Pemuda UMNO ‘iktiraf’ BERSIH?

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa keputusan Pemuda Umno yang turut mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan tersirat kepada agenda utama Bersih 2.0 yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Semalam, Pemuda Umno mengumumkan pihaknya juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini — hari Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan.


Bagaimanapun sayap Umno itu tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam.

Dalam reaksinya hari ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, tindakan sayap pemuda parti saingan mereka itu sekali gus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa sendiri, yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis kononnya mendakwa Himpunan Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

“Dengan begitu banyaknya laporan polis dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa.

“Rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah mengelarkan rakyat yang menyertai Himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’,” kata beliau.

Riduan berkata kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi dan “mungkin dia sudah sedar siapa dirinya.”

Riduan menambah, alasan beliau itu juga membuktikan bahawa “adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki.”

“Dan, begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.

“Tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat,” kata beliau sambil menambah, keputusan Pemuda Umno itu menunjukkan rakyat sudah mendapat signal bahawa ia sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.

Sehubungan itu kata Riduan, pihaknya akan mengerah semua ahli Pemuda PAS dalam dan luar negara bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 sebagai tanda solidariti bersama rakyat.

“Dewan Pemuda PAS pusat mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang ini.

“Hanya rakyat yang mampu membuat perubahan ini,” katanya.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
June 17, 2011 at 11:04 AM delete

Nampaknya kita bakal berpesta di KL pada 9hb July nanti. Yang bakal menang akhirnya ialah peniaga2 di KL dengan hasil jualan pasti berlipat ganda di hari tersebut tak juga ketingalan ialah drebar2 teksi dan syarikat LRT yg pasti laris mengangkut orang lepas penat berjalan.
Supaya pak polisi tak menganggu kedua2 pihak samada pro-BERSIH atau anti-BERSIH. Sila jalankan tugas utama polis iaitu menjaga ketenteraman awam. Polis boleh sediakan laluan berasingan kpd kedua2 pihak supaya tak clash dan hanya tangkap mana2 orang yg lakukan provokasi. Inshallah kalau polis buat kerja dia dengan adil dan professional...perhimpunan ini akan aman.

Reply
avatar
Anonymous
June 17, 2011 at 4:03 PM delete

Harap-harapnya tiada penyusupan anasir sabotaj dan subversif dalam perhimpunan Bersih 2.0 nanti. Saya menggesa unit Amal agar memantau setiap tindak tanduk peserta yang mencurigakan. Dikhuatiri mereka berniat jahat dan mereka bukan peserta perhimpunan yang sebenarnya.

Reply
avatar
Anonymous
June 17, 2011 at 4:24 PM delete

Saudara-saudaraku ,
Bersatulah dan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9July ini . Sesungguhnya tujuan murni perhimpuan ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia , kaedah-kaedah supaya pilihanraya oleh SPR dijalankan dengan adil dimasa depan walaupun pembangkang telah menang 5 Negeri dan pemilihan PKR dicemari balingan kerusi dan muktamar PAS mengambil masa 2 hari untuk mengumumkan pemenang.
saudara-saudaraku,
Marilah kita menjayakan Bersih 2.0 dan ikutlah dengan penuh taat dan setia kepada penganjur Bersih walaupun mendapat tentangan dari segenap penjuru . Jika kita patuh kepada penganjur Innsya AallaH(tuhan agama katolik) akan memabantu . Taat dan patuhlah kepada barisan penganjur yang ketuanya Ambiga Sreenevasan. Beliau telah menunjukkan semangat yang jitu terutama dalam kes Lina Joy serta dalam isu/kempen penggunaan perkataan ALLAH oleh Katolik. Jika kita berjaya pada 9July INNsya AallaH(tuhan katolik lagi..)kita akan menjayakan kempen KAUM/BANGSA Malaysia pula .
Ingat Saudara-saudaraku,
Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA ini telah dimulakan oleh Hanna Yeoh . JIka Bersih berjaya maka kempen seterusnya akan turut diketuai oleh Ambiga Sreenevasan dengan menjadikan isu ini sebagai krisis perlembagaan yang terbaru . Jika kita berjaya dan kerajaan tunduk kepada KEMPEN KAUM/BANGSA MALAYSIA ini maka dengan mudah anak-anak dari bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai agama lain selain dari ISLAM. Maka kita akan berjaya merobohkan halangan perlembagaan yang mensyaratkan bangsa Melayu mesti beragama Islam.
Saudara-saudaraku ,
Percaya dan yakinilah bahawa dalam kes Lina Joy dan kalimah ALLAH , Ambiga Sreenevasan telah berjaya menyatukan penganut Kristian melangkaui batas kaum. Kristian Malaysia hari ini adalah SOLID . Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA samada berjaya atau tidak percayalah Ambiga Sreenevasan akan dapat menyatukan BUDDHA dan KRISTIAN dalam perpaduan yang erat . Bukankan ini yang amat diidamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP . Percayalah jika Bersih 2.0 berjaya maka tiada siapa yang mampu menghalang Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA baik PAS mahupun PKR . Innsya AallaH negara Malaysia ini adakan jadi milik kita . Ke PutraJaya.

Reply
avatar
penternak_lipan
June 21, 2011 at 2:16 AM delete

pd anon 4.24pm
sian kat hang.
apahal pun..bca dan paham apa 8 tuntutan yg dituntut oleh bersih 2.0.hang ni kuda kayu teruk sgt ni...otak teruk sgt ni...la ni hang baru takut kes lina joy?.bangsa malaysia?.tapi hang mungkin terlupa kot sapa yg pegang kuasa ketika ini.pas ka yg buat lina joy kuar islam tu?malas la nak terang otak macam hang ni...org tua2 cakap..biar bodo..tapi jangan bodoh piang

Reply
avatar
Anonymous
June 24, 2011 at 3:04 AM delete

Allah taala la yg pegang kuasa..... betul x tuan?

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 4:12 PM delete

kenapa la tak fhm2... pyh sungguhhh

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive