Anak siapa di sebalik IPP ?



KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.


"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anak kg pertama
June 20, 2011 at 11:20 PM delete

Time Tun M sign perjanjian..Menteri Kewangan time tu adalah DSAI..dia buat apa? awat baru hari ini baru dia sedar..awat la ni baru nak soalkan?..DSAI dah lupa ke?...sapa yg beri kepada syarikat pembekal Malakoff, kalau tak silap Malakoff adalah kroni DSAI..ASD jangan la buat taktau... DSAI & ASD mmg melayu mudah lupa..minta review balik...rakyat tak bodoh..yg dok jadi bodoh pasal dengar dari org dok membodohkan kita..

Reply
avatar
Anonymous
June 20, 2011 at 11:40 PM delete

akp gko ni mmg kurang cerdik.. tak faham apa yg anwar nak smpaikan..

ni aku ambil dr artikel berkaitan- beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan. - cari mana mana bahagian otak gko yg boleh pakai agak agak kenapa anwar ckp mcm nie?? sdgkan kementerin kewangan dibawah bidang kuasa dia masa tu..

kalau betul Malakoff adalah kroni DSAI.. nape pemimpin bn amco tak serang habis habisan?? ini satu faktor yg boleh memburukkan anwar dr gunakan kes video haram di sisi agama tu??

Reply
avatar
Anak kg pertama
June 20, 2011 at 11:46 PM delete

Anon..11:40pm

Bezanya percakapan seseorg bila ada kuasa dengan bila dah dia tiada kuasa...sama juga org ada duit ngan org takda duit..terutama Melayu...biar papa asalkan bergaya

Reply
avatar
June 21, 2011 at 12:17 AM delete

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 12:18 AM delete

Memang anon AKP bangang dan tak berakal!! kalau benar dulu anwar dah buat silap mengapa la nie tak value semula perjanjian.. apa najis buat? main teloq?! budak sekolah boleh pikir..

bangang AKP.. hahahahaaaaa

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 8:58 AM delete

Anak kaniaq kg pertma, apa yg hang dok merepek! Kan anwar dah suruh dedah perjanjian IPP tu? dedah saja lah... biar rakyat tahu kalau anwar pun consent..bahangian mana yg dia consent dan bahagian mana yg mamak kutti mahatir consent...pokoknya biar rakyat yg menilai. Najib ni memamng 1) penipu 2) memang semua orang dah tau dia ni cuma layak jadi belaci...belaci rosmah....belaci mahathir...akai dia sendiri tak ada...bodoh macam lembu.
komen hang 11:46pm bukti najib rasuah, bila dia ada kuasa takut nak dedahkan kebenaran..najib takut bila rakyat tahu kebenaran, maka dia akan di humban ke penjara.
----------------------------------
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 8:59 AM delete

Ya...ya...AKP bukan saja bangang tapi bahalul.

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 9:09 AM delete

ASD buat2 lupa pasal anwar makan duit rakyat....mcm mat sabu lupa gelar anwar aljuburi...sbb apa??..sbb dah makan duit juta2 oleh anwar...so tutup mulut la.....
skrg ni anwar ler anugerah tuhan yg terutama mengalahkan pork nik sial tue...

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 10:53 AM delete

anon 9:09am yg mungkin juga anon klon AKP meroyan lagi...macam biasa penuh dengan bahasa bebal..tapi isinya kosong. Ikut acuan pemimpin umno bangsat, bila buat tuduhan, contoh pun tak boleh bagi.
Pi lah desak najib bini rosmah tu dedahkan perjanjian IPP? awat takut??

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 12:17 PM delete

akp ni kalau tak dilayan kesian plk.. selama lama nya di biarkan diri di perbodohkan..


ok.. mmg ada pemimpin yg masa berkuasa ckp lain dgn masa tak berkuasa..

tetapi .."Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu."

gko tentu nak buktikan anwar ni se org penipu.. ok.. kan ada tiga pihak iaitu petronas, tnb dan kementerian kewangan' kalau bantahan dan pendapat kementerian kewangan tak sama dgn dua pihak lagi maka terang terang lah anwar ni penipu.. Jd berani dedahkan lah.. ini kenyataan ditulis dlm minit dan di dokumentasi kan...

berani kerana benar tu sbb anwar cabar dedahkan... arni arop dah bg komen cuma dia tunggu perkara ini tidak di anggap rahsia sulit..

akp.. kalau didedahkan perjanjian tsbt yg untung nya rakyat..

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 12:33 PM delete

Senang cerita & tak payah nk salahkn sesape dlm hal ni. DSAI dah buka jalan dan dedahkn utk siasatan lanjut. SPRM jgn le bnyk main telor je. Klu tak buat keje, lebih baik hapuskn je SPRM ni. Tukarlh pd SRP plak.. PMR ke... Ni rakyat dok perhati engko. Jgn buat sial pd negara M'sia.

Reply
avatar
Anonymous
June 21, 2011 at 12:44 PM delete

akp,
nampak sangat kecerdikan hang,pasai tulong bukak pekong pemimpin umno selama tak ada anuar dalam umno puak2 pemimpin umno yg hang dok sanjong dengan pujian yg meleleh pakat2 dok gelinte teloq nak bagi bulat nak buat peluru terbay.

Reply
avatar
Anonymous
June 22, 2011 at 3:05 PM delete

semua orang yang komen macam babi..

Reply
avatar
June 22, 2011 at 7:25 PM delete

Anon 3:05 mengeluarkn kata2 kesat setelah menitis airmata sebb tak mampun nk berhujah. itu la tahap mentaliti 'pandi kutti' blogger2 upahan UMNO (UMporNO).. kalau dah kalah camtu laa... gaya budak2 belum mumayyiz bergaduh...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive