BERSIH : Keluarga 30 aktivis PSM dihalau..


Selain dari dinafikan hak untuk bertemu keluarga mereka yang telah ditahan Polis kerana kononnya mahu memerangi Agong, Pihak Polis di IPD Kepala Batas juga dikatakan tidak mahu menerima laporan Polis yang mahu dibuat mereka.

Mereka juga tidak dibenarkan memasuki kawasan Balai dan untuk menggunakan tandas sekalipun,sehingga seorang ADUN dari PKR/PR terpaksa menyewa tandas bergerak dari MPSP untuk diletakkan di situ.


Dan malam tadi sekumpulan 20 hingga 30 orang penyokong UMNO pula tiba untuk cuba melakukan Provokasi..

Itu menurut seorang sahabat yang bergegas ke situ setelah diberitahu kumpulan dari UMNO itu tiba untuk melakukan Provokasi..


Bersih 2.0 : Polis halau keluarga anggota PSM yang ditahan

KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.

Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.

Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.


Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan (kiri) kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.

Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.

Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.

Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jeyakumar Devaraj namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.

Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.

Belau berkata, bukan sahaja Dr Jeyakumar Devaraj menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.

"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.

Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jeyakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
June 29, 2011 at 10:06 AM delete

Daripada beberapa peristiwa yang berlaku sama ada tindakan pihak polis atau kenyataan-kenyataan para pemimpin BN serta provokasi yang dilakukan oleh Pemuda UMNO, tidak ubah seperti yang dilakukan oleh ISRAEL terhadap pejuang-pejuang Palestin. UPCO telah menunjukkan taringnya dalam menasihati para pemimpin BN ... Semua Ralyat harus bersatu untuk menumbangkan UMNO dan UPCO ... Allahhuakbar !!!!

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 10:12 AM delete

M'sia hanya akan lebih aman-damai & dilimpahi keberkatan sekirany PAKATAN RAKYAT memerintah. Mari kita tumbangkn Umno(BN) pd PRU akn dtng. Jgn beri peluang pd cucu-cicit iblis ni mentadbir M'sia.

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 10:36 AM delete

Salam, Cuma nak bertanya. Mengapa hanya ahli PAS saja yang sangat bersemangat untuk turun sertai BERSIH? Mengapa hanya Md Sabu adalam dalam kepimpinan BERSIH dan tiada ahli lain dari PKR dan DAP?

Kesian tengok PAS jadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Yang ramai turun nanti ahli PAS, bagaimana pula dengan ahli PKR dan DAP? Depa ni duduk rumah tengok TV saja ke?

Memang tak patut. PAS ramai Melayu – lawan – UMNO, ramai Melayu. Kesimpulannya, Melayu lawan Melayu la! Pakai otak skit, geng non-Malays dok guna hampa saja!

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 2:34 PM delete

Salam, Cuma nak bertanya. Mengapa hanya ahli UMNO saja yang sangat bersemangat untuk turun sertai B menolak BERSIH? Mengapa hanya Pemuda dan Gerombolan dalam kepimpinan menolak BERSIH dan tiada ahli lain dari MIC, MCA, GERAKAN, PPP?

Kesian tengok UMNO jadi kuda tunggangan MIC dan MCA. Yang ramai turun nanti ahli UMNO dan rempit, bagaimana pula dengan ahli MIC dan MCA? Depa ni duduk rumah tengok TV saja ke?

Memang tak patut. UMNO ramai Melayu dan org Asli– lawan – PAS, ramai Melayu-Cina-India Islam. Kesimpulannya, Melayu lawan Islam la! Pakai otak skit, geng non-Malays dok guna hampa saja! Selepas 50 thn merdeka . sapa yg ramai jadi billioanaire? Kenapa ada kuasa, tapi Melayu -Islam masih tahap miskin-papa-kedana? Salah PAS atau UMNO? Kenapa bumiputera Sabah dan Sarawak masih bercawat?....

magua_putra@2000

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 11:47 PM delete

magua_putra@2000

June 29, 2011 2:34 PM kau ni sama macam haji hadi . dah memang adat dia kat sarawak tu bercawat . kalau kau beri dia seluar levi's pun dia tak pakai !!! miskin ker orang melayu yang ada hari ini ???? emmm aku nampak kau kaya jer ... siap ada komputer lagi . PAS tak salah UMNO pun tak salah . cuma kalau PAS tak join bersih ni , confirm bersih ni tak jadi punya . sebab dalam pembangkang hanya kader kader pas sahaja yang boleh diharapkan . PKR dan DAP tak lah sekuat PAS . JAdi aku harap PAS yang patut pimpin bersih ni . bukan nya ambiga si penyokong murtad tu !!!!

Reply
avatar
penternak_lipan
July 1, 2011 at 1:45 AM delete

anon 11.47pm cap pukimak.
hang lah seorg komentar yg buat komentar tahap paling cipan dan bodoh yg teramat sangat.kesian tgk hang...sbb hang taip satu haramjadah apapun tak betul.tapi banyak menunjukkan kenaifan hang lagi dalam hal ni.
BERSIH adalah dari gabungan ahli2 yg bukan dari parti politik tapi disokong oleh ahli2 yg menuntut pilihanraya yg bersih.

PAS kerah 300000 org ahli
AMK kerah setiap cabang dan ranting
KEADILAN kerah stp cabang dan ranting
SAMM kerah 5000 ahli
pemuda DAP kerah hantar semua wakil pemuda setiap cawangan
MBSC(men.besar selangor club) kerah
5000 penyokong
tidak termasuk lain2 NGO

tapi mana hilang MIC,MCA,UMNOPORNO,GERAKAN,PPP?
tak mau kerah juga ka.? la ni umnoporno aja yg menyalak..nak haramkan BERSIH. mana geng2 komponen BN lain?

kalau org asli nak pakai cawat..biar pi la itu mungkin pakaian rasmi diaorg.tapi tak kan hang nak menafikan apa yg kaum bumiputra asli mintak perkara asas air,elektrik dan kemudahan asas yg paling asas.bukan diaorg minta cawat baru...haramjadah oii!!!tak kan hang nak suh bumiputra asli ni teruskan adat diaorg yg duk ada skrg ni.aku rasa perkampungan org asli area semenanjung ni pun hang tak pernah pergi.sbb tu hang bodoh.ni bukan sembang bab pemakaian tapi sembang bab kebertanggungjawaban pemerintah pd kaum bumiputra.dgn ideologi bodoh hang ni menampakkan hang sama naik dgn pencacai2 low class dari umnoporno.mmg betul pemikiran hang hasil dari produk umnoporno.
p/s: puak asli apache kat u.s pun pakai suar jean.mana ada pakai cawat dah..

taik hang!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive