Video Lucah : Anwar pula saman Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.


“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

“Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
May 25, 2011 at 3:22 PM delete

Saman Hishamuddin aje tak cukup, saman 3 ekor Datuk T tu sekali. Eskay dah nak dihadap ke mahkamah dah, Rahim Tamby dan sekor lagi berok mak yeh yang bersubahat tu saman jugak, biar tak cukup hakim2 UMNO yang nak kendalikan kes, biar semua masuk IJN. Sekarang ni hakim2 pun dah naik seriaw nak ambik kes Anwar takut tuhan jatuh bala macam ketua depa tu.....Ni aku bukan doa semua hakim mampos, aku cuma bagi peringat noh!

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 3:43 PM delete

Negara kita ni kecil saja..Rakyat pun hanya lebih kurang 28 Juta je..Tak besar manapun untuk setiap rakyat mengecapi hasil dan kemudahan dalam Negara..Negara kita kalau nak dibandingkan dengan Monaco, kalah Monaco.Yang penting baik pihak Kerajaan maupun Pembangkang, sama-samalah bekerja kuat untuk kemakmuran Negara..berbeza pendapat itu sihat..Yang jadi KERAJAAN kerjalah untuk Negara..yang jadi PEMBANGKANG semak2 lah kerja Kerajaan. Pihak keselamatan pula kerjalah demi untuk kepentingan Rakyat..jadilah Mata dan Telinga kepada Rakyat..Alangkah bertuahnya Malaysia..

Reply
avatar
May 25, 2011 at 3:47 PM delete

ASD,

Nak bagitau kau, alangkan aku ni yang pakai nama sendiri pun ada blog yang asal komen aku aje memang tak bagi lepas, walau cakap bertamaddun pun asal tak ngam dengan ideologi diaorang sah kena gam lah aku.

Maaf kalau aku kata aku ni pulak kalau aku tengok blog yang biarkan pengecut berleluasa dalam blog dia, aku mula fikir yang tuan blog tu tak tau nak control blog dia atau pengecut tu adalah orang dia jugak yang nak bagi up blog dia dengan cara itu.

Aku harap kau bukan jenis tu. Bukan jenis macam blogger2 yang giler nak dapat rating baik dengan cara yang tak ada integriti. Buktikan apa yang kau cakap kau buat blog ni bukan dapat apa pun selain semangat perjuangan tulen menentang kerajaan kotor ni.

Reply
avatar
May 25, 2011 at 4:47 PM delete

Buat FMZam..

Sebenarnya hari tu aku malas nak moderate komen..

Sekarang aku moderate semula.. yang menyamar pakai nama orang lain aku delete..

Reply
avatar
Anonymous
May 25, 2011 at 5:07 PM delete

sirahim tamby ciiiik dulu pernah dituduh berzina hingga lahir anak haram yang kena penjara lge inilah dikatakan tembak gajah pelandok yang kena, ajaib!!

Reply
avatar
May 25, 2011 at 6:03 PM delete

ASD terima kasih. Aku tau bukan senang bila terpaksa luangkan masa untuk moderate blog, tak cukup tangan dibuatnya. Tapi itu saja cara macamana blogger nak ajar sipengecut. Semua orang tau tentang kebebasan bersuara tapi kenapa pulak kalau berani bersuara tapi takut bertanggungjawab? Lepas tu sedap aje kata orang pengecut tak bagi lepas komen dia, padahal dia siang2 lagi dah pengecut.

Kalau sipengecut tak hiraukan saranan kau supaya kalau dia berani kenapa tak pakai nama sendiri, mengapa pulak mesti kau hiraukan cakap dia?

Semua blog sepatutnya jangan beri si pengecut tempat dalam blog, sekarang, esok dan bila2 pun.

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 25, 2011 at 6:40 PM delete

Tahniah DSAI..kita tunggu siapa yg kena...semoga Allah SWT tunjuk kebenaran seluruh rakyat Malaysia..yg kalah minta mengundur diri dalam politik secara terhormat...kita cakap checkmate.

Reply
avatar
May 25, 2011 at 7:38 PM delete

Tak apa FMZam.. yang menyamar sebagai FMZam tu sedang menggila.. banyak komen dia aku dah delete..

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 2:13 AM delete

Kepada AKP ...rakyat bukan bodoh utk menilai konspirasi kerajaan utk menjatuhkan Anuar.Rakyat dah semakin cerdik dalam mentafsir. Rakyat yg beriman tidak sekali-kali sanggup menggadai iman. Rugi dan teramat rugi..Rakyat yg sentiasa takut akan pembalasan hari akhirat tidak sanggup menjual agama semata2 utk memihak kpd kerajaan yg mahu mengheret rakyat utk percaya dgn permaianan taktik kotor ini.Kerajaan patut fikir tentang isu murtad yg bermaharajalela, peminum arak di kalangan Umat Melayu, gelaja sosial yg semakin parah dan sebagainya. Sebenarnya video lucah yg sengaja direka2 ini telah memualkan rakyat yg cerdik lagi beriman.

Reply
avatar
Anonymous
May 26, 2011 at 3:46 PM delete

AKP BANGANG...

HANG NAK MINTAK SAPA SUPAYA TEKA SIAPA YANG KENA DALAM PERBICARAAN BERAT SEBELAH NII?!! SAPA YANG TEKA SEMEMANGNYA BANGANG!! TERMASUK HANG SEKALI BANGANG DOK SURUH ORANG LAIN TEKA!!

LANCAU HANG!!

Reply
avatar
anak seberang jaya
May 27, 2011 at 12:16 AM delete

pasai apa anwar takut nak saman datuk eskay....hairan jugak...ttepi hishamudin berani plak saman....
sepatutnya anwar saman eskay dulu...atau takut eskay londeh lagi pasai anwar kot....
biasalah member seperjuangan ke siam utk mengurut dan main...xxx

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive