Pemuda UMNO dan AMK Bertembung, Polis campurtangan.



PETALING JAYA: Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar di kawasan ibu pejabat PKR itu.


Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekacauan bermula apabila sekumpulan 30 ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan 50 anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR.

AMK pula melaungkan kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’ Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno mengugut membakar ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, dakwaan itu disanggah Exco Pemudanya Lokman Noor Adam yang kemudiannya membuat laporan polis tersebut.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

Hanya fitnah



“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.

Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.

Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.

Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.

Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal, ‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman, Ketua Pemuda Wilayah, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
bunbinban
June 30, 2011 at 5:25 PM delete

apa plak hina panggil mamak? hahaha...malu ye nak ngaku mamak. abis muka tu, muka sape...muka melayu? hahaha....adehhhh muka ni melayu umno buat jadi pemimpin, dah pupus ke melayu tulen yg berwibawa sampai mamak ni korang lantik jadi pemimpin, asal keturunan pun malu nak ngaku pastu sibuk ngan ketuanan melayu. hahaha...Puak ni kalau gi Eropah pun ngaku dia ni 'mat saleh', pegi negara cina ngaku dia cina, pegi afrika ngaku jadi negro....hahaha tapi nasib baik la org2 sana tak percaya kerana warna kulit dan pelat yg berbeza dgn mereka...hahaha

Reply
avatar
June 30, 2011 at 5:39 PM delete

puak2 ni sebijik macam mentor mereka mahadey..keturunan mamak tapi mengaku '200%' melayu..kalau diberi peluang sudah pasti mereka akan gubal perlembagaan negara agar geng mamak dapat status bumiputera..tindakan ala samseng dan provokasi tidak lekang dari geng2 mamak..asal nama merican ja rasa diri dari amerika ka apa? dey tambi balik la..duduk diam2. cendol pulut onney, rojak mee onney

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 5:44 PM delete

hahaha...mamak!teh tarik 1!

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 7:28 PM delete

wah...bukan main marah lg dia eh........hahahaha

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 7:42 PM delete

polis hanya berani dengan penyokong pakatan sahaja.kalau dengan puak-puak umnongok,semua polis hilang telorrrr.....khiaqqqqq ptuihhhhh..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 9:34 PM delete

ingat samseng teringat pemuda umno....ingat pemuda umno teringat samseng.
Kepada cikgu2 sekolah, tak payah lah susah payah nak basmikan budaya samseng kat sekolah. Sekarang kita dah tahu dari mana punca nya budaya samseng ni. Buang masa cikgu aje.

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
June 30, 2011 at 9:55 PM delete

mamak buat lawak lagi p buat canai aje bisines roti bro` lagi baik,nana amerika mamak melayu kurap skrang roti dah tak laku,melayu boikot,karang minta nyawa sebab kepala samseng mamakdir tak laku nak raih simpati pada najis...hahaha ...kesian spesis ni nak bela kerabat mamak,dia tak pupus kat malasia ini

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:30 PM delete

mintak pakai dakwat pon kata nak gulingkan kjaan dgn haram.. mana tau pakatan rakyat menang dan bila berkuasa kamu org dah tak payah buat keje yg kita org buat skg..

dan mulai hr ini kalau order teh tarik jgn panggil 'mamak..! teh tarik satu..!' ini adalah satu penghinaan dan provokasi...

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 1:55 AM delete

wow bestnye kalau semua ramai-ramai buat perhimpunan.....kalaulah negara tak ada polis lagi baik, harap-harap tak ada langsung polis yang bkawal kat situ haha....biar semua penyokong Ambiga, Umno dan semua NGO berhimpun kat situ melaungkan hasrat masing-masing..kan best...kita tengok apa hasilny nanti...hahaha

Reply
avatar
July 1, 2011 at 7:38 AM delete

Semalam tepat jam 12tengahmalam, berakhirnya stysen keretapi tanah melayu di tanjung pagar S'pore.

Inilah pejuang-pejuang pemimpin melayu ummnohaprak/umnoupco/umnoprono menggadaikan maruh rakyat Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 8:41 AM delete

aaauuuwwww ganaz lah AMK ni. ganas macam bang nuar jer .tapi sedap . tak kuasaaa nyahh .

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 7:49 PM delete

di nusantara,itu gugusan kpulauan mlayu.dr slatan thai di pnggil mlayu pattani,dr slatan filipina,mlayu moro dn dr slatan kemboja,mlayu champa.dey!macha!!mna ada dr india mlayu?

Reply
avatar
Anonymous
July 2, 2011 at 6:45 PM delete

Yang menyedapkan blog blog hampa ini adalah pengomen pengomen yang lucu tapi pedas yobbbb...istemewa dan bergeliga...

Reply
avatar
penternak_lipan
July 3, 2011 at 2:25 AM delete

anon 1.55am
puki kak cik hang
org otak selut n sempit macm hang aja yg mintak polis tak ada sbb senang leh wat jenayah kaniaq hang tu.sbb otak bodoh hang standard panddy kutty

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive