BERSIH : Paku ditabur, Baju dirampas


Lambakan paku yang ditemui Unit Amal PAS

SHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,

Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahuKeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.

Menganggapnya sebagai sabotaj, beliau berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal supaya gangguan tidak berlanjutan.

Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.

Malaysiakini pula melaporkan, cubaan merampas baju Bersih oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah itu.

Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

“Jangan bagi mereka masuk,” kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16250

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
June 30, 2011 at 10:00 AM delete

dengan kejadian di atas sudah terbukti siapa ancam keamanan negara sapa tidak..

PANAS!!: PERLUMBAAN MALAM??

Reply
avatar
June 30, 2011 at 10:12 AM delete

hahahaha,macam kanak-kanak istimewa la plak men buang barang lepas tu nyorok2


Ni best bro!!!
Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active

Reply
avatar
June 30, 2011 at 10:37 AM delete

orang buat solat hajat, mintak doa kehadrat Maha Kuasa dengan niat yang baik..tp ada pulak puak2 yang dengan hajat yang jahat nak bagi bencana dan keburukkan kepada orang2 yang bermunajat kepada Maha Esa..aku rasa tak payah mengaji tinggi2 pun boleh fikir yang mana baik dan buruk..ingat orang yang dalam dirinya ada secebis iman walaupun sebesar biji sawi tidak akan membuat kemungkaran apatah lagi menganiaya sesama manusia. tp dalam kes ni sama2 kita renung2kan..apatah lagi orang yang memberi suruhan..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:25 AM delete

DAH MACAM KOMUNIS PUAK PENCACAI UMGOK!! TAK SANGKA DI MALAYSIA ADA PUAK LAGU NI.. PEMIMPIN BOREK.. PENCACAI RINTIK

Reply
avatar
Anak kg pertama
June 30, 2011 at 12:08 PM delete

Ha..ha..berita ini dalam kategori Maharajalawak...yg datang beribu..tak tak boleh ke tangkap budak2 yg buang paku tu...jangan buat berita berunsur fitnah...dosa besar looo..kepada yg datang untuk solat hajat tu...tahniah..memang bagus..moga Allah SWT akan tunjuk kebenaran sikit demi sedikit kepada mereka yg mahu berfikir..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 3:32 PM delete

utk anak kg pertama kamu xde kat situ mana kamu tahu, kamu tahu kata ini fitnah, memang kamu nhaprak dan bangang lah dah byk sgt makan rasuah SOLAT PUN X BUAT sbb itu hati kamu kotor dan buta sampai mati lah kamu akan berkeadaan mcm ni wahai anak kg pertama , memang pencacai2 umnongok ni suka buat dosa2 kering memang susuh nak basuh sbb dah kering melekat.

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 4:27 PM delete

Sayap militan Umno yg lakukn kerja ni. Anak cucu-cicit iblis yg tidak d redhoi Allah swt ni akn musnah jua akhirny bila keadilan diizinkn Allah swt terlaksana d negara ini. Sejarah kejatuhan Namrud, Firaun tlh brlaku.

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 12:01 AM delete

anon 12:08 klau sesiapa pun yg letak paku tu tak kan lah nak buat masa ada org dan paku tu size nya kecil senang je ambil segenggam baling.. kena pulak gelap malam..

kalau 3 atau 5 paku boleh lah kata kita fitnah tapi lebih dr 50 paku..

gko bila tayar kereta gko kena sebantang paku je kat hway dah kata pomen hway tu punya keje sb lepas gko kena je dia pun sampai.. padahal paku tu mmg kat situ tp sbb dosa gko maka gko lah yg kena... he he he

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 8:05 AM delete

apa kecoh kecoh ni . tengok betul-betul gambar paku tu ?? kalau nak pecahkan tayar kereta paku macam tu ker kau nak tabur ?? ce ce fikir . tabur lah payung . isshhh berfikir tak nak , buat fitnah nak . aku nak tanya solat hajat untuk bersih tu apa tujuannya ekkk ??? setahu aku lah nabi mintak kita buang halangan yang menyusahkan orang ramai yang ada atas jalan macam dahan pokok ker ( dahan tamar ). tu ajaran nabi muhammad lah . ni buat solat hajat untuk berhimpun puluhan ribu orang atas jalan , susahkan orang ramai dan polis plak . ada asas ker nak buat solat hajat tu . dah tu berhimpun dengan berimam kan seorang hindu yang terang terang memusuhi islam plak tu . nasib baik aku ni bukan penganut PAS.

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 5:00 PM delete

tapi tayar kereta aku pernah juga kena paku yg mcm tu..

tempat dia org buat solat tu lepas ada majlis atau setelah digunakan (bola sepak).. keeskukan hari nya tempat itu akan di bersihkan.. hendaknya di stadium tsbt setiap minggu ada pasar minggu.. tak kan lah boleh sebegitu byk paku.. aku ada jugak pergi pasar minggu bila jalan jalan tak pulak aku nampak paku byk mcm tu..

budak budak yg gko suruh tu bebal.. patutnya gko cakap kat dia org paku payung tak pun gko buat sendiri jimat duit upah .. tu klau gko yg buat lah klau tak aku mtk maaf ye..

aku tak tau lah klau gko sendiri pernah buat solat hajat dan mintak kami semua punah hancur tp yg kami punya hajat supaya kita di selamatkan dan allah beri petunjuk kpd kaum gko.. malu lah kat allah nak mtk yg tak eluk...

Reply
avatar
Anonymous
July 2, 2011 at 9:30 AM delete

malu ker kat allah mintak yang tak elok , macam nik aziz mintak pecah perut tu ker ??? nasib baik aku bukan penganut PAS .

Reply
avatar
Anonymous
July 3, 2011 at 9:05 AM delete

gko anon 2 jul 9:30am mmg ... tak tau lah nak ckp .. gko sendiri lah yg duduk kan diri gko.. klau cerdik .. cerdik lah..

mintak pecah kat perut org nak buat pesta minum arak krn membantah arak diharamkan.. adalah tak elok??? maka klau gko lah.. adakah gko akan doakan org rasuah yg dah diingatkan berbagai cara bermacam kaedah yg plg baik tp rasuah makin teruk sehingga ketegori rasuah paling parah.. gko doa camane?? dengar bgaimana cara org islam yg beriman berdoa.. ada tertib nya.. bukan mcm gko bila susah baru nak tadah tgn... aku ajar gko sikit lah .. sebelum tgna aziz smp ke pecah perut apa dia ckp dlm doa ??

selama aku hidup belum pernah dengar dlm dunia ini org nak buat pesta minum arak sekalipun utk pecah rekod..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive