Anak Najib Bertunang malam ini.. apa pula kata Wisma Putra?

9 Jun lalu Bernama melaporkan Wisma Putra nafi Najib guna dana awam, urus perkahwinan anak, laporannya — Wisma Putra berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev.

Kenyataan Wisma Putra, yang dipetik Bernama Online, menafikan laporan media bahawa beliau menggunakan lawatan itu untuk peribadi dan menguruskan pertunangan anak perempuannya.


Kenyataan itu menambah dakwaan kononnya lawatan itu untuk mengurus perkahwinan anak perempuan Najib sama sekali tidak berasas.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama perdana menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.

Dan hari ini..

Majlis Pertunangan Anak Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.

Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
June 18, 2011 at 2:10 AM delete

hah.... rupernye hari tu jejalan jumpa bakal besan la erk.. ahahaha

http://tukanglawan.blogspot.com/2011/06/vcd-lucah-versi-orang-umno-sape-nak.html

Reply
avatar
June 18, 2011 at 8:36 AM delete

Najib macam ayah dia buat kerja secara serampang dua mata..

Reply
avatar
Anak kg pertama
June 18, 2011 at 9:36 AM delete

Benar ke berita nie..kalau ia benar maka..berita ASD siarkan hari tu adalah dikategori fitnah le...bertambahlah saham akhirat untuk ASD..tahniah la..utk pembaca yg percaya berita ASD dan mengutuk sakat..kalian pun ada saham juga...tahniah.

Reply
avatar
Anonymous
June 19, 2011 at 11:20 AM delete

Video sex tu tak pun tanya pun kesahihanya.....lu memang lachow AKP.....

Reply
avatar
June 19, 2011 at 2:06 PM delete

Helo AKP,

Rasanya anak kau pun 10 kali lebih cantik dari anak Najib kalau lawan pakai undi sms gerenti anak kau lebih layak kawin dengan budak Kazakh tu. Tapi apa boleh buat kau cuma barua UMNO aje jadi orang UMNO tak kan nak menangkan anak macai, kan? kan?

Reply
avatar
Anonymous
July 5, 2011 at 9:52 PM delete

Come on laaaaa...ini cuma tunang beb, nak pakai baju ngantin cam nak kahwin doh apa pesel....

aku tak pueh hati tul dgn mamat tu. pas ni tengok la...kereta merah dgn 4 ekzos lalu jln federal highway...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive