Ambil tindakan terhadap Omar Din?

Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

“Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita,” tambah Nurul

Hmmm... tak payah nak dihairankanlah kenyataan Omar Din tu.. kan anak dia Megat Zulkarnain Dato' Megat Omardin tu Ketua Pemuda UMNO Gombak juga EXCO Pemuda UMNO... sikit sebanyak terpaksalah juga dia bercakap bagi membolehkan UMNO terus berkuasa..



Megat Zulkarnain Dato' Megat Omardin (Ketua Pemuda UMNO Gombak)




Nurul: ‘Ambil tindakan terhadap Omar Din’

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

Beliau berkata sikap yang ditunjukkan oleh seorang ‘mahaguru’ ini tidak langsung mencerminkan ‘kebersihan’ peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak polis.

“Sebaliknya pihak polis mengenakan tekanan terbuka dan gangguan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga badan- badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam satu sidang media semalam, di antara lain Omar Din berkata, sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Nurul berkata, beliau kesal dengan kenyataan bercorak provokasi dan ugutan yang datang daripada seorang ‘mahaguru’.

“Sewajarnya sebagai seorang ‘mahaguru’ menampakkan ‘kebersihan’ peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan.

“Tambahan lagi, seorang ‘mahaguru’ sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar,” katanya.

Ujar beliau, “saya yakin dan percaya, Himpunan Bersih adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta.

“Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita,” tambah Nurul - Free Malaysia Today


KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
[UNTUK EDARAN SEGERA]
29 JUN 2011
-------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0 menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyoal kredibiliti beliau selaku seorang Mahaguru yang disegani anak-anak buahnya.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.

Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran
“Mahaguru” mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut"

Sewajarnya sebagai seorang “Mahaguru” menampakkan ‘kebersihan’ peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang “Mahaguru” sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.

Sikap yang ditunjukkan oleh seorang “Mahaguru” ini tidak langsung mencerminkan
‘kebersihan’ peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.

Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.

Lampiran 1

Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM] ;

Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.

1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.

2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.

3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.

4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.

5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.

6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.

7. "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut" kata Omar Din lagi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

17 comments

comments
Anonymous
June 29, 2011 at 2:46 PM delete

nurul izzah nak suruh siapa ambil tindakan? maaf tak dapet den tolong. kecuali selepas pakatan ambil alih putrajaya, kita akan 'bogelkan' mereka semua

Reply
avatar
AntiAPCO
June 29, 2011 at 2:51 PM delete

Ini kata-kata ugutan dari seorang jaguh kampung, bukan seorang yang bertaraf mahaguru. Dia ni mamakkutty, tak payah la nak cakap pasal lindung melayu, lindung sultan. Nak lindung melayu pun tak layak sebab dia ni bukan melayu pun! UMNO yang mengaku parti melayu je yang banyak mamak-kutty sebenarnya.

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 3:58 PM delete

mahaguru ni zaman Mahathir dulu kena hantar pulau jerjak. Bila masuk zaman Najib, mahaguru ini dipuja2. cuba buka kisah lampau semula...

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 4:38 PM delete

mamak kutty ni ingat semua ahli silat dia tu dari kalangan ahli umnongok saja ke?????

Reply
avatar
June 29, 2011 at 6:57 PM delete

Jangan bimbang..kan PAS dah kata jadi Perisai dan BUMI NON MALAY JADi LEMBING..... kita rakyat Malaysia akan bersatu menentang kezaliman dan penghina Islam iaitu UMNO dan perkakas UMNO macam ini geng samseng silat, 3 line, Perkasa, Polce, rela dan tentera...


Kita turun padang 9 Juli....bawa bendera malaysia dikibar dengan rotan panjang...;-))

Reply
avatar
June 29, 2011 at 8:22 PM delete

Omar Din setan ni tak kan korang semua lupa macamana iblisnya dia ni dulu? Kalau macam inilah mangkuk2 yang nak kempen untuk kerajaan menentang BERSIH, kerajaan UMNO ni kok bangat benar dengan angkatan tentera al-dajjal, ya ampun pak.

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 8:41 PM delete

Mat kaki lembik nak berjihad pula...apa dia boleh buat?Hayun teloq.. kah...kah...kah

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 10:18 PM delete

Agung pun tah pakai maha lagi. Maha hanya untuk Allah Omar ooi. Kau sekutu tuhan amat lah berdosa taubat hai saudara ku. Kepada rakyat Malaysia yang ada guna Maha tolong taubat.

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 10:54 PM delete

alaaaaa omardin ni memang tak best pun . tak baguslah, apa nama mamakkkutty ??? lain lah kalau macam ambiga tu . hindu sejati . dalam pada hindu tu sempat lagi gi sokong katolik tu . tak derlah ciri-ciri seorang al-dajjal .orang macam ni lah yang PAS nak pertahankan masa bersih nanti dengan rotan dan lembing . khabarnya lah .....

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:14 AM delete

melayu bukan dalam UMNGOK sahaja.. dalam PAS pun ramai dan banyak.. memalukan seorang mahaguru yang melindungi melayu berjuang untuk puak yang jumud dan asabiyah. Islam pun tidak pernah mengajar umatnya untuk asabiyah..

Itulah jika otak tak mahu digunakan untuk memikir.. malang sekali..

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 11:18 AM delete

anon 10.54 memang bangang!

Hang tak tahukah apa tujuan bersih? nak harapkan PERKASAM berjuang untuk melayu! hanya melayu dalam UMNO Sajalah berjuang. Itu pun UMNO yang ada kroni.. ahli UMNO 2 juta lebih tu dijadikkan haprak oleh perkasam.. malang juga bagi ahli UMNO yang 2 juta tu.. menyokong pemimpin mereka.. apa pun tak dapat.. buat perabih air liur.. munafik lagu ni lagi setan dari kafir.. Kalau kafir dah jelas kekafirannya, boleh prepare. kalau munafik..ooo macam parasit.. lagi sial!!

Reply
avatar
Anonymous
June 30, 2011 at 3:42 PM delete

Aku dulu pun salah seorang ahli persialtan Silat Lincah juga...tapi bila aku tengok ada acara sembelih ayam dan darah dia pulak ditabur atas nama buka gelangaang aku mula rasa sesuatu yang tak kena dgn persatuan nie....umpama mcm dah kurafat aku tengok....nasihat aku pada ahli2 persatuan seni silat lincah agar mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan....aku lg respect pada seni silat gayung...lebihkan iman dari kurafat...

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 12:47 AM delete

maak ooi satu juta turun padang.. kan lebih baik diarahkan menjaga pehimpunan .. polis pun tak yah susah susah... klau disusun sepanjang jalan sampai istana mmg bersih akan berjalan lancar...

anon 11:18 am caya lah anon 10:54 tak faham bila gko tny apa tujuan bersih? sb dia ingat bersih ni isu agama... dia ingat anbiga ni bawak kita buat benda jahat..

klau kita kira mcm tu.. pemimnpin dia jgn ckp psl isu moral.. jgn ckp psl isu rasuah... jgn ckp isu islam klau tak buat cara islam..

ingat lah 'engkau dgn agam engkau dan aku dgn agama ku. engkau tak sembah tuhan aku dan aku tak sembah tuhan engkau' al kafirun. mohon keampunan klau ada kesilapn..

Reply
avatar
penternak_lipan
July 1, 2011 at 2:14 AM delete

sekali lagi anon 10.54pm wal pelaq.
.kalau ambiga hindu gie sokong katolik apa aku kesah..kalau betul hang nak main isu perkauman maiii aku sedarkan hang skali lagi..kot2 hang lupa..hang tau dak tajuk di atas tu apa...?
mamak kutty tu duk gombak,anak dia exco dan ketua pemuda UMNONGOK dari gombak. dan untuk pengetahuan anon 10.54.tmpt sendiri pun ada tokong terbesar di malaysia pun tak leh nak pertahan..ni nak silat kat kl nuuuu...pirahrah.....nak mainkan isu perkauman pulak...kalau betul2 brani nak bersilat..pi silat kat batu caves dulu..pertahankan hakk MELAYU!!!!! sbb ini tanah org melayuuuuuuuuu.kononnya..sory tersemangat ikut trademark rentak puak amnoporno..wahahaha
omardin telox tak dak.

termasuk hang anon 10.54 oii


taik hang!!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 8:30 AM delete

eemmm aku ingat lah masa ambiga buat forum memeluk islam dulu kat majlis peguam . adalah puak puak PAS jugak yang berdiri atas meja . suruh hentikan forum tu . lepas tu siap cakap lagi ORANG YANG MENYOKONG MRTAD NI TAK AMAN HIDUP KAT MALAYSIA NI. aikk alih-alih dalam bersih ni sokong bukan main lagi ambiga tu . heran aku .......

Reply
avatar
Anonymous
July 1, 2011 at 5:32 PM delete

lah aku dulu pun ada kawan (ketua pemuda cwgan) pakai hujah mcm gko.. tak silap 10 bulan dulu.. mmg dah lama dah..

klau tak silap masa tu si zul kulim tu yg beriya iya.. dan si dol ni kata dia suka zul kulim ni (masa tu dlm PKR) aku ckp dgn si dol ni tunggu lah dia akan melompat.. kan betul dia dah melompat..


si dol tny aku apsal aku ckp mcm tu.. sb kita dah mtk jgn dibenarkan forum tsbt dan jgn diberi permit.. tp kerana isu ni menguntungkan amprono amco maka forum itu dibiarkan saja.. masa tu tak salah aku lah .. maaf klau aku silap.. tak plak org gko kat situ berdemo... sekurang kurang nya ada jgk ahli pas yg panjat meja.. apakah gko org merestui anbiga masa tu dan skg tidak..??

maaf aku terpaksa keluar tajuk tapi kena jgk layan si dol ni wlaupun cite kita psl kenyataan tan sri omar din...

Reply
avatar
Anonymous
November 18, 2011 at 8:03 PM delete

mamak kutty ingat semua pertubuhan silat ikut telunjuk dia ke poooooorraaahhhhh

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive