UMNO/BN Akan kalah teruk jika naikkan harga barang (Video Inside)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.


“Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

“Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Lee Khai Loon, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang, namun kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Dalam pada itu, AMK turut kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat.

Justeru katanya, polisi kerajaan itu jelas bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

“Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP)," ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat ini telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.

“Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO-BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.

“Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,’ katanya. -tvsnews


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
BARISAN NAZIONISIONAL
May 27, 2011 at 1:25 AM delete

sebelum masuk gelanggang bahang tak komfiden telah Uturn di buntut umnogod,apapunya parti pelihara BN,baik terajang aje...sebelum keluar najis dah terkencingdin...kah,kah,kah..cakap bergegar2 tunjuk hebat

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 2:29 AM delete

slm..kalo salahudin al ayubi skalipun yg peritah negara kita skrg,kalo kita x solat allah tetap mtk kita bertanggug jwb tuan..sesuatu yg baik 2 mulakan dgn diri sndiri n kerabat trdekat.baik yg saya maksudkan ialah iman.mcm nabi buat..kalo betul la kita ni ada iman xkan kita nak masuk syurga sorang,2 la yg nabi buat brkasih syg sesama insan n gtau smua org tntang iman,biar smua org masuk syurga kalo bleh,bukan cari salah masing2..slm n wallahuaklam.(panggil la sape2 jadi p.m pun,kalo kita x solat allah cari kita gak tuan....)

Reply
avatar
May 27, 2011 at 4:25 AM delete

lihat saja selepas Pru12 , harga barang naik sedangkan sebelum itu baru saja ada buat janji harga barang xkan naik. sebelum Pru13 mereka xkan naikkan harga , selepas pru13 saja mereka akan naikkan.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 5:09 AM delete

Aku percaya...lepas pilihanraya ....semua harga akan naik....aku yakin lebih 110% yg Zul Kulim canang....dan satu lagi....pilihanraya akan diumumkan secepat mungkin bila Anuar berjaya disumbat ke dalam penjara.Itu agenda utama.......Bergembiralah kamu....wahai pencacai UMNO.....bila agenda ini berjaya....tetapi kamu semua akan berduka bila sampai saatnya...Kepada Anuar Ibrahim....bersabarlah. Anda adalah insan yg terpilih untuk diuji oleh Allah....sekiranya anda dipenjara....di dunia itu adalah lebih baik....drpd diri anda di penjarakan oleh Allah di akhirat....Kaum yg zalim pasti tidak akan terlepas.....dr seksaan Allah swt. Begitu kejam...sifat manusia akhir zaman....yg sanggup mengaibkan saudara Islam.... ...melalui kata nista, cacian....serta sanggup mengedar video lucah.... yg diragui pelakunya meskipun tangan2 ghaib ini berjaya menggunakan kepakaran teknologi bagi mengaburi mata insan yg mudah ditipu......Mereka tidak takut memakan daging saudara mrk sendiri di akhirat nanti....PASTI !!!!!! DAN ISNYA PASTI BERLAKU

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 6:32 AM delete

CILI KASI TARUK Sama Parpu Kari Stout http://www.youtube.com/watch?v=E5ZUTeHV2_Y

Reply
avatar
May 27, 2011 at 10:16 AM delete

kalau benar kewangan kera jaan dah nazak, naikkn la harga barang, lagi tinggi lagi bagus. manusia ni kadang2 akan mula berfikir bila periuk nasi mereka di ganggu, bila susah nak mkn baru la, terbuka minda

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 10:35 AM delete

brita menarik..dap komuns kate xnk bubrkn dun serentak dgn pru13..die kate tu adlh persetujuan mb 4 negeri..tp pok nik kate xpernh pon ckp cmtu n kate cdgan dap tu xlogik...perghhh..punye la bercabangnya di komunis dap ni..selmba je kate dh ade persetujuan mb 4ngeri..hahaha..pr semakin bodo..dap plak semakin menunjukkn power..bro asd..jgn delete aa..xsyok aa delete2..br la meriah blog ko..peace bro..haha

Reply
avatar
May 27, 2011 at 12:33 PM delete

Anon jubur,

Kau jangan bimbang ASD dah nyatakan syarat2nya diatas, komen tak relevan, komen yang pakai nama orang lain dia delete. Adil kan? Lepas ni kau pulunlah apa pun janji kau tak keluar tajuk dan tak jadi pengecut, teruskanlah meriahkan blog ni dengan buah fikiran kau yang terer2 tu, kitorang tunggu.

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 2:29 PM delete

anon....10.35....dpt sumber dr utusan meloya....dan sekufunya. Aku x hairan.....akhbar putar alam....dan kaki belit.....

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 3:27 PM delete

hahahaha....anon May 27, 2011 2:29 PM..ko ni mmg sebijik dgn nuar juburi..kalo brita tu xmemihak kt ko je..trus kate dr utusan..tu dr sinar harian la..akhbar suara keadilan lg putr belit.siap putar belit kenyataan harun din lg..fitnah mb zambry..dh klh pon kene saman dgn mb zambry..hahaha..

Reply
avatar
Anonymous
May 27, 2011 at 8:49 PM delete

Pakatan akan buat pr negeri berasingan sekiranya Anwar di sumbatkan dlm penjara...

Kasi ameno pening kepala...

Reply
avatar
penternak_lipan
June 3, 2011 at 2:21 AM delete

pd anon yg kuat menyalak utk umnoporno.atau spt fmzam cakap anon juburi..
kalau dap tu komunis .aku tetap pangkah diaorg.sbb diaorg mentadbir dgn baik demi rakyat.kalau layak la wehehe.
untuk pengetahuan anon juburi spt fmzam pgl kat hang disebabkan parti GERAKAN dan MCA ala warak hang tu la melayu makin terpinggir di pulau pinang dgn bantuan tangan2 umnoporno dan tangan mamu-mamu umnobelukang

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive