Bukan Khalwat... Tapi dituduh BERSEKEDUDUKAN!



KUBANG PASU 20 Jun - Dua ahli perniagaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.


Jasmi Mohd. Ismail, 47, dan pasangannya, Yusmawati Yaacob, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan kepada mereka di hadapan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Setiap seorang boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Yusmawati yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun dan Jasmi, Setiausaha UMNO bahagian itu diwakili peguam syarie, Shukri Zakaria.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
June 22, 2011 at 8:01 PM delete

Syabas Kedah, ni pertama kali dengar pertuduhan bersekedudukan, bersekediaman selalunya cuma berkhalwat saja tapi Kedah buat satu pembaharuan yang mengejutkan. Bukan satu pertuduhan tapi tiga, bersekedudukan, bersekediaman, berkurung/bersembunyi tanpa ikatan sah, khalwat lansung tak sebut pun. Kalau khalwat mungkin tak sangkut dan boleh lepas, tapi kalau tiga takkan satu pun tak sangkut. JHEAIK mesti ada bukti yang cukup untuk berani membuat ketiga-tiga pertuduhan yang lebih berat dari khalwat. Walau hukumannya nanti tidak lebih dari hukuman khalwat, namun kita boleh nampak pertuduhan yang sedemikian berat akan menghasilkan kesan yang memeranjatkan kepada mereka2 yang menganggap kes2 khalwat orang2 politik senang2 boleh lepas.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 11:45 PM delete

yerlah selalunya orang politik senang jer lepas . mat sabu lepas sebab teknikal . ustaz saiful bahri khalwat dengan bini orang jugak dalam keretapi lepas sebab nik aziz mintak tuhan ampunkan dosa . anwar main dengan pelacur cina siap ada video tu pun mungkin lepas .

Reply
avatar
Anonymous
June 23, 2011 at 9:00 AM delete

Apakah anon 11:45pm muslim???
awak tulis "anwar main dengan pelacur cina siap ada video tu pun mungkin lepas". awak sekarang BERTANGGUNGJAWAB untuk menjelaskan apa yg awak maksudkan dengan "main" dlm tulisan awak diatas. Kalau ikut tafsiran pembaca, awak menuduh anwar "berzina" dengan pelacur cina. Awak ada saksi ke? seandainya awak muslim, awak tahu ke fitnah yg awak tukis ini dibaca oleh ribuan orang. sepatutnya awak di sebat 80 rotan sekarang...kalau pun awak terlepas didunia, yg PASTI dari alam barzakh kelak sehingga diakhirat kelak awak bakal menerima padah yg cekup dahsyat. Saya anjurkan saudara segera bertaubat dan membetulkan ayat yg saudara tulis, semoga allah swt mengampunkan saudara.
Sila baca petikan akhbar dibawah, Eskay sendiri pun kata dia tak tuduh anwar berzina.
-----------------------------------
Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive