BERSIH : Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

Difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

“Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?” kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM.

“Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut,” kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan arahan itu datang daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sebalik tindakan polis menghalang perhimpunan anjuran Bersih, yang dijadual untuk diadakan 9 Julai ini menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Perkasa dan Pemuda Umno juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Hishammuddin mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram manakala pihak polis menyerbu sekretariat Bersih di Petaling Jaya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
June 30, 2011 at 10:13 AM delete

rasanya yg terasa terancam bukannya kerajaan tapi kerajaan itu sendiri...

MISTERI:PERLUMBAAN MALAM??

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:06 AM delete

Kalau kentut busuk mungkin boleh tak mengaku, tapi kalau bangkai gajah busuknya mesti berpunca.

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:19 AM delete

Pakai baju DIGI pun kena tangkap...kah..kah..kah

Reply
avatar
June 30, 2011 at 1:00 PM delete

hanya orang yang buat salah saja takut berdepan kebenaran, masih mahu menegakkan benang yang basah..umpama ditakdirkan superman pakai sepender kuning kat luar terbang kat kl sure kena tembaknye..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 4:13 PM delete

Sebenarny misi BERSIH ni dah trcapai pd peringkat awal krn tarikh keramat 9 July telah trkenal d seluruh M'sia trmasuk sebahagian kecil dunia luar. Mrk akan brtanya kenapa dgn BERSIH ni?? Masa inilh kempen seluruh M'sia prlu d lancarkn utk membri kefahaman kpd rakyat marhaen. Sy yakin rakyat M'sia hanya 25% aje bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:51 PM delete

anon yg selalu sedih apa nak jd dgn org islam...

cuba hang pikir begitu senang HARAM KAN BAJU T TETAPI PENJUALAN ARAK secara terbuka punyaaaaa lah susah nak diharamkan..

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 7:53 AM delete

yerlah penjualan arak secara terbuka susah nak diharamkan . macam kat selangor , dulu sebelum pilihanraya pas cakap bukan takat penjualan arak jer , kilang arak pun nak ditutup kalau dapat kuasa . eemmm tapi sekarang bila teressa cock dapat perintah selangor , tak jadi pulak ??? oooooohh pas takut kat rnnie liew kot sampai hasan ali pun kena tendang . ce ce cer crita

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 3:26 PM delete

kalau 25% bodoh maknanya puak puak PAS dengan PKR lah . sebab org sokong umno lebih dari 50% . tu pasal dapat maoriti kat dewan rakyat . balance dari 25% tu orang DAP , parti lain dan yang berkecuali.

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 4:41 PM delete

cuba fikir dgn renungan iman..

klau baju kuning di negeri pakatan tak diharam dan ceramah bersih pun tak diharamkan.. macamane pulak boleh polis dan kementerian punya kuasa boleh melangkaui kuasa pemerintah negeri pakatan???

di pp siap ambil tindakan mahkamah.. di selangor dan kedah ceramah boleh di ganggu polis dan amco boleh berarak mtk LGE letak jawatan.. tahu tak apa maksud yg aku nak sampaikan...

oleh kerana gko lembab aku jelas kan sikit klau penjualan arak di negeri pakatan tak di haramkan sekali pun... _______________ gko isi tempat kosong tu sendiri dan gko tenguk iq gko naik ..

jgn jwb tiap tiap negeri ada raja dan penguatkuasaaan nya sendiri... sb aku dah ada jwp nya..

Reply
avatar
Anonymous
July 14, 2011 at 4:11 PM delete

Kat kawasan MPSJ dan MBPJ ada zon BERSIH...polis gerenti x boleh kacau.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive