BERSIH : KDN disaran dapatkan pengimbas, periksa seluar dalam sekali...

Artikel ini ditulis oleh Ahli UMNO..

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.


Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.


Aspan Alias

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
Anonymous
June 26, 2011 at 12:26 AM delete

Di Malaysia sekarang ni, politik dah lain. Bukan lagi rakyat yang berkuasa memilih tetapi ahli politik sendiri yang memilih macam negara komunis yg rakyatnya tiada kuasa tetapi hanya pembesar2 sahaja yang berkuasa sepenuhnya. Tiada demokrasi..

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 8:03 AM delete

mcm2 fitnah di rancang utk menjatuhkan DSAI tp percayalah Allah swt akan balikkan fitnah tu kpd pembuatnya,insyaAllah dan dgn kuasa Allah juga sinar baru utk bumi malaysia akan bertukar wajah dari UMNO/BN kpd PR selps PRU ke 13.krn terlalu byk kekangan ke atas rakyat itu x boleh ini x boleh, mrk lupa sebg penguasa dan pemerintah bahawa mrk akan dipersoalkan dan ditanya oleh Allah swt apa yg telah kamu lakukan utk rakyat di akhirat kelak, ingatlah bahawa mati akan dtg kpd kita pd bila2 masa sj utk menjemput kita kembali kehadrat Allah swt.

Reply
avatar
June 26, 2011 at 9:43 AM delete

Kerajaan UMNO sudah semakin takut kepada perkataan2 mudah yang kian mendapat tempat di hati rakyat kerana selama ini ayat2 bombastik yang digunakan oleh kerajaan UMNO tidak dapat dijiwai oleh rakyat jelata. Ayat2 UMNO memang tinggi klasnya namun rakyat tidak nampak apa2 pun selain dari slogan kaum elit UMNO bukannya slogan untuk rakyat jelata. Slogan2 canggih yang dilambakkan oleh UMNO tidak memberikan apa2 aspirasi yang berorientasikan rakyat. Semua slogan UMNO berorientasikan rasuah dan gila kuasa untuk mencapainya. Tidak ada satu pun slogan UMNO yang tidak melebihi dari satu perkataan. Bersih, Cekap, Amanah semakin jadi Tak Bersih, Tak Cekap , Tak Amanah. Cemerlang, Gemilang, Terbilang terus terjun longkang bersama Pak Lah. Mungkin Transformasi slogan satu perkataan UMNO tapi cukup susah untuk UMNO laksanakan yang satu perkataan pun terkial2 UMNO putaralamkan sehingga Transformasi jadi tak lebih dari Pelarasan.

Sekarang rakyat hanya tuntut satu sahaja dari semua slogan2 UMNO dan yang satu inilah yang merupakan slogan sejati rakyat jelata - BERSIH. Itu saja yang rakyat mahukan, slogan2 lain UMNO boleh simpan untuk dibawa bersama kedalam kubur. UMNO amat takut bila BERSIH bukan lagi hanya slogan rakyat tapi BERSIH adalah misi hidup (life mission) rakyat jelata untuk bangkit membersihkan negara ini dari semua kekotoran yang dihonari oleh UMNO.

BERSIH adalah slogan rakyat! BERSIH adalah hak rakyat!
BERSIH adalah lagu rakyat!
BERSIH adalah budaya rakyat!

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:26 AM delete

takkan sehelai baju pun polis takut....??????????? polis yg tiada semangat juang

Reply
avatar
KuroShogun
June 26, 2011 at 10:31 AM delete

Aku ingin menambah kepada komen Anon 12.26AM bahawa aku merasakan Malaysia seperti sedang dilanda pengaruh neo-komunisma di mana banyak tindak-tanduk dan polisi BN kelihatan seperti menjurus ke arah konsep satu parti seperti negara komunis. Di negara komunis, pembangkang tiada langsung kewujudannya manakala di Malaysia, peranan pembangkang dinafikan sepenuhnya seolah-olah sama seperti tidak wujud pembangkang. Gerakan rakyat untuk bersuara dinafikan (lihat insiden medan Tiannanmen tahun 1989) manakala segala saluran media dikuasai sepenuhnya demi mengekang ideologi yang menentang pentadbiran kerajaan. Tepuk dada, tanya perasaan.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:32 AM delete

geli hati melihat gelagat pemimpin2UMporNO yg dah panic giler!!! Meroyan tak tentu arah, najib bini rosmah senyum kat TV pun dah bertukar macam kerang busuk.
takut sungguh umno terhadap kebangkitan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:40 AM delete

kuro shogan,
aku rasa pemimpin2 umno ni terlalu bodoh untuk persoalan ideology. dalam kepala otak dia orang hanya ada 2 benda saja yg mereka faham, 1 - duit dan 2 - perempuan. apa yg pemimpin2 umno buat sekarang ni ialah utk pertahankan kedua2 benda ini yg mereka nikmati selama ini. cuma kebetulan cara meraka ini memang menepati ciri2 bagaimana kuku besi communism menangani kebangkitan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 7:50 PM delete

pakai seluar dalam kuning, coli kuning pun akan di rampas oleh polis apco.
najib bini rosmah dah benggong tahap kritikal!!!

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:07 PM delete

memang patut pun polis rampas . perhimpunan bersih konon . menyusahkan rakyat adalah . pemilihan parti sendiri pun kelam kabut . ni nak mengajar SPR plak . Bersih sangat ker pemilihan PKR tu . komplen dari ahli bertimbun , ada tindakan sampai sekarang wahai saifuddin nasution oiii . Betul sangat ker pemilihan PAS tu , sampai dua hari nak kira undi ??? bukan rakyat yang sokong bersih tu. puak puak pembangkang yang giler kuasa jer sokong bersih tu . aku sokong polis tangkap jer sapa sapa yang pakai baju bersih tu . Nasib baik fikiran aku tak terpengaruh dengan dakyah politik kotor ni yang meracun fikiran rakyat dengan perasaan benci dan marah .

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 12:56 AM delete

Anon 10.07pm
aku pun berfikiran mcm tu jugak.apa yg diaorg seronok sangat nak buat demo haram ni. dah beratus report polis di buat. ini bermakna demo ni bukannya ada sokongan pun. hanya segelintir melayu komunis je yg gila nak berdemo. ada upah kot.? Sendiri punya pemilihan pun tunggang langgang. YDP Agung pun x terima demo ni. ini namanya melayu x kenal untung.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive