Roketkini muncul Isnin ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.

Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.


“Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

“(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.

“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
May 21, 2011 at 4:55 PM delete

Melayu cukup skeptikal dengan DAP, dengar nama Roket saja pun dah phobia walau disisipkan perkataan Kini yang sinonim dengan Malaysiakini. 50 tahun lalu DAP anti UMNO dan anti PAS, namun sekarang dah boleh berganding dengan UMNO serpihan (PKR) dan PAS. Tak fikir yang DAP boleh tarik Melayu masuk parti itu kerana Melayu yang anti UMNO/BN ada PKR dan PAS, tak perlu masuk DAP. Yang penting DAP mesti boleh beri satu kesedaran yang adanya ia dalam Pakatan bukan lagi sebagai satu entiti politik yang ekstremis seperti dulu.

Kalau DAP nak mendekati Melayu, DAP mesti pergi kepada Melayu bukan Melayu mesti datang kepada DAP.

Reply
avatar
Anonymous
May 22, 2011 at 8:39 AM delete

Itu takde masalah. Sebab itu laman web berkenaan dinamakan sebagai "Roketkini" bersempena dengan gelaran yang orang Melayu berikan kepada DAP.

Reply
avatar
Anonymous
May 22, 2011 at 1:50 PM delete

tahniah diucapkan kapada pr terutamanya dap utk pelancaran roketkini...
kini ada pelbagai alternatif media yg meyalurkan berita fitnah selain harakah dan malaysikini..dan terutama sekali dgn kebijaksanaan guan eng dan kuncu2...yg menjadikan org melayu sebagai sebagai bangsa 2nd class...
contohnya diperak org melayu pas yg beria2 berbaring diatas jalan dan bangsa cina duduk dlm ekon bertepuk tangan melihat kebodohan org melayu...tahniah dap....pas you're loser

Reply
avatar
May 22, 2011 at 4:12 PM delete

Anon,

Dalam zaman dimana media pro kerajaan sudah tidak lagi dipercayai, tidak timbul soal fitnah bila media pro UMNO hanya pandai mencetus fitnah dan propaganda politik. Membaca media bebas itu membuka minda rakyat untuk mendapatkan jawapan keatas banyak perkara yang ditutup dan diputarbelitkan oleh kerajaan.

Bila fitnah pada kerajaan ialah apabila media mendedahkan segala macam bentuk pekong yang tidak dapat ditutup oleh kerajaan. Fitnah kepala hatuk kau.

Reply
avatar
May 22, 2011 at 5:06 PM delete

Buat Anon 1:50

Yang Fitnah disini ialah hang! kerana menuduh Roketkini ialah penyebar fitnah sedangkan Roketkini hanya akan dilancarkan esok..

Jadi apa buktinya Roketkini menyebarkan fitnah?

Reply
avatar
Anonymous
May 22, 2011 at 9:00 PM delete

DAP punyai 'image isu'. Kit Siang especially harus cari khidmat syarikat grooming utk re-brand outlook dia. Masa sakarang Kit is projecting a Chinese centric communist look and is sending a wrong message kpd Melayu. UMNO is using this mileage well.

We many Malaysians know he has a good heart and is a freedom fighter for all of us.

Reply
avatar
May 22, 2011 at 10:05 PM delete

Anon 'image isu',

Image doesn't matter, heart does. The good image of Najib cannot wipe Altantuya's blood from his hands. Better a communist than a killer pandikutty.

Reply
avatar
Anonymous
May 23, 2011 at 7:41 AM delete

hahaha....balaci pr meratib altantuya lagi...tak abis2 kena kencing....hahahahha...fitnah tanpa bukti boleh plak....kalau anwar balun pelacur ada bukti...tapi takleh terima....
boleh ada fitnah terpilih yg balaci2 pr...
kalau mengelar seseorang itu dgn panggilan tak baik mmg kepakaran anwar dan balaci2 dia....bravooo

Reply
avatar
May 23, 2011 at 9:29 AM delete

woi Anon balaci,

kau takyah susah2 nak suruh orang caya kat UMNO, takyah susah2 nak selit bukti suruh orang caya UMNO, takyah susah2 suruh orang buat video lucah, tak yah susah2 suruh direktor filem lucah buat pengakuan angkat sumpah, takyah susah2 maki hamun orang yang tak caya UMNO. UMNO buatlah apa pun, rakyat memang dah tak caya, sebab bangkai UMNO dah takleh nak ditutup lagi, bau bangkai UMNO dah sampai ke kutub utara dan selatan sampai salji pun cair. Kau ajelah makan bangkai tu asal kau tak mati kebuluran....ahakz!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive