UMNO Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun (Video Inside)

MUAR 28 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem amalan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) kini kian menyimpang dari landasan Islam apabila cuba menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.

Katanya, ini kerana Umno-BN bukan sahaja membiarkan budaya fitnah berleluasa sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut.

“Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah," ujarnya.


“Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno,” kata Ketua Umum PKR itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, semalam.

Anwar kini dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh UMNO sejak 13 tahun lalu. Beliau dihambat dengan kes Liwat I dan II, paling terbaru beliau dikaitkan dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T.

Bukan itu sahaja,malah isteri, anak dan cucu beliau juga turut terkena tempias gelora politik kotor UMNO ini.

Menurut Anwar, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

“Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

“Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

“Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

“Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporan, kebaikan Umno,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan kira-kira 2,500 orang dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam tadi.

Kedatangannya ke Johor kali ini disambut dengan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan atau FRU dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba seawal jam 7 malam lagi.

Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama pihak polis yang mensyaratkan supaya program itu tidak menghalang lalu lintas kawasan ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Pengerusi PKR Johor, Dato Dr Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
May 28, 2011 at 8:28 PM delete

assalamualaikum.Untuk makluman, dr arshad b kassim, sebelum ini mantan pengarah politeknik sultan idris shah, sabak bernam, pernah menghalang exco kerajaan negeri selangor dari pakatan rakyat menggunakan dewan politeknik tersebut atas faktor tidak mahu politik mesuk dalam politeknik.

semasa pilihanraya dun kecil merlimau, prinsipnya berubah bila beliau menjadi pengarah politeknik merlimau, dengan emmbenarkan seluruh jentera BN dan UMNO menggunakan sepenuhnya kemudahan Politeknik Merlimau. Sewaan kemudahan hanyalah bagi menutup penyelahangunaan kemudahan IPT tersebut.



Sekarang ni, terbaru, Mesyuarat UMNO JASIN menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, sekali lagi dibenarkan Politik masuk Politeknik Merlimau, atas kebenaran PengarahPoliteknik Merlimau yang akan dapat title 'Datuk" sempenan ari Gabenor melaka.



Sila lihat hari ini 28 Mei 2011, bendera umno banyak berkibar di hadapan pagar politeknik merlimau, dapat dilihat semua org termasuk pelajar politeknik merlimau yang tidak dibenarkan terlibat dengan politik pembangkang.

Reply
avatar
May 28, 2011 at 10:30 PM delete

Bila Anwar samakan UMNO dengan Firaun, logiknya ialah Firaun tu orang Mesir purba yang belum Islam. Kaitannya ialah Hosni Mubarak yang leluhurnya Firaun adalah orang Mesir Islam yang telah digulingkan oleh rakyat Mesir. Mesej Anwar ialah, kalau UMNO sama dengan Firaun, rakyat Malaysia mestilah gulingkan UMNO sepertimana rakyat Mesir gulingkan Hosni.

Reply
avatar
UMNO BARU ALA-FIRAUN, NAJIB ALA-HITLER
May 29, 2011 at 10:51 AM delete

Umporno sejak 1988, di bawah Madey, di cipta umno baru, dan mengubah segala2nya warisan umno sebelumnya yg bermula 1946...Jadi harus di berikan penerangan kpd penganut2 umno supaya meninggalkan umno baru 1988 yg berupa satu pemerintahan ala-Firaun...

Manakala pemerintahan Najib pula ala-Hitler...dgn sifat Racist dikalangan ahli2 umno... terutama Menteri propaganda iaitu Ibrahim Ali...PERKOSA keamanan Malaysia. Juga kerana umno dibwh Najib MEMUSUHI SEMUA PARTI DIMALAYSIA, TERMASUK SEKUTU2NYA, MCA, MIC, GERAKAN, PBB, PPP DLL...Dan cuba BERSATU dgn PAS atas dasar bangsa racist...1BUMI...utuseks umno... Jadi adakah org2 Cina & India percaya lagi pd UMPORNO baru ini?

Marilah semua rakyat Malaysia, tinggalkan umporno yg sudah SIAL yg MENYUSAHKAN RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA SEJAK 1988...DGN PROGRAM PENSWASTAAN (LEPAS TU RUGI-BAIL-OUT PAKAI DUIT RAKYAT, RAKYAT YG SESAK NAFAS)... PEMBAZIRAN PROJEK2 UTK KRONI... BRG2 NAIK...MINYAK, SAMAN EKOR, SEMUANYA FLIP FLOP... MENUNJUKKAN UMPORNO MENYUSAHKAN RAKYAT, BILA RAKYAT BANTAH, BARU MEREKA UBAH...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive