BERSIH : 30 Aktivis PSM didakwa perangi Agong.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.. bukan Parang.. harap maklum.

GEORGE TOWN, 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.

Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.


Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara. - The Malaysian Insider


Semalam Malaysiakini melaporkan..

'Hasut' BERSIH: 59 anggota PSM ditahan

Bas membawa 31 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghala ke Pulau Pinang malam ini dihentikan polis di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

Awal petang tadi, sebanyak 28 lagi anggota parti itu ditahan dalam bas di Tangkak, Johor tadi, termasuk Setiausaha Agung A Arutchelven.

Menurut anggota jawatankuasa pusat PSM Choo Chon Kai, kira-kira 30 anggota polis menghentikan bas di Sungai Dua pada jam 3.30 petang.

Katanya, bas daripada Sungai Petani itu menghala ke Pulau Pinang untuk ceramah 'Udahlah tu, bersaralah BN' di Bayan baru.

Kumpulan itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kepala Batas untuk disoalsiasat.

"Kami diberahi bahawa bas dihentikan kerana kami cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai," katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
June 26, 2011 at 6:20 PM delete

Polis jangan buat lawak lah, dah habis modal nak tahan orang kata perang melawan Agong. Dengan bersenjatakan spandok nak lawan platun askar yang kawal istana negara pun dah tersungkur ke bumi ini kan pulak nak lawan Agong? Tu mana datang pulak dokumen PKM yang dah lama terkubur tu? Dari arkib Polis ke? Bodoh benar ke PSM tu nak tiup api kominisme yang dah lama berkubur, Rusia dan China pun dah tak berminat nak perjuangkan depa pun dah minat kepada demokrasi dan kapitalisme. Polis kita ni ingat rakyat nak beli ke cerita depa ni? Yang ada kominis hanya dalam UMNO je...kominis Melayu.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 8:40 PM delete

Apa nak jadi dgn kerajaan malaysia....ni...mentang2 berkuasa kat bumi Malaysia.....mereka guna kuasa sepenuhnya .....seolah2 rakyat tidak boleh bersuara.....sebenarnya dia orang takut jadi macam Mesir ........atau takut melihat kebanjiran rakyat.....terutama generasi muda....

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 9:41 PM delete

syabas PDRM . bak kata pepatah ..mencegah lagi baik dari mengubati . tahan jer puak-puak yang nak menyusahkan rakyat ni . gunalah peruntukan apa yang ada . Seksyen 122 untuk diguna untuk menyiasat pun kecoh dah . belum didakwa lagi lah beb . aku tak sabar nak tengok polis tahan dan dakwa kat mahkamah si ambiga seravamasam tu . nampak ramai sangat pengikut keling pro-murtad tu orang islam yang mengaku mereka lebih islam dari orang lain. konon nak buat macam mesir lah , masalahnya mesir rakyat ramai yang sokong . ni penyokong nya puak-puak dia jer . syabas PDRM .

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 9:56 PM delete

Please lah BN, BERSIH is fighting for the rights of all Malaysians to demand a free and fair election process as guaranteed under the constitution. It is not a political movement or party. All Malaysians, including UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP, KITA, UBF, SAPP dan lain lain. The Election Commission of Malaysia act without fear and favour.

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 10:59 PM delete

anon 9.56
all malaysians ?? mana ada puak puak pembangkang jer .
fair election ??? bersih tu sendiri tak adil pada SPR . tunjuklah bukti yang SPR tu tak adil ?? kenapa tak ditimbulkan dalam dialog antara SPR dgn parti parti politik . nak ubah peraturan , dewan rakyat lah tempatnya .
political movement ??? yerlah pemimpin bersih ni si ambiga tu . tak kisah pun kalau ianya political movement jangan jadi alat untuk IFC dah lah sebab ambiga tu penyokong kuat IFC. kita bimbang jadi murtad movement lah pulak nanti .

Reply
avatar
Anonymous
June 26, 2011 at 11:15 PM delete

anon 10.59 dan 9.41 hang memang tolol.. aku rasa hang kutu babi yang sama buat komentar dalam isu jebon!
berakal sikit beri komentar.. tak tahu hujung pangkal isu bersih toksah dok menyalak di sini..

seperti komentar hang sebelum ini.. memang lebih bangang!!

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 10:07 AM delete

Pegawai atasan PDRM ni kebanyaknny ahli Umno mcm KPN Musa Hassan lu. Hosni Mubarak tu pn boleh tumbang, inikn plak Umno(BN).

Reply
avatar
Anonymous
June 27, 2011 at 10:13 AM delete

hahahaha...oi pr bodo..kalo korng rs spr xadil n xtelus...nape korng terima keputusan pru12 aritu..nape korng xbubar je dun yg korng mng tu..ckp je lbh puak2 pr ni..dh la khalid gonjol tarik diri dr sertai flotila sbb tkt kene tembak dgn israel...dasar penakut n bacul..hahaha...dh 2 kali flotila ni..tp sekor pon xde org dr pr..

persatuan silat lincah n gayung dh bg warning kt korng yg join bersih ni..jgn slhkn sesiapa kalo jd sesuatu nnti!!!

Reply
avatar
penternak_lipan
June 30, 2011 at 3:51 AM delete

anon 10.13am
silat mak hang apa...org tak bodoh macam hang la..flotila nak pie macam penang feri ulang alik dari butterworth ke georgetown sehari 18kali pun tak apa itu kerja amal.tu la jenis anjing kepada puak pencacai UMNOPORNO bab flotila pun nak mempolitik busukan. sekurang2nya doa laaa moga2 yg pergi tu selamat pergi dan pulang.ni hang ungkit macam lebih dari hang pergi aja.org yg ikut misi tu pun tak mempolitikan hal ni..
apa punya pemikiran selut laa yg hang bawa mai ni....sampai bab bantuan kepada palestin pun hang nak mempertikaikan kenapa kawan ni tak pergi,kenapa kawan ni boleh pergi....busuknya hati hang ni.

bodoh piang!!!.....

p/s: aku doakan pd2 pejuang yg menghantar bantuan ke palestine selamat pergi dan pulang.amin....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive