Putrajaya milik Parti atau milik Rakyat?

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.

Kepada para belia, Najib bertanya, “adakah anda akan mempertahankan Putrajaya bersama saya,” dan setelah mendapat jawapan yang positif, beliau bertempik, “Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya!”

Seruan beliau yang menyakitkan hati dan bernada sama ialah ketika Perhimpunan Agung Umno ke 61 apabila beliau menempik,

“walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya.”


Bagi mereka yang kurang mengerti menjangkakan bahawa negara Malaysia ini sedang diserang oleh orang luar, jika tidak…….masakan Najib bermati-matian mahu mempertahankan pusat pentadbiran Putrajaya?

Tetapi kita rakyat Malaysia tahu bahawa kenyataan Najib ini bukan bermakna terdapatnya kemasukan orang asing tetapi melambangkan mentaliti yang sakit tentang pergantungan kepada kuasa kerana sekian lama memerintah negara ini secara berterusan sejak lebih seabad yang lampau.

Putrajaya milik parti atau milik rakyat?

Umno telah bergayut kepada hegemoni politiknya sejak sekian lama sehinggakan mereka tidak dapat membezakan apa yang menjadi milik parti dan apa yang menjadi milik rakyat.

Putrajaya bukannya milik harta peribadi mana-mana parti politik tetapi aset awam yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bercakap soal mempertahankan Putrajaya, melainkan negara ini menghadapi penaklukan kuasa asing.

Malahan Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Selepas habis tempoh, tuan tanah, iaitu rakyat, akan menjemput pembida-pembida, iaitu parti-parti politik, untuk menyertai tender bagi menduduki Putrajaya semula.

Pembida yang berjaya kemudian akan dijemput untuk menandatangani perjanjian sewa di Putrajaya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh akan datang.

Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa yang hendak dipertahankan oleh Umno, melainkan tempoh kuasa mereka yang singkat sehinggalah tempoh perkhidmatan mereka di Putrajaya ditamatkan.

Najib tidak berpijak pada bumi yang nyata apabila bercakap tentang mempertahankan Putrajaya, apatah lagi untuk mempertahankannya dengan nyawa dan darah.

Apakah nanti rakyat Amerika Syarikat fikirkan, jika Presiden Barrack Obama menyeru supaya mempertahankan Washington DC apabila menghadapi penentangnya pada pilihan raya presiden akan datang?

Sudah tentu mereka akan fikirkan bahawa Presiden mereka telah gila! Dan jika terus bercakap mahu menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai rakyatnya akan pengsan.

Konsep ketuanan ke atas pusat pentadbiran sebagai hak peribadi yang eksklusif oleh mana-mana parti politik tersangat asing kepada prinsip demokrasi dan tidak ada sesiapa yang seharusnya bermimpi untuk menuturkan kata-kata seperti itu untuk tujuan meraih kuasa politik.

Tetapi di Malaysia, Najib kelihatan bangga dan bongkak kerana dengan menuntut Putrajaya beliau disorak dan diipuji kerana bertindak sedemikian.

Tindakan ini memperlihatakan Najib dan Umno telah jauh menyimpang dari landasan asal demokrasi berbanding ketika mana pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk negara ini.

Hegemoni politik Umno

Bukan sahaja Umno begitu kemaruk untuk bergayut kepada kuasa politik mereka sebagai hak milik eksklusif dan pertarungan hidup mati tetapi minda rakyat telah dibentuk oleh hegemoni politik yang telah sekian lama memerintah.

Ramai yang tidak dapat melihat penampilan Najib yang berselindung di sebalik prinsip-prinsip asas perlembagaan sedangkan rakyat adalah tuan dan bukan parti yang memerintah.

Lebih buruk lagi dari tuntutan beliau ke atas Putrajaya, adakah ancaman Najib untuk melakukan sesuatu yang melangkaui batas-batas perlembagaan seperti rusuhan dan pertumpahan darah untuk mengekalkan kuasa apabila menghadapi kekalahan atau berpotensi untuk tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini. Perlembagaan negara merupakan kontrak sosial di antara semua kaum di mana mereka bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Rakyat Malaysia harus merenung sejenak sama ada mereka boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa politik yang tidak teragak-agak untuk merobek-robek Perlembagaan dan menentang pilihan rakyat, apabila mendapati keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, kita juga harus menentang sekeras-kerasnya eksploitasi Barisan Nasional terhadap majlis perhimpunan belia ini di

Putrajaya ini bagi melancarkan propaganda politik mereka.

Acara ini, yang dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat, seharusnya menjadi perayaan belia, dan sepatutnya menjadi perayaan bukan politik.

Tetapi BN telah menukarnya menjadi platform politiknya di mana mereka menyerang musuh-musuh politik mereka. Ini merupakan salah satu dari salah guna kuasa yang berleluasa dan penggunaan dana awal bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Makanya, ia menjadi satu lagi pertimbangan untuk rakyat untuk sekali lagi merenung sejenak apabila membuat pilihan mereka nanti.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
BARISAN NAZIZONISIONAL
May 30, 2011 at 2:56 PM delete

fikiran tak waras ingat makbapa nekdatuk nya empun malaysia tok,pemimpin yg begini yg kita sanjung,ehh..bodo2 kalau keturunan kita bodo,alamat bodolah kita,yg terlalu taksub memperbodokan diri nak sokong spesis mcm ni....ingattu kalau nak maju kehadapan kuburkan budaya mcm ini....

Reply
avatar
Anonymous
May 30, 2011 at 3:23 PM delete

klau dlm perhimpunan ameno tu kira ok lah dia ckp mcm tu... tp bila ckp pd hr belia nmpak dah desprate sgt la tu...

mcm kita ni dah byk kali di tipu... belia ni pd ajib belum kena di tipu..

klau dr awal kata antare prog ialah mempertahankan putrajaya!!! agak agak ramai ke yg datang.. belia nak riadah je... ada motor besar ada futsal ada nyanyi nyanyi... hadiah hadiah lumayan jauh beza dgn Di dataran Tahrir, Mesir

Reply
avatar
morgan
May 30, 2011 at 3:29 PM delete

Siapakah atau apakah yang dapat memastikan jentera kerajaan menjalankan tugas dengan amanah dan telus?

Inilah kunci kepada pihak yang inginkan Putrajaya.

-Rakyat non-partisan

Reply
avatar
May 30, 2011 at 5:00 PM delete

Putrajaya tu perlukan senggaraan, banyak bangunan yang nak kena buat maintenance, kalau PR menang pun jenoh nak maintain. Mula2 nak senggarakan ialah manusia2 yang mesti dibersihkan dari rasuah dan dosa2 besar kepada rakyat, itu bukan kecik anak, satu "kabinet BN" mesti dibersihkan. Lepas tu nak bersihkan kaki dan tangan kerajaan BN yang penuh dengan kotor dan daki melekat sampai celah2 kuku dan taik kering di celah2 kangkang. Kalau PR menang, kita lupakan dulu pasal nak maintain bangunan, kita kena bina dulu satu penjara baru di Putrajaya nak sumbat kabinet dan kaki dan tangan kerajaan BN pun tak muat, penjara baru pun sesak dibuatnya.

Putrajaya akan jadi penjara terbesar di Malaysia nanti.

Reply
avatar
BATUNISAN NAZIZONISIONAL
May 30, 2011 at 8:38 PM delete

Apa yg special tentang Putra jaya,minyak tak ada timah,getah,sawit,kayu balak dll bagi aku kalau aku jadi ketua pembangkang pun tak heran dgn harta2 peninggalan rasuah kurap tegar duit rakyat,kesihan ketundukan setia rakyat ditsunamikan dgn mcm paksaan utk kehendak hawa nafsu rakus semata2 nak tunjuk dia PM yg berinovasi malaysia kononnya,kah,kah,kah bodonya kita tak habis2 membodokan diri dgn PM ni,cukuplah wahai pembodo-pembodo,sekali lagi wahai pembodo-terbodo jgnlah kita sayangkan putra jaya semata2 nak popular,betul kata najis PM kalau Pembangkang berkuasa Putra Jaya pasti kena lelong dgn ALONG,PJ byk habis duit rakyat dulu dan skrang...so jika sesiapa yg nak sokong Batunisan Nazizionisional..just pangkah aja lambang BULAN/MATA/ROKET,di pru13 nanti....senangkan.........

Reply
avatar
Anonymous
May 31, 2011 at 10:37 AM delete

morgan..

dalam sistem demokrasi.. tiada sesiapa atau tiada mana-mana parti yang berhak mengakui bahawa negara atau ibunegara milik mereka sahaja. Carilah di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi asal seperti UK dan US. Tiada mana-mana parti memberikan pendirian yang negara adalah milik mereka. Mereka adalah hamba kepada rakyat dan negara.

Memalukan.. isu mengenai amanah dan telus ini biarlah pihak berkuasa yang sudah semestinya tidak berpihak yang melaksanakannya seperti Polis dan kehakiman.

Yang menjadi masalah jika hanya parti itu sahaja yang berkuasa dan melakukan perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang untuk mempertahankan kuasa mereka. Lebih malang terdapat agensi penguatkuasa yang sepatutnya mendukung undang-undang turut bersengkongkol dengan mereka! Itu sepatutnya kita persoalkan bukan parti yang ada potensi untuk memerintah (belum disahkan lagi bermasalah).

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive