Najib Anak Jantan??

Oleh : Wira Arjuna

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.


“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini.

Kenyataan Perdana Menteri itu tersasar kerana Pakatan Rakyat sememangnya akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan “anak jantan”, mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Abim.

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun ia mendapat sambutan dingin.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang Bersih sebagai kononnya alat pembangkang untuk mencetuskan huru hara.

Dalam ucapannya hari ini, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti “momentum” atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan Rakyat melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi pada PRN Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun Barisan Nasional menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan menabur wang yang dikatakan berjumlah kira-kira RM500 juta ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihan raya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat.

“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat,” kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir ini mudah dijawab.

Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap PR.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan Rakyat membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan mereka menerima ganjaran lumayan.

Oleh itu penguasaan PR di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan yang bersih dan berkecuali atau pun BN tidak memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatarbelakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa.

Pada masa sama “kejantanan” Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur Bersih tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
Anonymous
June 26, 2011 at 7:43 PM delete

dia ni penyamun anak jantan.....tumbangkan sinajib anai-anai ni...

Teruskan matlamat BERSIH....Allahuakbar

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 7:54 PM delete

sejak bila najib bini rosmah ni jantan?? ajak berdebat pun takut, kalau ajak bertumbuk mahu dia sembuyi dibelakang skirt rosmah.
kadang2 rosmah dilihat lebih jantan dari najib.
hello najib, minum kopi jantan banyak2.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 8:31 PM delete

najib ni memang bukan anak jantan....sebab terlalu takut pada rosmah....apa2 keputusan perlu rujuk pd rosmah....kalau macam niiiii hancur negara

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 9:37 PM delete

najib memang anak jantan . najib berani secara terang melancarkan misi flotila Gaza malaysia. berapa orang jer pemimpin dunia yang beragama islam berani buat macam najib ni. masing-masing berebut nak mengampu amerika adalah. anwar tu berani ker nak menyokong misi gaza tu . haram sepatah pun tak berani nya dia komen pasal yahudi dan palestine ni . mau kena sekeh kepala dengan yahudi. kalau anwar komen pasal yahudi , nanti tak berbaulah dana untuk pilihanraya dari NED National Endownment for Democracy , National Democratic Institute ,CIA. Belanja untuk kempen bersih tu tah berapa lah yang dia dapat. tu pasallah PAS dan DAP sokong sangat. Depa punya syer pun lumayan gak . kalau tak mana mungkin PKR boleh nak nertanding 72 kerusi parlimen. nasib baik PM malaysia ni Najib bini rosmah , emmm kalu si Anwar laki azizah merangkap lelaki pelacur cina tu , alamatnya dok kat bawah tapak kaki amerika lah malaysia ni.

Reply
avatar
June 26, 2011 at 9:41 PM delete

OK KITA BERSEDIA BERLAWAN DENGAN BN SECARA ANAK JANTAN.....KALAU ANAK JANTAN BUBAR SAJA PARLIMEN DAN JANGAN GUNAKAN TAKTIK-TAKTIK KOTOR YANG MERUPAKAN AMALAN DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA.

KITA BERSEDIA PADA BILA-BILA MASA.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:36 PM delete

aku setuju dengan cik li
bubar jer DUN selangor tu . tengok pilihanraya tu bersih ker tidak . kalau tak puas hati bubar DUN Penang , kedah dan kelantan tu . baru nanti kita tahu sapa yang guna taktik kotor dan sapa yang dapat dana pilihanraya dari negara luar .

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 11:02 PM delete

ada pencacai bangang yang tak sudah-sudah macam anon 9.37! semua tomahan pada anwar masih lagi dalam fitnah.. APCO dan Goldman Sach dah pun dalam negara kita.. najib bukan anak jantan sebab tak boleh jawab pasal ACPO

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 11:14 PM delete

wei najib..lu depan atatunya brani la tunjuk lu punyer jantan...brani accept la memorandum BERSIH....pund^%

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 11:21 PM delete

kalau anak jantan apa takut dengan perhimpunan bersih? suruhlah mereka gerakan seramai mungkin kami tetap tidak gentar, itulah cabaran yang perlu ditunjukan sekiranya betul2 jantan yang bertelor.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 11:24 PM delete

jom kita sokong ramai ramai misi bantuan kemanusiaan ke GAZA . PAS , DAP , PKR ... ada berani ???

Reply
avatar
June 27, 2011 at 12:00 AM delete

Inilah dia kata-kata seorang pemimpin yang sebetulnya kaki KELENTONG, PUTAR ALAM, UBAH SEJARAH, dan yang paling utama sebenarnya tidak pandai baca atau kaji FAKTA. Wa tahu dia menyalak hanya untuk info kepada rakyat yang jauh dari segala maklumat yang tepat (Luar Bandar) sebab itu dia sanggup berucap melawan FAKTA sebenar. Janganlah pandang sebelah mata rakyat, sekarang rakyat bukan sebodoh dan sutuli dulu. Tetapi disebabkan kebijakkan dan kepandaian rakyat MENILAI itulah yang menyebabkan sokongan kepada Be End terhakis sedikit demi sedikit dan sekiranya terhakis terus akan melimpahlah air seperti TSUNAMI yang tidak dapat dibendung. Kepada rakan-rakan, guna akal dan fakta ketika menilai.

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 11:29 AM delete

Anak JANTAN!!!!

DSAI ajak berdebat pun tak berani, berani plak mengaku ANAK JANTAN.

POOOOORAHHHHHHHHHHHHH!!!

-wakleman

Reply
avatar
June 27, 2011 at 3:30 PM delete

ada anon yang bangang bangkitkan isu misi kemanusiaan gaza kononnya tindakan najib paling berani!.. nampak sangat mamat/minah ni dah lupa kejadian yang berlaku..Najis selepas peristiwa rampasan kapal misi ke gaza membisu tanpa sebarang komen takut sekutu APCO dia marah ..setelah beberapa lama (berunding dengan rejim zionis) baru keluarkan kenyataan, itupun setakat mengecam tindakan..kecam budak tadika pun boleh bai..ambik tindakan kata berpengaruh dalam OIC..jantan lagi ka? kalau dia anak jantan bagitau rakyat apa yang berlaku kat port dickson..jgn sampai kami tanya ziana zain sendiri..apa sebenarnya berlaku kepada altantuya? mana perginya bukti2 bergambar yang diberi bapa altantuya kepada konsulat besar malaysia ke Monggolia? kenapa kes sodomi 2 tak panggil saksi utama tuan punya kondo? sapa yang tak jantan sekarang? anon 9.37 kalau berani letak nama la..

Reply
avatar
hitman
June 28, 2011 at 12:28 AM delete

cantona79
hampeh lah kau pun komen. ish...ish... memang komen kau hampeh tayar buruk. elok buat tukun je.

Reply
avatar
penternak_lipan
June 30, 2011 at 4:29 AM delete

hitman cap ayam..
apa takat balas komen tayar buruk aja...ni bukan blog tempat besi buruk...jawap la apa yg cantona tu bagitau....beri hujah2 yg menentang kalau cantona salah...bodoh piang....

org tak bodoh macam hang la..flotila nak pie macam penang feri ulang alik dari butterworth ke georgetown sehari 18kali pun tak apa itu kerja amal.tu la jenis anjing kepada puak pencacai UMNOPORNO bab flotila pun nak mempolitik busukan. sekurang2nya doa laaa moga2 yg pergi tu selamat pergi dan pulang.ni hang ungkit macam lebih dari hang pergi aja.org yg ikut misi tu pun tak mempolitikan hal ni..
apa punya pemikiran selut laa yg hang bawa mai ni....sampai bab bantuan kepada palestin pun hang nak mempertikaikan kenapa kawan ni tak pergi,kenapa kawan ni boleh pergi....busuknya hati hang ni.

bodoh piang!!!.....

p/s: aku doakan pd2 pejuang yg menghantar bantuan ke palestine selamat pergi dan pulang.amin....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive