Felda Untung RM 1 Bilion Tapi ... Hutang RM 6 Bilion

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.

Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat
pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
BATUNISAN NAZIZONISIONAL
June 18, 2011 at 10:19 PM delete

org BN suka ambil menteri bodo sebab itu rakyat semakin bodo sebab mentor bodo2 belaka,kenapalah peneraju negara ni bodo2,kita ni bukan mansang kehadapan tapi mundur kebelakang sebab mentor2 menteri kita bodo2 belaka,sekolah tinggi2 tapi idea mcm apek jual bottol

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2011 at 11:22 AM delete

Rupa pun dah nampak bahalul.........

Reply
avatar
Anonymous
June 20, 2011 at 4:47 PM delete

Saya bukan nak komen fasal hal ni. saya cuba tengok-tengok kalau zul kulim nak bagi komen.
Kalau ada manusia yang paling saya benci dalam dunia ni, manusia tu ialah zul nordin. saya rasa kalau ada munafik yang paling hebat, manusia tu adalah zul (sila baca art harun)
saya ingin nasihat zul...tolong jangan balik ke kulim...tolonglah...saya x sanggup tengok muka sdr di kulim.saya amat takut perkara buruk berlaku.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive