Menteri, polis jangan atasi parlimen – Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,”.

“Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.

Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kelmarin menyeru pihak berkuasa membenarkan perhimpunan aman tersebut dianjurkan.

Tegas Suhakam, rakyat mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana terkandung dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16229

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
June 30, 2011 at 11:13 AM delete

undang2 mat todi...
mat lembik sunguh KPN Malaysia

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:53 AM delete

Aku dah agak dah mat todi tu bukan pergi belajar law di luar negeri... di pi berjoli... sebab itu dia tak faham tentang peruntukan undang-undang. Barang kali sijil dia main beli je.

Reply
avatar
June 30, 2011 at 3:22 PM delete

..mapuh kerah..
..demokrasi terpimpin kepalotak dia..
ek eleh...depa ni just 'base' on their 'bapak' jer...kalau ikutkan kepandaian dan pengetahuan tak sampai mana pun....

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 4:02 PM delete

Semua rakyat M'sia sayangkn negara & sememangny tugas rakyat utk memperbetulkn apa kesalahn yg brlaku pd sistem negara. SPR & PDRM trnyata melawan arus krn mmpertahankn penipuan, penindasan serta melanggar hak kebebasan rakyat demi utk Umno.

Reply
avatar
June 30, 2011 at 5:00 PM delete

@tokeh besar - aku sokong..kalau ikut merit golongan ini memang tak layak jadi menteri..dh ditakdirkan lahir dan mendapat bapak sebagai perdana menteri..macam keturunan raja pulak diaorang ni..

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 7:56 AM delete

memeng keturunan macam nurul izzah gak . ker macam keturunan bakal PM cina malaysia LIM kit siang???? tak pun keturunan kawan baik pas tu karpal singh

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive