Amaran Pemuda UMNO kepada PKR, ‘Jangan main-main dengan kami’

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan ‘ganas’ sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.

“Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami,” kata beliau ketika dihubungi pagi ini.


Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.

Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi ‘mat rempit’.

Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.

“Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa,” katanya yang merujuk kepada PKR.

“Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius,” kata beliau.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
June 28, 2011 at 3:42 PM delete

Beraninya....Hantar pergi PALESTIN agak-agak berani tak??

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 4:22 PM delete

Nampak sangat UMNO niiiii samseng...........kalau panggil mat motor atau mat rempit yg tengah stim tuuuuu boleh lah.....dah tentu amuk samseng punya....ni...kah budaya orang melayu.....yg beragama Islam.....eeehhhh pi ajak budak2 tu pi masjid lagi bagus.....dah tentu dpt pahala....

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 4:57 PM delete

sekarang kita dah tahu...siapa yang KOTOR siapa yang BERSIH

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 5:01 PM delete

Apasal polis tak siasat sms ugutan tu? Pelik...sendiri bikin semua...kah..kah..kah

Reply
avatar
June 28, 2011 at 5:06 PM delete

eeeee... takutnya aku dgn geng2 spesis boddoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut nih...

Reply
avatar
June 28, 2011 at 5:44 PM delete

Polis hanya goyang kaki bila melibatkan UMNO..tp kalau pembangkang pakai baju pun kena tahan. Bukan setakat mat rempit tapi dipercayai polis2 muda yang baru masih kanyaq juga terlibat dalam kejadian semalam..ada siasatan? tidak..jauh sekali ISA..bukti mereka sanggup buat apa saja untuk terus berkuasa..rakyat yang berilmu tunjukkan kuasa anda..

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 7:27 PM delete

Kuat sngat ke depa ni jika d bandingkn dgn rakyat?? Klu PR buat demo Bersih, lu plak buatlah demo Kotor. Ok ape.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 8:08 PM delete

tentu mereka tlh diberitahu bhw BERSIH berjaya setakat ini.. isu ugut cuma alasan je.. patut yakin lah kpd polis utk menyiasat.. atau apa dia org pun dah tak caya dgn siasatan polis..

klau mrk tidak ada cara lain maka begitu lah ahli dan penyokong pakatan dah tak de cara lain.. klau ada tak ingin de aku bersusah payah nak turun kl.. dgn road block nya la dgn pedih mata nya laa..

just for info.. aku ada kwn polis dia kata sesiapa yg ada resdong eluk kena air pemedih tu dan mmg berkesan dng aku dan skg bangun pagi pagi tak de terbesin mcm dulu dulu.. cubalah..insya allah

Reply
avatar
June 28, 2011 at 9:25 PM delete

apa nak hairankan kerana itulah kewajipan mereka disisi tuan mereka.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 10:20 PM delete

pecacai UMporNO ni main serbu saja.kalau nak fight buat lah macam anak jantan, bagi tau tempat dan masa awal2...ini dtg time orang dah balik office...malam2 bangunan kosong.
sama macam bekas ketua depa yg AWWW! tu, hanya kuat menyalak macam anjing gila.

Reply
avatar
Anonymous
June 28, 2011 at 11:53 PM delete

-wakleman

anon June 28, 2011 3:42 PM ni baru keluar dari tempurung mana ni ???? tu misi kemanusiaan GAZA tu apa nyer . Najib bini rosmah lancar tu !! ketua pemuda dengan MP Umngok ada pegi . khalid samad amacam ??? PAS ada ker buat kenyataan sokong misi GAZA . nak harap anuar ibrahim sokong jauh sekali ...takut giler dengan yahudi mamat tu . bising pasal APCO ...nah sekarang nampak jelas sapa yang tajut dengan yahudi ??

Reply
avatar
Anonymous
June 29, 2011 at 1:29 AM delete

wakleman,maksud anon 3:42 PALESTIN negara dalam cengkaman Zionist. setakat Gaza dalam negara mesir, aku pun pernah sampai sana.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive