UMNO Punca Melayu hanyut...


GOMBAK 17 MEI: Orang Melayu harus menyalahkan kepimpinan Umno dan bukan menunding jari kepada kaum lain di atas kuasa ekonomi Bumiputera yang merudum, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada bumiputera tetapi dibolot oleh kroni Umno mencerminkan kerakusan dan kerelaan pemimpin parti itu menggadai maruah orang Melayu, kata beliau.


"Orang Melayu hanyut - jangan salahkan orang Cina dan DAP, Orang Melayu masih merempat sehingga kini sebab tangan pemimpin Melayu sendiri," ujar Azmin di majlis dialog di Kampong Pasir Hulu Kelang.

Azmin menegaskan isu RM52 bilion saham ekuiti bumiputera yang lesap dibangkitkan di Parlimen oleh Pakatan Rakyat namun sehingga hari ini belum ada jawapan daripada Perdana Menteri Najib Razak.

Justeru beliau menuntut masyarakat Melayu di negara ini untuk menyedari hakikat bahawa urus tadbir kerajaan pimpinan Najib memberi implikasi buruk kepada kedudukan kaum itu yang semakin ketinggalan.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menawarkan pendekatan lebih komprehensif untuk mengangkat taraf hidup rakyat keseluruhan selari dengan pembangunan pesat untuk bersaing dengan negara jiran.

Azmin menasihati agar orang Melayu supaya tidak tunduk dengan dakyah kepimpinan yang mampu menjatuhkan kaum itu sendiri.

"Saya ingin menyatakan isu orang Melayu dan Islam kita (PR) tidak akan berkrompomi. Kita minta supaya jangan guna media pro Umno untuk memecahbelahkan umat Islam," kata beliau lagi.

Azmin menyatakan mandat yang berikan oleh pengundi kepada wakil rakyat PR pada pilihan raya lalu tetap akan dipertahankan.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa bekerja dua kali ganda untuk memenuhi tuntutan rakyat melalui urus tadbir dan tata kelola yang baik dan pada masa yang sama menangkis fitnah kerajaan pusat.

Jelasnya, tiga puluh peratus keuntungan negeri Selangor yang dipulangkan kepada kerajaan pusat menunjukkan negeri itu masih tonggak utama negara dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri menerusi pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mensasarkan pendapatan negeri sebanyak RM1.6 bilion tahun ini iaitu rekod tertinggi dalam peningkatan ekonomi seluruh negara.

"Kalau amanah kita jaga dengan baik, rakyat akan dapat keuntungan tapi jika kita fitnah dah cerca, maka orang Melayu akan berpecah," jelas beliau lagi.

Beliau turut menyentuh kejayaan negeri itu menurunkan premium tanah di kawasan-kawasan sekitar Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih tiga tahun lalu.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata kerajaan Selangor akan mengumumkan dalam masa terdekat mengenai dasar baru premium tanah yang dijangka mengurangkan beban rakyat.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
May 18, 2011 at 12:29 PM delete

Belum perang pun Melayu sudah jadi 'orang hanyut', namun dalam hanyut pun Melayu masih berpaut pada bahtera UMNO yang bocor....Bila bahtera tenggelam nakhoda dan kru bahtera akan terjun kedalam bot penyelamat menuju tempat selamat...yang tinggal ialah Melayu yang hanyut...

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 18, 2011 at 1:44 PM delete

Melayu hanyut hanya untuk melayu yg menyokong PR..sebab hanyut dengan angan2 mereka..

-16 Sept 2008 menuju ke putrajaya..
-16 Sept 2008 tubuh kerajaan baru PR
-Agung sokong pelantikan Anwar jadi PM
-16 Sept 2008 Anwar jadi PM
-Tentera sokong PR
-Esok tubuh kerajaan PR minyak turun 50sen
-janji dalam buku jingga

Banyak lagi janji2 yg dah hanyut...entah ke mana

Reply
avatar
Anonymous
May 18, 2011 at 2:37 PM delete

AKP..

SEMUA JANJI-JANJI ITU SEMUA TELAH DI'MUNGKIRI' OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN. BAWA SEMUA AHLI PARLIMEN SABAH DAN SARAWAK BERCUTI KE TAIWAN.. SEMUA MUNGKIRI DAN SIAPA PENGECUT (TAKDA TELOR)

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 18, 2011 at 2:44 PM delete

Di "mungkiri oleh kerajaan persekutuan"..ha.ha..ha..sebenar takdir Allah SWT tak nak PR perintah Malaysia lagi...

Reply
avatar
Anonymous
May 18, 2011 at 4:01 PM delete

AKP
Takdir Allah?...of cause that goes with saying you moron!!!
Tapi apa yg pemimpin umno lakukan utk menjadi penyebab itu, sungguh menjijikan, rasuah, ugut, fitnah, ancaman....najib patut sedar yg lambat laung malaikat izrail akan tetap menjemputnya.

Reply
avatar
May 18, 2011 at 4:23 PM delete

AKP,

ANDA BERTUAH KERANA ANDA BERADA DALAM KANDANG UMNO.....CUBA BAYANGKAN KEADAAN SEBALIKNYA? ADAKAH ASD AKAN BERTANYA SOALAN YANG SAMA KEPADA ANDA?

DISINI DAN DISANA ANDA BERASA BAHAGIA KERANA KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN TIDAK MEMBEBANKAN ANDA DAN KAUM KELUARGA ANDA.....DAN SEKIRANYA PR MEMERINTAH DAN MENURUNKAN HARGA BARANG...ANDA JUGA BERASA BAHAGIA DISINI DAN DISANA.

JUSTERU ITU, DUDUK JANGAN BERKISAR, TEGAK JANGAN BERPALING!

Reply
avatar
Anonymous
May 18, 2011 at 6:56 PM delete

Tunggu dan lihat....lah...rakyat sekarang....memberontak secara senyap.....kalau x percaya...lihat PRU 13 nanti....sekiranya Anuar dipenjara....jgn ingat rakyat akan sokong Bn....tapi pemberontak besar akan berlaku melalui pilihanraya...pertukaran parti pemerintahan akan berlaku kecuali Bn menggunakan undi hantu utk berjaya....itu namanya pengecut...

Reply
avatar
May 18, 2011 at 7:09 PM delete

AKP,

Tu Anon 4:01 kata kau moron kau faham ke moron tu apa? Moron tu ialah kaniaq yang tak cukup akal yang pakai baju tak pakai seluaq yang peliaq dia pun buta, faham?

Reply
avatar
Anonymous
May 18, 2011 at 11:58 PM delete

Generasi kita skg ini sepatutnya berada ditahap yg cukup selesa sekiranya 50 tahun dulu ekonomi kita dijaga spt di amanahkan.. Byk melayu umno yg tlh diberi agihan dan keuntungan tsbt spatutnya di perkembangkan ttp setelah mendapat agihan org org ini ingin pulak kuasa maka dikembangkan kpd kroni.. maka RM 52 billion tsbt mengucup...

RM 52 billion jika dijaga dgn amanah agak agak berapa jumlah nya sekarang????

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 19, 2011 at 12:02 AM delete

Aku ulangi utk kalian yg marah kt aku..

Melayu hanyut hanya untuk melayu yg menyokong PR..sebab hanyut dengan angan2 mereka..

-16 Sept 2008 menuju ke putrajaya..
-16 Sept 2008 tubuh kerajaan baru PR
-Agung sokong pelantikan Anwar jadi PM
-16 Sept 2008 Anwar jadi PM
-Tentera sokong PR
-Esok tubuh kerajaan PR minyak turun 50sen
-janji dalam buku jingga

Banyak lagi janji2 yg dah hanyut...entah ke mana

Reply
avatar
din
May 19, 2011 at 12:30 AM delete

akp

aku rasa la hang ni dah kena nasi kangkang rosmah kot.tu pasal hang tak blh bezakan yg mana benar dan yg mana salah.aku rasa baik hang p berubat sebelum terlewat.

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 8:38 AM delete

The Malays under UMNO have become so stupid that they have been cheated of RM 52 billion.

Cheated by their own race. Cheated by their own leader.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 12:52 AM delete

Janji Pakatan PRU13

- menuju ke putrajaya..
- ubuh kerajaan baru PR
- Agung sokong pelantikan Anwar sbg PM
-Tentera sokong PR
-Esok tubuh kerajaan PR minyak turun
-janji dalam buku jingga

Apa Janji BN UMNO???

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive