinanya diperlakukan kepada raja melayu apabila perkara ini diperbincangkan dalam perhimpunan agung UMNO..

melayu mudah lupa..

Untuk menbolot kuasa di masjid-masjid demi survival mereka (kuasa dan kedudukan)semua perkara yang melihat memberikan kebaikan kepada kariah diketepikan., fitnah ditaburkan.. malah pihak yang tiada berkaitan (DAP) dilibatkan..

memang mereka kafir.. tapi lebih hina jika ianya dilakukan oleh umat Islam sesama bangsa demi survival politik pihak mereka..

Tak malu menggunakan kalimah allah dengan mendakwa segala perancangan itu dimakbulkan oleh Allah... sedangkan mereka yang hina melakukannya dengan kemurkaan ALLAH.

Reply
avatar
Anonymous
June 18, 2011 at 8:54 AM delete

Ada penasihat agama tapi tak ambil pakai....Ketua agama paling bodoh.........dah tabur tahi baru kelam kabut nak cuci......ya ampoon raja malaun

Reply
avatar
Anonymous
June 18, 2011 at 2:35 PM delete

berpolitik biarlah berpada pada . kelak nanti satu hari nanti kepala kita dipijak oleh bangsa lain . berpecah boleh membawa kepada kehancuran . yang melantik pengerusi jawatankuasa masjid MAIPP yang hendak buat pilihanraya pun MAIPP . maksudnya ada pihak yang mengarahkan kaedah pemilihan baru diadakan. sebab utama adalah mereka tidak boleh mengawal perlantikan oleh MAIPP. fikir-fikirkan . yang dok sibuk nak ambik jawatan tu bukan pegi masjid sangat pun . alasan beribu . naiwaitu tak ikhlas , rela tengok umat berpecah . berpolitik ni biarlah berpada pada . agama mesti didahulukan . ni tidak politik lebih dari agama . masjid tak pegi , ceramah dan demonstrasi beratus batu sanggup pegi. ajaran sesat ker ??

Reply
avatar
Anonymous
June 18, 2011 at 8:05 PM delete

Awat, masa mesyuarat agong angkat-angkat tangan tu bukan ngundi ka?

Umngok memang susah nak berubah walau selepas berpuluh tahun.

Mamu hang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive