Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat jika PKR tetap sertai BERSIH 2.0 (Video Inside)

Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.


Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.


MerdekaReview




Video diatas dari Milo Suam lagi maklumat sila ke Milo Suam

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
June 28, 2011 at 9:49 AM delete

Perhimpunan BERUK-BERUK umNGOK nie ada permit ke?

Terang-terang buat kenyataan nak bakar pejabat PKR nie, dah jadi satu ancaman secara terang-terangan POLIS DAN FRU buat apa?

Makin NAIK LEMAK BABI-BABI umNGOK nie mentang-mentang POLIS DAN FRU BAWAH KETIAK DEPA.

-wakleman

Reply
avatar
bunbinban
June 28, 2011 at 10:29 AM delete

kahkahkah.....beruk2 sedang mempamerkan kemahiran meniru gaya. oiiiii..cari la slogan lain, takan tu pun nak tiru kot. Ni yg kita harapkan nak memimpin negara....bodohnya org umno ni. Suka mak bapak dorang je nak ugut2 org lain. Dia ingat org takut...hahaha....pegi la balor kedutaan singpura tu, dah jelas menceroboh kedaulatan Malaysia....akal ada ka

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 10:51 AM delete

Apa nak dihairankan UMNO BN adalah Peropak rakyat perogol wanita pembunuh perasuah pencaci peyamun penfitnah semua ada jaadi pada pilihanraya akan datang kita rakyat malaysia buat mereka tak ada ok

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 12:28 PM delete

Apasal nk bakor plak?? Tak dak hantu mak limah dkt situ. Dkt tingkat 4, 36, 37, 38 bangunan PWTC tu yg patut d bakau sbb bnyk hantu puaka (anak cucu-cicit iblis).

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 3:02 PM delete

Tuduh Bersih ala Communist, tapi nampaknya Beruk Beruk AMno ni la yang lagak macam penganas Communist... nak bakar bangunan pulak tu...!

KJ dulu tuduh Bersih bagai beruk beruk jalan, lah ni diapa macam mana? Baruah baruah jalan kah?...

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 4:28 PM delete

Budaya Melayu -Islam.....kerna parti politik yg berbeza, kerana amarah serta dengki dgn HIMPUNAN BERSIH yg boleh menggugat UMNO....depa ni sanggup buat kacau nak tunjuk samseng.....terang lagi bersuluh siapa yg samseng?????????

Reply
avatar
June 28, 2011 at 9:44 PM delete

INILAH HASIL DIDIKAN UMNO SELAMA 54 TAHUN MEMERINTAH.....HILANG PENDOMAN DAN HALA TUJU.....

LOKMAN NOR ADAM....SEKALONG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive