Ibrahim Ali Kurang Ajar dan Dungu.

Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.

Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan “wanita Hindu” adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri.


Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.

Tuntutan telah pun disampaikan bahawa kami menuntut pilihanraya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander).

Tidak lupa juga liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah.

Tidak pernah ada 'lapangan permainan' politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik. Amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat.

Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah BERSIH 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu. Ancaman Presiden PERKASA bahawa apa-apa pun boleh terjadi pada hari tersebut dan masyarakat Tiong Hua hendaklah membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah tidak akan melunturkan semangat kami untuk berarak demi demokrasi.

Keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan.

Dengan itu kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman.

Hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, kami ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha.

“Sesungguhnya, Tuhan tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri” [Qur'an 13:11]

Sekiranya demokrasi itu mencambahkan “semangat penentangan”, maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. Imam-imam kepada mazhab-mazhab fekah utama dalam Islam bersungguh-sungguh memprotes daripada mazhab mereka dijadikan mazhab rasmi negara pada zaman itu.

Ramai telah dipenjarakan akibat kritikan terhadap pemerintah di zaman mereka. Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik.

Rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
June 22, 2011 at 11:55 AM delete

Paling kuat bakar poster je.....kalau berdepan kecut teloq...perkasa kamjat sembang deras

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 12:19 PM delete

kebanyakan orang perkosa ni dari geng2 songkok 3" cekup suka usung kepala lembu sebagai simbol kepada tahap keupayaan berfikir mereka.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 3:17 PM delete

rakyat sudah mula di himpit dan merasa sesak dgn suasana ekonomi msia.. maka perubahan perlu supaya se siapa pun yg memimpin msia mestilah yg berwawasan dan mempunyai integriti sbg pemimpin yg sgt bijak..

aku pasti yg ramai dtg adalah mrk yg sudah ragu ragu dgn pemimpin skg yg tidak menjamin kan masa depan utk anak anak kita..

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 8:25 PM delete

Minta pihak berkuasa siasat & dakwa Ibrahim Ali kerana di dapati dengan jelas sifat menghasut & ugut rakyat malaysia. Dakwa di bawah akta hasutan & ugutan. Kita tunggu dan lihat apa tindakan pihak berkuasa dan peguam negara.

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 12:01 AM delete

Saudara-saudaraku ,
Bersatulah dan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9July ini . Sesungguhnya tujuan murni perhimpuan ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia , kaedah-kaedah supaya pilihanraya oleh SPR dijalankan dengan adil dimasa depan walaupun pembangkang telah menang 5 Negeri dan pemilihan PKR dicemari balingan kerusi dan muktamar PAS mengambil masa 2 hari untuk mengumumkan pemenang.
saudara-saudaraku,
Marilah kita menjayakan Bersih 2.0 dan ikutlah dengan penuh taat dan setia kepada penganjur Bersih walaupun mendapat tentangan dari segenap penjuru . Jika kita patuh kepada penganjur Innsya AallaH(tuhan agama katolik) akan membantu . Taat dan patuhlah kepada barisan penganjur yang ketuanya Ambiga Sreenevasan. Beliau telah menunjukkan semangat yang jitu terutama dalam kes Lina Joy serta dalam isu/kempen penggunaan perkataan ALLAH oleh Katolik. Jika kita berjaya pada 9July INNsya AallaH(tuhan katolik lagi..)kita akan menjayakan kempen KAUM/BANGSA Malaysia pula .
Ingat Saudara-saudaraku,
Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA ini telah dimulakan oleh Hanna Yeoh . JIka Bersih berjaya maka kempen seterusnya akan turut diketuai juga oleh Ambiga Sreenevasan sebagaimana forum "Memeluk ISlam " yang ditentang oleh PAS .Marilah kita jadikan isu ini sebagai krisis perlembagaan yang terbaru . Jika kita berjaya dan kerajaan tunduk kepada KEMPEN KAUM/BANGSA MALAYSIA ini maka dengan mudah anak-anak dari bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai agama lain selain dari ISLAM. Maka kita akan berjaya merobohkan halangan perlembagaan yang mensyaratkan bangsa Melayu mesti beragama Islam. Dengan itu Murtad bukan lagi satu isu di Malaysia .
Saudara-saudaraku ,
Percaya dan yakinilah bahawa dalam kes Lina Joy dan kalimah ALLAH , Ambiga Sreenevasan telah berjaya menyatukan penganut Kristian melangkaui batas kaum. Kristian Malaysia hari ini adalah SOLID . Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA samada berjaya atau tidak ,percayalah Ambiga Sreenevasan akan dapat menyatukan HINDU,BUDDHA dan KRISTIAN dalam perpaduan yang erat . Bukankan ini yang amat diidamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP . Percayalah jika Bersih 2.0 berjaya maka tiada siapa yang mampu menghalang Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA baik PAS mahupun PKR . Innsya AallaH negara Malaysia ini adakan jadi milik kita .
Saudara saudaraku
Ayuh kita berdiri teguh dibelakang AMBIGA Sreenevasan. Penghulu kita dalam Bersih.Imam kita dalam Bersih. Ke PutraJaya.

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 3:13 PM delete

anon 12:01 jgn nak merapu lah..

semua itu dpt dielak klau kita dpt pemimpin islam yg bukan saja berilmu tetapi bijak...

apa yg gko ckp yg aku faham - marilah kita sokong pemimpin yg tidak menjln kan pentadbiran islam, marilah kita sokong ketua ketua dan pemimpin boros dan rasuah.. marilah kita.. marilah sokong politik kotor (liwat dan video sex)... marilah kita sokong ketidak adilan dan penindasan samada pd bangsa sendiri atau bangsa lain...

sebelum ambiga lg.. pas dah buat bersih dan keciwa dgn spr..

be fair ..dia nak tunjuk agama dia bagus, fine.. kita islam jgn takut tunjuk agama kita bagus..!!! dia org (bukan islam) tak suka isu video (paderi mrk pernah komen) tp kita yg g surau senyap je mcm tak de benda..

byk aku nak jwb tp aku jwb psl menang 5 kerusi .. ingat kita menang senang ke.. mereka tipu tp tak cukup sbb over confiden sb tu kali ini usaha mrk berganda (maykad) kalau dulu keluar rm 2 juta (contoh) skg gko tenguk sendiri berapa duit praya dia org keluar.. berganda ganda ... bila pihak satu lg tau so apa cara yg boleh mereka laku utk counter???

tlg lah jgn nak jaga islam mcm gko ckp tu... hasil dakwah nabi patut nya dah ada pada kita.. kalau kita jaga dgn baik ramai yg jatuh hati dgn islam kita.. please laaa...

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 11:38 PM delete

kena tanya jugak dari sumber mana duit PKR yang dibelanjakan sampai menang 5 negeri tu ??
malaysia ni majoriti islam kenapa si kafir tu begitu berani buat forum memeluk islam ??? bukan ker ahli PAS jugak yang serang forum tu ?? siapa yang baling mototov cocktail ke rumah sharizat yang disangka rumah ambiga tu ?? alih alih orang melayu beragama islam ni angkat kafir ni jadi pemimpin demontrasi BERSIH ni ?? sebagai orang islam yang sayangkan agama aku memang amat kecewa....

Reply
avatar
penternak_lipan
June 26, 2011 at 3:33 AM delete

pd anon 12.01am atau anon 11.38pm.
hang dah byk kali paste ayat nukilan bodoh hang dalam topic.malas nak baca sbb komen hang antara terbodo dalam keadaan bodoh yg amat sgt.tapi disebabkan ASD amalkan media terbuka dia publish juga komen hang yg tak brapa nak cerdik.tapi disebabkan aku tak ada keja apa sgt aku terpanggil utk balas nukilan bodoh hang ni.
yg nak kalut pasal ambiga tu apehal oi...kalau rasa ambiga melampau.kan kuasa agama ada kat kerajaan persekutuan.termasuklah undang2 sivil.pasepa tak gunakan kuasa tu.yg nak salahkan PR pasepa.bukan PR yg menguatkuasakan undang2.puak KERAjaan UMNOPORNO.pie la menyalak kat sana.dgn undang2 yg ada skrglah lina joy merangkap akak hang tu mudah2 keluar islam.yg hang nampak keluar islam.tapi yg islam mengamalkan budaya kafir becambah kat nightclub,disko area bukit bintang,hang tak nampak?takat melayu dan islam hanya tertulis dalam i/c tapi tak mengamalkan budaya islam.tak guna juga.macam hang...kalau betul2 hang nak jaga bangsa kita.pi menyalak tanya saham bumiputra bernilai 52 bilion depa letak tang mana.?stupid asshole hang ni..luangkuangkuang

la ni bila ambiga kalut nak buat BERSIH hang kalut sangkut pautkan dgn kes lina joy akak hang.apa ni macha...lina joy lain...BERSIH lain.hang tau dak BERSIH ni apa?

sumber duit PKR dipotong melalui keahlian/elaun mereka yg mewaliki sebagai AP dan ADUN untuk menjana kewangan dalam parti.jawapan dari soalan bengap hang adalah PKR hanya tadbir 1 negeri shj bersama pakatan rakyat,DAP tadbir 1 negeri bersama pakatan rakyat dan PAS tadbir 2 negeri bersama pakatan rakyat.yg hang kata PKR tadbir 5 negeri tu aku tak tau negeri mana yang selebihnya...hang ni taik kencing kuat ni.hang nak tau apa PR buat dgn duit yg ditakbir di negeri pakatan.rajin2lah masuk dewan negeri ketika sidang dun ada.jgn pi waktu org tak buat.nanti hang pi tidox aja.nanti hang akan tau kemana duit belanja disalurkan..jgn menyalak kat sini ok.
dari segi ejaan sebetulnya molotov coctail bukan mototov cocktail.. eeee bodohnya bahasa hang ni.
siapa yg baling menda tu ..tak kira la umah sapa yg kena..itu hang kena menyalak kat polis untuk mengetahui jawapannya..jgn menyalak kat sini.apapun jwpn yg diberikan kat sini tidak sesahih dgn laporan dari hasil siasatan PDRM.jd tmpt yg hang rasa betul untuk menyalak untuk tahu ialah pd PDRM bukan kat sini atau media proKERAjaan.
dan dari petikan ayat anon 11.38pm

"sebagai orang islam yang sayangkan agama aku memang amat kecewa...."

dann soalan aku yg terakhir adalah..kalau betul hang sayangkan islam..aku nak tanya..apakah ciri2 seorg penganut agama islam yg sayangkan agama ISLAM itu?
tolong jawap deh...

meminjam dari kata2 morgan
rakyat non-partisan

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive