Singapura potong gaji Menteri, Malaysia potong Subsidi..

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula skim gaji menteri-menteri Kabinet yang menerima pendapatan antara S$1.57 juta (RM3.8 juta) hingga S$3.04 juta (RM7.4 juta) pada 2009.


Gerard Ee yang dipertanggungjawabkan mengetuai jawatankuasa itu berkata, langkah itu akan mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinet jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

“Formula yang digunakan sekarang untuk mengira gaji menteri-menteri Kabinet akan dimansuhkan,” katanya selepas Kabinet baru republik ini mengangkat sumpah, semalam.

Hsien Loong dan 15 menteri Kabinet barunya mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R.Nathan di Istana Presiden, semalam.

Kabinet baru dengan hanya 15 menteri berbanding 21 sebelum ini menyaksikan beberapa muka baru selepas sembilan menteri termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan, Goh Chok Tong bersara.

Gaji tinggi yang diterima anggota Kabinet merupakan satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan semasa pilihan raya umum lalu, selain kenaikan kos tinggi perumahan awam, penjagaan kesihatan dan barangan asas. – Agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
May 23, 2011 at 7:49 PM delete

Sekurang2nya rakyat ada juga dengar seorang wakil rakyat PR mengusulkan potong gaji menteri2 kerajaan yang tak perform, tapi....jangan haraplah kerajaan ni nak terima usul tu kalau ianya datang dari pembangkang.

Sebut soal kajian semula, kalau di Malaysia ni akan jadi terbalik, bila kata nak kajisemula struktur gaji maknanya naik gajilah, turun tarak. Lagi satu, bila rakyat Singapura marah, kerajaan diaorang turunkan gaji menteri, tapi di Malaysia, lagi rakyat marah lagilah kerajaan naikkan gaji menteri dan naikkan harga barangan.

Reply
avatar
Anonymous
May 23, 2011 at 8:38 PM delete

so much of the slogan "rakyat di dahulukan". Kerakusan dan rasuah pemimpin umno dah sampai ketahap kronik dan ketagih.Ditambah lagi dengan kebal undang2 dan di lindungi oleh SPRM dan polis... depa buat negara ni macam mak bapa depa punya.

Reply
avatar
Anak kg pertama
May 23, 2011 at 8:54 PM delete

Gaji2/pendapatan Perdana Menteri & Menteri2 Kabinet di Singapura adalah yg diantara paling tinggi di dunia..maka patut la di potong sikit..sebab inflasi dah naik 4.5% di sana...kalau nak compare dgn Malaysia gaji menteri2 berbeza berkali ganda...bab subsidi..Kerajaan Singapura ada bagi subsidi ke utk rakyatnya? wahai ASD SU PKR Kg Pertama.

Reply
avatar
May 23, 2011 at 9:39 PM delete

Tahniah buat yang mengaku Anak Kg Pertama tu..

Akhirnya hang dapat juga siapa SU PKR Kg Pertama.. walaupun berbulan-bulan mencari..

Kalau hang dapat info pasal aku ni dari Makcik aku yang jadi SU UMNO Kg Pertama tu.. hang bagitau kat dia.. aku dah sampai peringkat negeri dah..

Reply
avatar
May 23, 2011 at 10:42 PM delete

AKP,

Kau jangan tengok tentang gaji menteri2 S'pore tu sebab bila kau tengok kau tak bandingkan nilai duit depa tu dengan kos sara hidup yang tinggi disana, kau cuma tengok jumlah gaji aje memanglah tinggi. Cuba kau tengok berapa gaji menteri2 Malaysia ni kalau tak juta jugak setahun? Baca balik apa yang sorang penulis komen tulis dalam blog ni 2 hari lepas tentang butir2 gaji menteri2 Malaysia. Jangan balik2 asyik nak banding dengan orang lain.

Reply
avatar
Anonymous
May 23, 2011 at 10:47 PM delete

umno bandingkan harga barang seperti gula dan minyak petrol masih rendah dibandingkan dengan negara luar seperti singapora disini kita dapati bahawa gaji pekerja singapora lebih tinggi dibandingkan pekerja malaysia,
kalau nak banding harga barang hendaklah bandingkan sama gaji(pendapatan) kita malaysia dengan negara luar seperti singapora.

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 2:37 AM delete

Anon 10:47 pm tu yg se betulnya dan tepat.. kita jgn tenguk jumlah gj tp gj pokok dgn hrg brg (kos saraan hidup) tp puak pencacai ni tak faham..

Spt kata FMzam kalau dibanding gj dgn hrg brg - gj pak menteri kita terlalu tinggi.. Brape gj Pengurusi Syabas?? Tentu gj menteri 'at par'

Skg singapore kurang kat menteri kabinet, kita mcm mana pulak nanti?? Senator je.....brape??

Reply
avatar
Anonymous
May 24, 2011 at 8:46 AM delete

Gaji menteri Singapura tinggi pasal diorang takde under table money seperti sediakala di kabinet UMNO.

Reply
avatar
May 24, 2011 at 9:15 AM delete

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00


Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja..

Lain-lain kemudahan:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive