Kalau Kalah Jangan Salahkan SPR !

"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza. Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR," kata Abdul Aziz.

Sentimen??. kerana sentimen juga rakyat akan turun kejalanraya bagi menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih dari segala penipuan oleh SPR yang diperkudakan oleh UMNO..

Dan pesanan buat yang memegang daftar Pemilih terbaru yang telah dikemaskinikan pada Mei lalu oleh SPR.. sila perhatikan betul-betul Daftar Pemilih Anda itu.. kerana untuk Permatang Pauh aku nampak ada yang tak betul.. bila aku dah compile banyak sikit baru aku publish..


Sehingga sekarang aku telah melihat ada beberapa alamat yang jumlah pengundinya boleh dipertikaikan dan akan menyebabkan Anwar Ibrahim sendiri tidak selesa..


SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi

Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar di Kuala Lumpur, malam semalam.

Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.

Katanya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.

"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya.

- Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
June 21, 2011 at 9:02 PM delete

Kalau dah memang pukimak jangan salahkan rakyat salahkan SPR pukimak UMNO!

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 9:48 PM delete

Tak payah tunggu keputusan PRU, tangkap saja mereka2 ni - spr, pendaftar kebangsaan, kdn, pdrm sprm, ag dan ketua hakim siasat dan dakwa kerana gagal melaksanakan amanah dan tanggung jawab, jenayah , gagal melindungi rakyat, gagal melaksanakan keadilan dan penghyanat negara.
Lepas tu bawa lagi kat mahkamah antarabangsa atas kesalahan mencabuli hak asasi manusia- kerana menipu

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 11:18 PM delete

Kepada Pengerusi SPR,

Terima dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 2011(8 tuntutan),dan sekiranya Pakatan Rakyat kalah juga pada PRU akan datang maka SPR tidak akan dipersalahkan. Apa macam,ada berani?

Reply
avatar
June 22, 2011 at 10:07 AM delete

yang aku pelik SPR ni dalam perlembagaan dh terang2 tertulis adalah satu badan bebas tak menyebelahi mana2 pihak..memangla gaji dibayar oleh kerajaan memerintah yang kebetulan dikuasai UMNO..tp kena mainkan peranan bebas la..segelintir rakyat yang bekerja dengan gomen ni dia rasa sgt terhutang budi dengan kerajaan yang memerintah seolah2 kerajaan ni la yang bg rezki kt dia orang. Tolong betulkan persepsi tu..tak kisah sapa memerintah tp kekayaan malaysia milik semua rakyat bukan UMNO. Kerajaan adil di sanjung, yang zalim kita tumbangkan..

Reply
avatar
June 22, 2011 at 11:33 AM delete

tak perlu ajar benda simple macam tu. tak kan setakat tu jer ulasan orang yang pengerusi SPR. bukan setakat pilihan raya. makan dan berbini pun macam tu juga. bila ada perasaan nak, maka itu lah dinamakan sentimen. ini bukan masalah sentimen yang buat seseorang tu menang. kalau setakat tu tak perlu orang turun untuk demonstrasi. baik duduk rumah. yang kita marahkan sekarang ialah SPR dah jadi badan yang tidak bebas. Menjadi penipu. bersekongkol dengan UMNO. bersama dengan Jabatan pendaftaran, imigresen dan polis. siang malam dok fikir macamana nak menangkan UMNO bukan macamana nak mengadakan pilihanraya yang adil, cekap dan berwibawa. Wan Ahmad paling sial. patut dari kecil dahulu dah lama mampus, besar menyusahkan orang.Alasan SPR telus bila dalam pilihanraya ada parti pembangkang menang. gila punya jawapan. seandainya kalau tidak ada sekatan , penipuan dan menyalah guna jentera dan harta kerajaan, akhbar dibebaskan... sah UMNO dan BN akan tinggal batu pelir 2 biji. yang ramai lagi sokong UMNO yang terlalu bodoh, terlalu miskin, jenis-jenis kontraktor yang iqtikad rezeki hanya dari UMNO dan keluarga pemimpin UMNO yang jadi perompak, terpaksa sokong UMNO kerana kalau UMNO kalah semua akan berumah tangga dalam lokap dan jel macam apa yang berlaku kpd khir toyo nanti. Wahai SPR.... UMNO ni memang penipu. bukan menipu pemimpin pembangkang. tapi menipu rakyat termasuklah pegawai-pegawai dan keluarga kakitangan SPR sendiri. tak ada maruah diri ker? mati lagi mulia dari hidup menjadi penipu untuk menjadi kaya dan senang didunia yang tak sampai pun kepintu kubur. fikirlah bahawa kamu akan mati, semua akan mati. sanggup ke nak berhadapan dengan siksa azab neraka. jangan dok fikir buat sini habis sini sahaja. kau jentik telinga kucing pun akan dihisab diakhirat nanti.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 1:47 PM delete

SPR ni sebenarnya bukan saja mengendalikan pilihanraya,tp dh boleh mentafsir perlembagaan negeri dn juga undang2.tengok saja kes di Perak,Kedah dan Selangor.cuba bayangkan perlawanan liga super bila j/kuasa pertandingan x blh menyusun atur perlawanan2 krn pengadil yg akn menentukan siapa yg akn lwn siapa.

Reply
avatar
Anak kg pertama
June 22, 2011 at 11:14 PM delete

Selagi PR tak dapat Putrajaya..selagi itulah PR kata macam2 kat SPR...tak betulah..tak adil..tipulah..pengundi hantulah..tukar pengundi..macam2 adaa...inilah JAWAPAN SEBENARNYA hasrat PR...inilah dikata nafsu..gila kuasa...Allah SWT Maha Mengetahui, kebenaran akan datang.

Reply
avatar
penternak_lipan
June 26, 2011 at 2:43 AM delete

pd AKP
anjing kepada pencacai
sian kat hang
sbb tak nampak.disebabkan hang bodoh teramat sgt jd aku malas nak taip banyak2..aku guna pakai ayat hang balik.sbb ayat tu dah betul.cuma tak kena pd temptnya shj


Selagi SPR tak dapat diBERSIHkan..selagi itulah SPR kata macam2 kat BERSIH...tak betulah..tak adil..tipulah..ada pengundi hantulah..ada tukar pengundi..macam2 adaa...inilah JAWAPAN SEBENARNYA hasrat SPR...inilah dikata nafsu..gila kuasa...Allah SWT Maha Mengetahui, kebenaran akan datang.


taik hangggg!!! AKP

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive