Najib kata UMNO Boleh Kumpulkan Tiga Juta Ahli "Lawan" Bersih

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangan terhadap Bersih dengan mendakwa beliau mampu menggembeling kesemu tiga juta ahli Umno untuk menentang “habis-habisan” perhimpunan aman itu pada 9 Julai depan.

Betulke tu?? kalau betul ada ahli seramai itu kumpulkanlah.. kenapa nak ditangkap sesiapa saja yang pakai baju berwarna kuning tak kira ada logo BERSIH atau tidak?

Lagipun adakah tangkapan tanpa mengikut undang-undang itu dikira bertanggungjawab? dan adakah menghalang rakyat untuk berhimpun secara aman itu juga tindakan yang bertanggungjawab?


Najib : Umno Boleh Kumpulkan Tiga Juta Ahli "Lawan" Bersih

SIPITANG, SABAH : Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangan terhadap Bersih dengan mendakwa beliau mampu menggembeling kesemu tiga juta ahli Umno untuk menentang “habis-habisan” perhimpunan aman itu pada 9 Julai depan.

"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," kata Najib.


Bagaimanapun dalam ucapannya di Sipitang Sabah petang tadi, Najib langsung tidak menyentuh perarakan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno dan Perkasa untuk “menandingi” perhimpunan Bersih pada hari sama.

Perarakan bergelar “Patriot” oleh Pemuda Umno disusun oleh ketuanya Khairy Jamaluddin manakala tunjuk perasaan Perkasa di atur oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen bebas yang berpihak kepada Umno.

Penganjur kedua-dua perarakan itu dikatakan mengugut untuk mengumpulkan ratusan ribu penyokong di Kuala Lumpur pada 9 Julai semata-mata untuk memaksa Bersih membatalkan perhimpunan aman bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Di Sipitang, Najib sekali lagi mengulangi tuduhan kononnya Bersih adalah didalangi oleh pembangkang untuk dijadikan modal politik.

"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.

Fakta Perdana Menteri itu tersasar. Pada pilihanraya umum 2004, BN dibawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menang 198 daripada 220 kerusi parlimen – satu rekod untuk pilihanraya umum di Malaysia.

Najib mendakwa Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan “hanya menunggu masa” untuk melaksanakannya.

Beliau bagaimanapun tidak mengupas isu kenaikan harga barang yang mencengkam rakyat dan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat gergasi yang menghauskan dana kerajaan.

Najib mendakwa perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dirancang oleh “kumpulan pengacau yang boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata.”

Penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasan menegaskan Bersih adalah instiatif pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

Beliau menjemput semua pihak termasuk parti politik untuk menyokong gerakan aman itu bagi memastikan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan tanggungjawab secara berwibawa.

Bagaimanapun undangan Ambiga tidak disambut oleh parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk Umno tetapi hanya oleh Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengishtiarkan Bersih sebagai perhimpunan haram dan telah menangkap 100 orang kerana memakai baju dengan logo perhimpunan itu atau mengedarkan risalah mengenainya.

Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim pula disoal siasat di bawah Akta Polis berhubung perhimpunan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kononnya Bersih akan mencetuskan ketegangan dan berkemungkinan melibatkan kehilangan nyawa jika ia diteruskan.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
Anonymous
June 30, 2011 at 6:20 PM delete

elok juga kalau umno turun padang sama,setiap sorang diberi nasi bungkus dan rm10.13, 13 sen itu bayaran untuk maruah ahli umno.

Reply
avatar
bunbinban
June 30, 2011 at 6:44 PM delete

kumpul la. takde sape nak larang. itu hak rakyat yg termaktub dlm perlembagaan. masa himpunan belia satu juta tu hari kat Putra Jaya kan berjaya ye tak Najib?. Aku nak beli rokok pun beratur sampai 2 kilometer tu ari...hahaha..

Reply
avatar
June 30, 2011 at 6:54 PM delete

hari tu Najib nak kumpul sejuta orang belia pun tak kesampaian, ini kan pula 3 juta...kahkahkah..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 7:16 PM delete

aku sokong najib.kumpullah 3 juta orang umno lagi meriah kuala lumpur.lagi terserlah demokrasi negara ini.cuma aku sedang mencongak-congak berapa banyak belanja terpaksa umno keluarkan untuk membawa 3 juta ahlinya ke kuala lumpur sebab:
1.baju free- harga sehelai rm20.00
2.nasi bungkus free rm 4.00 sebgks
3.air minuman free rm 0.80 sebotol
4.bas percuma rm600 sebuah bas
5.duit poket minima rm50.00seorg
KALAU TIGA JUTA AHLI UMNO TURUN AGAK-AGAK BERAPA JUTA UMNO KENA PERABIH DUIT....kesimpulan yang boleh aku buat ialah najib bercakap hanya setakat nak lepas geram je..NANTI TAK LAH ORANG KATA DIA BUKAN ANAK JANTAN!Hakikatnya dia bukanlah JANTAN!

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 8:47 PM delete

angkutlah sekali pokcik mokcik felda yang tak tau apa apa tu

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 9:30 PM delete

kah..kah..kah...najib bini rosmah buat lawak bodoh lagiiiii!!
Hey najib, kau bawa si umi hafilda adik azmin tu dan ezam raja sesumpah sekali....mudah2-an boleh tambah 4 orang juta lagi!! biar tersumbat saluran2 najis di KL ni dengan najis UMporNO.

Reply
avatar
Bombo
June 30, 2011 at 9:46 PM delete

kesian najib buat lawak style ezam sesumpah,semakin kotor kata2 najib rasa nak raih simpati rakyat,baik kau menangis aje najib merayulah sepuasnya namun sia sia belaka...

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
June 30, 2011 at 10:25 PM delete

Kumpul lah seberapa banyak tikus2 dan baboi2 umnobrok namun hakikatnya hanya kosong cakap2 beruang kantoi lahtu rakyat hanya bisa tersenyum aje dgr kebodohan yg tak masuk akalll

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 10:51 PM delete

Bagus juga, Najib harus buktikan BN masih punya sokongan rakyat dan jangan asyik biar media pro-BN tiap kali buat laporan sembah-menyembah BN tanpa asas.

Najib turunlah ke padang, tunjukkan bertapa jantan nya PM Malayisa kita. Hishammuddin dan Polis harus berikan permit kepada BN dan BERSIH kerana Malaysia adalah negara yang demokratik berasaskan Perlembagaan Persekutuan bukan undang2 ala hutan BN.

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:20 PM delete

sila kan.. sila kan.. mmg aku nak amco buat perhimpunan.. seeluk eluknya sebelum bersih.. ini memberi peluang polis buat rehearsal.. klau tak de huru hara dan kacau bilau... seharusnya pujian diberi pd abang abang polis dan khas buat Presiden amco..

dan selepas itu pasti tidak ada masalah di hari perhimpunan bersih..

3 juta tu akan berjaya dikumpul jika ada konsert.. jd mtk anon June 30, 2011 7:16 PM masuk kan kos konsert...

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 9:37 AM delete

Pecacai2 umno yg layari laman ini tolong bagi tahu kat najib razak, supaya masukan agenda tayangan video seks sekali, bukan hanya 3 juta, malah 6 juta orang akan datang beb!! pecacai2 umno tengah kemaruk video lucah sekanag ni.

Reply
avatar
July 1, 2011 at 10:41 AM delete

ha,nak lawan jom la.watpe tangkap2 diorang sebelum lawan ni?tak berani ke?

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

Reply
avatar
July 1, 2011 at 3:44 PM delete

BUNYIKANLAH SEMBOYAN WAHAI NAJIB...
AHLI UMNO YANG TIGA JUTA TU TERDIRI DARI YANG BERUSIA 55 TAHUN KE ATAS, BOLEHKAN DEPA TAHAN DENGAN ASAP PEMEDIH MATA DAN AIR KIMIA?

SILAKAN UMNO!

Reply
avatar
Anonymous
July 4, 2011 at 6:58 PM delete

Yang enko sibuk2 nak lawan Bersih tu buat apa? Ada ke Bersih cabar UMNO supaya turun tuk lawan?

Jangan buat haru-biru macam gedebe.
Bersih buat 8 tuntutan dari SPR aje; UMNO xde dalam mana2 bab BERSIH pun. Jgn perasan.

Konpom PM kita ni dah x siuman, meraban x tentu pasal dan maruahnya jatuh ke lembah hina, setaraf dgn penjaja video porn Datuk2 T tu.

Alahai org2 UMNO, ini kah pemimpin kamu yg terbaik dan tersohor? Kalau betul2 org Melayu kamu sepatutnya tahu makna malu.

Reply
avatar
Anonymous
October 23, 2011 at 12:48 PM delete

Memang lah si UMNO leh kumpul ahli berjuta-juta, tapi dah terlewat....kami di Kem Bt 10, KUANTAN dah tak percaya lagi kat Najib..ASYIK KENA KENCING JE...polis naik gaji berkali-kali....tak pe kita tunggu PRU 13.

Reply
avatar
Anonymous
December 22, 2011 at 11:38 AM delete

pru13 akan menetukan segalanya..bangkit wahai umat islam..bangkit wahai anak muda..hancur umno!!!!!!!!!!!!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive