PANAS!! Jamil Khir, Pengarah Jawi guna wang Zakat biaya kos guaman.



Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.


Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

“Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

“Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin.


http://www.keadilandaily.com/?p=15688

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
Anonymous
June 22, 2011 at 3:58 PM delete

Subhanallah....duit zakat jangan buat main main yeop...kena bakor nanti..

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 4:01 PM delete

Mula2...Ingat fitnah, teringat umno dan Ingat umno teringat fitnah..kini ditambah lagi...
Ingat rasuah teringat umno dan ingat umno teringat rasuah.
pemimpin2 umno kini membusuk menunggu rebah.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 4:01 PM delete

ASD... nak membuat pembetulan sedikit..

Bukan Ketua Pengarah JAWI tetapi Pengarah JAWI. Pengarah JAWI juga merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP)dan bukan setiausaha JAWI.

sekian

Reply
avatar
MATauge
June 22, 2011 at 4:02 PM delete

Taib putar satu alam dah ada bini baru pun tak cukup,baik senang aje letak jawatan cm bagi can org lain juga,memang muka tua dah kerepot tak malu,dgn izin,pasang gigi kerbau pun tetap tak menarik,kenapalah rakyat sarawak mengeram tak menetas lena betul dibuai mimpi senandung santubong....ini dah tahap ngok

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 4:05 PM delete

kite bako...kite bako aje..

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 5:20 PM delete

tang ini lah harap harap sgt ketua agama islam bertindak dgn bijak.. klau pemilihan mesjid dibawak kpd YDP Agung maka perkara ini yg tak masuk akal dan mmg menyalahi syarat2 zakat sepatutnya YDP Agung pandang berat .. antara pemilihan dgn salah guna wang zakat yg manakah jika ikut hukum jatuh berdosa??

sdgkan fakir miskin dan anak anak yg belajar diluar negara merempat .. ada mesjid mesjid dan surau yg perlu dibaik pulih..

agak agak nye leee ... yg ini ke yg pertama kali???

Reply
avatar
mohdzaidi
June 22, 2011 at 5:29 PM delete

Kita siasat dulu, lepas tu baru balun

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 10:28 PM delete

umno menjadikan YDP Agong sebagai duan terup.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 10:28 PM delete

umno menjadikan YDP Agong sebagai duan terup.

Reply
avatar
June 22, 2011 at 10:34 PM delete

hahaha.... cirit lah kau orang...buat malu terengganu jer...che mat ali org terengganu. dulu yusof nor, suruh jaga wang zakat dia buat melabur, rugi jugak. orang terengganu juga. patutla pun royalti kena tipu kat mahathir dan najib

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 10:39 PM delete

Haram Jadah...aku tak halal kan wang zakat aku ....binatang punya punya org.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 11:14 PM delete

itu lah dia ULAMA DI AKHIR ZAMAN sebagaimana sabda Nabi saw...

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 11:54 PM delete

bagus punya spin saifudin ni . semua duit MAIWP tu duit zakat yer ?? tak reti nak beza duit pentadbiran budjet JAWI dengan duit zakat untuk asnaf. baguslah bagi mereka yang dok telan cerita saifudin ni . siap tokok tambah lagi tu . kenaaa bakor.

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 7:36 AM delete

yg dedahkan perkara tsbt ialah timb menteri dr mashitah dr peruntukan zakat.. tak tahu lah dia tersilap ckp..

isu kedua org yg sama meluluskan peruntukan utk diri sendiri.. tak kira apa budget pun ..

dihrp dlm borang tsbt ada nombor akaun peruntukan..

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 8:31 AM delete

Che MAt Ali ni nama je Pengarah.. tapi konsep 'Check & Balance' tak kan tak tau.. aku ni kerani cabuk pun tau.. hancur pusat zakat cam ni..

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 6:29 PM delete

pelik lah menteri2 umno ni..

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 6:32 PM delete

jamil khir mmg kaya btol lepas jd menteri ni. Rumah makin besar..design tingkap n pintu rumah mcm design istana negara..ank dia yg baru umor 25 tahun tu dah pakai kereta RX8..cr lah FB ank2 dia..tgk sendiri..

Reply
avatar
December 29, 2011 at 11:08 PM delete

saudara,

Untuk makluman, seseorang Pengarah Jabatan Agama Negeri yang merupakan Setiausaha majlis Agama Islam negeri, maka beliau adalah Amil dan berhak bagi duit bahagian zakat atas kapasiti beliau sebagai pentadbir zakat.

walaubagaimanapun, dlm kes ini jelas nyata peruntukan adalah dari sumber AM. Jika saudara-saudara ingin nak tau, salah satu sumber am adalah seperti faedah/bunga dari simpanan org islam yang beliau tidak mahu gunakan akan diserahkan kepada baitulmal dna dimasukan dlm sumber am.

begitu juga duit yang dijumpai oleh orang islam, yang beliau tidak mahu dna diserahkan kepada baitulaml akan dianggap sumber am.

Justeru, saudara harus jelas tentang peruntukan zakat dan dengan peruntukan bawah sumber Am

akauan ini akan ditadbir oleh akauantan yang mengiuruskan akaun kedua-dua sumber am dan sumber zakat tetpi dlm peruntukan yang berbeza.

Justeru, bersikap adil lah, jangan berburuk sangka terhadap orang islam yang lain sekiranya kita tidak jelas dengan sesuatu perkara.

Allah swt maha mengetahui

adam
atansawo@gmail.com

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive