Bukan Ahli Akademik saja kuat mengipas, Prof.. Ahli PKR pun ramai ..

Profesor Dr Abdul Aziz Bari mendakwa disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini mereka bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Beliau juga mengharapkan bila Pakatan menang pilihan raya nanti jangan biarkan budaya mengampu ini berterusan..

Hmmm.. sepatutnya begitu.. dulu aku sering memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO/BN bila menyambut kehadiran PM disebarang majlis.. berebut-rebut mereka untuk menghampiri PM.. hanya untuk menunjukkan muka dan bersalam dengan PM tak kira PM yang manapun..


Itu dulu.. tapi sekarang bila aku aktif dalam PKR apa yang aku nampak tak banyak bezanya dengan apa yang berlaku dalam UMNO/BN dalam hal bodek ini..

Bila Anwar diberitakan akan hadir dalam sesuatu majlis maka timbullah muka-muka yang mengaku dirinya sebagai pemimpin menonjolkan diri mereka dalam Majlis itu..

Berhenti saja kereta Anwar, berlumbalah mereka nak membuka pintu kereta Anwar, macamlah Anwar tak tahu nak buka pintu kereta tu sendiri.

Bila Anwar nak makan pula maka berebut-rebutlah mereka untuk berada disebelah Anwar bagi menunjukkan kesetian mereka kepada Anwar.. faham betul-betul kesetiaan kepada Anwar bukan PKR..

Anwar nak basuh tangan kelam kabutlah mereka menghulurkan bekas basuh tangan kepada Anwar..

Bila Anwar bertanya hal berkenaan akar umbi.. tak ada masaalah.. semua baik jawab mereka biarpun ada yang dah kehilangan 12 AJK baru-baru ini..

Biarpun majlis belum tamat bila Anwar meninggalkan majlis merekapun turut menghilangkan diri, yang terbaru ialah kejadian di Yayasan Aman baru-baru ini..

Kerana geram dengan perangai manusia macam tu dalam PKR.. baru-baru ini di Yayasan Aman seseorang telah aku jadikan mangsa..

Anwar dijadualkan berada dalam satu Majlis di Yayasan Aman pada pukul 2.00 petang, pada pukul 1.30 datang seorang ketua AMK dari sebuah Cabang yang 12 AJKnya telah meletakkan jawatan.

Dia masuk pintu pagar Yayasan Aman terus menuju kepada aku dan bertanya “Datuk Seri sudah sampai atau belum?”

Aku jawab dah sampai.. tapi dia keluar sekejap pergi makan kenduri.

Dia Tanya pula “Kenduri dimana?” entahlah jawab aku..

Aku suruh dia tunggu sekejap nanti Anwar datang semula lebih kurang pukul 4.30, maka diapun tunggulah padahal Anwar dah datang pukul 11 pagi lagi.. 4.30 tu flight dia dah landing di KL.. padan muka mamat tu..


Ramai ahli akademik menikus, kuat ‘mengipas’ – Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Ramai golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan mereka dan ketakutan sekiranya terlepas jawatan atau kenaikan pangkat.

“Ketakutan ini sudah merebak ke mana-mana; dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama dan lain-lain.

“Di universiti pun begitu; amat ramai profesor yang menikus kerana mereka mimpi dan melobi jawatan; nak jadi naib canselor, rektor, timbalan naib canselor, dekan dan macam-macam lagi.

“Ada yang berangan-angan nak dapat gelaran tan sri, datuk, nak jadi anggota majlis itu dan ini. Yang sudah pencen berangan-angan hendakkan kontrak perkhidmatan mereka disambung dan macam-macam lagi.

“Tetapi punca besar ialah kerana mereka tahu mereka tak layak, tak cukup ilmu dan mereka mendapat kedudukan itu kerana mereka kuat mengipas dan membisu, ” kata Aziz kepada Keadilandaily.com.

Takut ‘tiang’, ‘pintu’ pun lapor Pejabat PM

Aziz berkata, disebab budaya takut kepada Umno dan agensi yang diwujudkan kerajaan, ramai golongan cendikiawan termasuk di universiti tempatan merasakan pangkat dan kedudukan mereka tergugat, sekiranya bersuara terhadap sesuatu isu.

“Mereka takut kerana mereka berasa Umno dan agen-agen mereka berada di merata tempat.

“Mungkin mereka berasa yang tiang dan pintu pun boleh melaporkan apa yang mereka kata kepada pejabat perdana menteri.

“Sebab itu mereka takut untuk ikut peraturan yang ada, bagi mereka apa yang perlu ialah mereka berbuat sesuatu yang mereka fikir akan menyeronokkan pemimpin Umno,” kata pakar perlembagaan itu lagi.

Ketika ditanya mengenai masyarakat yang semakin hilang rasa hormat terhadap golongan intelektual ini, Aziz berkata, ia sudah tidak penting lagi kepada mereka.

“Mereka tidak peduli orang hormat atau tidak. Bagi mereka, yang penting dapat apa yang mereka mahu dan dinobatkan jadi tokoh itu dan ini, jadi profesor ulung dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Menurut Aziz, majoriti profesor di universiti umpamanya lebih selesa untuk ‘duduk diam’ atau menyokong kerajaan, daripada bersikap kritis terhadap sesuatu isu.
“Nak sebut yang salah apa lagi lah. Nak sebut yang betul – tanpa menyalahkan – pun tak berani,” ujar beliau.

Ditanya apakah saranan beliau kepada golongan berkenaan, Aziz berkata “Biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka”.

“Lagipun lebih penting, kembali kepada rakyat; kepada mereka yang komited dan kita kena pantau mereka; jangan nanti bila tukar kerajaan mereka datang (kepada pembangkang) pula dan mengatakan dulu mereka sokong (dalam hati).

“Bila (Pakatan) menang (pilihan raya) nanti jangan biarkan budaya mengampu ini berterusan,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15289

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
bunbinban
June 17, 2011 at 1:25 AM delete

aku setuju sgt. manusia kaki bodek dan ampu ni bersepah dlm PKR. Benda yg sama jadi kat Temerloh ni. Program hapa pun tara kecuali yg di buat oleh AMK dan ranting, Nak harapkan ketua cabang...hahaha...time Anwar dtg dia lah yg paling kedepan. Bab tumpang ceramah PAS, dialah paling dulu naik ke pentas tapi dia sendiri tak pernah wat program ceramah, takut kena keluar bajet sendiri. Kalau berceramah berdegar-degar pasal perjuangan tapi hakikatnya hampas. Kalau dia ni masih bertanding parlimen Temerloh, bungkuslah. Kerja tak buat, tapi entah apa yg dia cerita kat Anwar sampaikan Anwar bukan main sayang kat dia. Pandai dia bermuka-muka. ptuihhhhh!

Reply
avatar
Anonymous
June 17, 2011 at 8:01 AM delete

ASD,
Bukan saja ahli pkr kuat mengipas, malah dalam pas, dap pun ada juga...tapi paling ramai spesis kuat kipas pemimpin ni ialah dalam umno dan mic. Nak pendek cerita spesis macam ada di mana2 dan dari zaman nabi Adam a.s lagi dan mereka akan terus wujud disilih ganti generasi sehingga hari kiamat.
Spesis begini adalah sebahagan dari lumrah alam, sejarah menujuk betapa spesis beginilah yg menjadi punca kejatuhan empayar2 kuat zaman silam, Greek, Parsi,Empayar islam Ottoman, empayar mongol, malah diera moden ni pun kita lihat kejatuhan empayar soviet berpunca dari spesis begini dalam kerajaan Gorbachev.
Saya percaya ASD bukan dari spesis ini seperti saya. Semoga kita istiqamah dlm memperkatakan yg benar walaupun pahit.

Reply
avatar
UMproNO
June 17, 2011 at 11:08 AM delete

Lantak dia lah sapa yang nak mengapu tu...yang penting bila PR memerintah harga minyak akan turun...harga barang2 akan turun...kos sara hidup pun akan turun....jadi aku boleh beli yg bagus sikit susu untuk anak aku...InsyaAllah...aminnnnn

Reply
avatar
Anonymous
June 17, 2011 at 11:39 AM delete

Bukan masalah lantak siapa yang mengapu asalkan harga barang turun tidak perlu diambil berat tetapi dibimbangi jika PR dapat memerintah kerajaan budaya ini akan diserap dalam parti dan akan menjadi seperti UMNO semula. Ini yang paling dan amat dibimbangi..

Perkara ini disebabkan sikap dan kurangnya pendidikan rakyat Malaysia dalam hal berpolitik.. Benar dalam DAP pun ada tetapi didalam parti tersebut (DAP) juga ada yang bersikap profesional. Pemikiran kaum cina dan melayu amat berbeza terutama dalam berpolitik. Konsep ketuanan dan hamba masih kuat dalam budaya melayu dimana pemimpin yang dilantik tidak boleh dikritik malah dipuja kemana mereka pergi.

Berbeza dengan cara pemikiran dan politik bangsa barat (amerika dan british) dimana mereka lebih terbuka dan profesional dalam berpolitik. (Maaf jika ini tidak benar, sila perbetulkan).

Oleh demikian pemikiran dan budaya berpolitik yang profesional perlu dilaksana dan diterapkan dalam kehidupan orang melayu (kerana mereka kaum yang banyak bermasalah dalam mendefinasi politik). Pendidikan harus dilakukan sejak dibangku sekolah dan untuk permulaannya ianya perlu dilaksanakan di dalam PR secara berperingkat melalui sistem pembelajaran berterusan kepada bakal pemimpin (ADUN atau Ahli Parlimen).

Reply
avatar
Anonymous
June 17, 2011 at 12:13 PM delete

anon 11:30am,
You are right, tapi perlaksanaan membetulkan minda politik orang melayu ini... bukan mudah. Untuk mengajak orang melayu menilai betapa haprak-nya umno pun cekup susah ini kan pula nak ajak orang melayu supaya tingalkan budaya ampu mengampu pemimpin...hampir mustahil. Untuk ini lah saya rasa pandangan anon 11:08am juga BETUL! Dan juga berbalik kepada statement anon 8:01am, "spesis begini lebih banyak" dan juga saya rasa lebih dashat dalam umno. Maka justeru itu.. we will do First thing First.... That is to get rid of umno...Lepas tu baru atur program untuk kurangkan pengaruh kaki pengampu ni..dengan memberi kesedaran kepada pemimpin2 PR dan bakal2 YB PR di masa depan tentang bahaya spesis pengampu ni.

Reply
avatar
Anonymous
June 20, 2011 at 2:11 AM delete

Salam Bro...

Aku salute sangat hang kerna berani nyatakan akan kebenaran...Bagus jugak sebab ' puak-puak' ni lah yang bakal menjahanamkan PKR. Masa susah dulu adakah golongan ni wujud..cuma bila PR memperoleh kemanangan baru la muncul puak-puak ni....

Masa susah dulu di mana mereka?..Bila dah menang baru la pakat-pakat dk mai buat rancak....

Harap selepas ni Pengerusi MPN kita 'alert' sangat la dengan puak-puak ni....jangan la dengan mudah di bodohkan oleh golongan ni...golongan ni rancak sajer lebih...

Tabik dengan DSAI...tak meloncat pun bila MP Padang Serai keluar...Golongan ni gempaq saja lebih....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive