Saya tahu siapa pelakon Video lucah itu - Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”.


Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, “Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?”

Dalam responsnya, Anwar (gambar) berkata, “contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?”

Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.

Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.

“Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit.”

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.”

“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Dalam ulasan hari ini, Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa “Datuk T” ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran “Dr MiM” bertanya, “DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda.”

Anwar menjawab, “apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?”

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata “tiada sebab” beliau harus dipenjarakan.

“Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!” jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita patut mengatasinya,” janji Anwar.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
May 19, 2011 at 10:24 PM delete

Nmpakny rakyat d heret ke kancah fitnah ni. Itu alamatny negara dlm kemurkaan Allah swt. Jauhi diri kita dari trlibat dgn fitnah jahat ini. Cuba kita renungkn kembali asalny fitnah ini. Bukankah dari Saiful tu? Skrg melarat kpd prkara yg semakin mengarut.. Selemah-lemah rumah adalah sarang labah-labah. InsyaAllah, kebenaran akan muncul dlm masa trdekat & yg memfitnah akan terima balasan dgn segera d dunia ini.

Reply
avatar
Anonymous
May 19, 2011 at 11:15 PM delete

Yang penting bukti bukan hanya penafian... tidak sukar menyatakan bukti sekiranya kita berdiri atas kebenaran..Selemah-lemah rumah adalah sarang labah-labah tapi sarang labah-labah pasti banyak memakan korban..

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 1:22 AM delete

- I am Binary Rodeo -

A'slm Kum Wrt Semua..

Maaf, ni off topic sikit. Cuma sy nak bgtahu sama ada ramai yg dh tahu atau belum, tapi -

USAHA PEMFITNAH DSAI KINI TELAH MENGORAK 1 LANGKAH KE DEPAN DENGAN TELAH BERJAYA MENG'EDIT' SEBAHAGIAN DARI SNAPHOT2 VIDEO SEKS ITU DAN KINI KITA AKAN DAPATI GAMBAR2 DARI SNAPSHOT ITU MEMANG DSAI.

SAYA SERU DENGAN NAMA ALLAH TOLONG SEBARKAN HAL INI KEPADA SEMUA BAHAWA ITU ADALAH 1 PERKERJAAN YANG JIJIK KERANA DENGAN GIGIH SEKALI MEREKA2 INI UTK MEMFITNAH DSAI.

SAYA ULANGI, MEREKA TELAH EDIT SNAPSHOT VIDEO SEKS DGN MENGGUNAKAN PERISIAN SPT PHOTOSHOP UTK IMPOSE GAMBAR ITU SUPAYA DAPAT DILIHAT DGN LEBIH JELAS BAHAWA KONONYA ITU DSAI DGN MELETAKAN GAMBAR2 DSAI YG BETUL!

ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA BESAR KRN TINDAKAN ITU SEBENARNYA MEMANG LEBIH BERJAYA, TETAPI LEBIH BERJAYA MEMPERLIHATKAN BAHAWA VIDEO ITU BENAR2 FITNAH!
DENGAN INI MAKA LEBIH KUKUHLAH BAHAWA MEREKA CUBA MEMFITNAH DSAI DAN IANYA ADALAH 1 KONSPIRASI.

-TOLONG SEBARKAN HAL INI WAHAI RAKAN2 SEPERJUANGAN! TAKBIR!!-

-sila rujuk halaman ini dan buatlah prbandingan sendiri gambar2 snapshot di situ dgn gambzr2 snapshot yg sebelum dari ini..

http://www.theflyingkick.blogspot.com/2011/05/pembohong-apa-nuar-woii-kalau-dah-tahu.html

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 3:49 AM delete

TAPI JUAK2 SPT AKP TETAP PERCAYA ITU ADALAH ANUAR...IMAN TELAH TERJUAL.... DAN ALLAH SWT TELAH MENUTUP RAPAT PINTU HATINYA UTK MENDAPAT HIDAYAH...KESIAN......

Reply
avatar
May 20, 2011 at 11:33 AM delete

Anwar, Zizah, Nurul komer jawab aja saranan Ezam!!

Selagi komer in denial, selagi tu lah penyokong terseksa.

PKR tak perlu diharam. Grafnya udah menjunam, tapi Anu masih kata 'OK'

"Mcm mana pelakon tu tau saya suka 'boxer'. Ni jugak satu lagi konsprirasi UMNO"

Reply
avatar
May 20, 2011 at 1:47 PM delete

Ah! pergi mampos dengan video. Bila Video Linggam pun korang tak caya, apasal korang marah kita tak caya video Anwar? Bila tuduhan Rais rogol amah korang tak nak terima, apasal korang marah kita tak nak terima tuduhan liwat Anwar? Fuck youlah UMNO!

Reply
avatar
Anonymous
May 20, 2011 at 4:58 PM delete

setuju sngat2 dgn anon 10.24.....negara memang dlm kemurkaan Allah....
jijik sngat2 dgn parti pemerintah skrang ni.....uwekkk nk muntah aku...

Reply
avatar
penternak_lipan
May 21, 2011 at 5:49 PM delete

pd-pd anon dan samagreen yg duk nak suruh DSAI mengaku tu....
siann kat angpa...
angpa paham ka DSAI & TKP kata tak ada keperluan untuk beritahu.depa siasat
"Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah".kalau DSAI dedah sapa pun.angpa bukan percaya.dah polis siasat.polis la kena dedah.pie la tanya polis.
dan pada samagreen kami sebagai rakyat.tak pernah rasa terseksa skali pun kalau DSAI duk nafi.kami bukan penyokong DSAI tapi Kami penyokong dari suara rakyat bawahan yg tertindas.walaupun DSAI @ TG.NIK AZIZ tiada skali pun selepas ini.kami ttp akan melawan kemungkaran dan penindasan.jgn sesekali pikir tiada DSAI @ TG NIK AZIZ,tiadalah suara kami.kena ingat kami bergerak atas kapasiti dan hak rakyat malaysia.bukan atas individu semata2.kami cuba pertahan dgn hujah dan logik akal yg berfakta untuk menyangkal mainan kotor UMNOPORNO dan juak2 UPAHAN dan kami lawan tanpa bayaran semata2 untuk keadilan rakyat.bukan mcm angpa siot...selagi DSAI atau dari Pihak pembangkang didedahkan secara negatif kepada masyarakat.rakyat akan mencari cerita itu untuk kepastian dan bukannya dari satu saluran tapi banyak saluran.dan yg pasti lagi rakyat mengetahui keadaan berita tu,semakin itulah rakyat tahu permainan yg jijik dr UMNOPORNO,disebalik cerita semua tu.trima ksih UMNOPORNO sbb mempromosikan lagi kebencian rakyat pada parti kemelayuan yg nyanyok

sian kat angpa...

LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive